Search This Blog

Wednesday 18 February 2015

RUANG DOBI : Perkembangan ruang dobi dan bakul pakaian


Assalamualaikum....

Kalau tak silap bulan lepas saya dapat beli bakul baru.
dulu kan ada cakap, nak beli bakul yang sama sejibik, lagi dua biji

Lama mencari akhirnya jumpa di kedai Lima Sen Jaya, Sg Besar.
kedai ni memang terpopular di sini, dengan barang2 yang super murah.
walaupun sebahagiannya ada flat price, seperti RM2.

Dah lama tak pergi, bila pergi bulan lepas, ada beberapa barang baru yang sebelum ini tak ada.
Salah satunya bakul pakaian yang saya cari2 selama ini....


Terus rembat 2 biji
rasanya dah betul sangat dah ni.
sebab cap Century.
kaler macam nak sama.
saiz pun betul kot.
bila tengok kod, macam betul je...


Balik rumah, cepat2 angkut tengok dengan bakul kat rumah.
lega, sama semua...
cuma bila usha lama2, nampak macam kaler lain sikit.


Mungkin bakul lama, dah kelabu sikit kot.
yang penting, kod memang sama.
kat kedai ni, saya beli RM7.50 je,
memang harga tetap.
bukan ada Sale atau Offer sementara macam Giant atau Tesco OK...


Bila susun 3 terus seragam...
emm macam kureng je kan....
memang saiznya ngam2 elok kat ruang tu....

Tapi akhirnya, tak jadi nak guna 3 sama kat situ.
saya hanya biarkan ruang bakul pakaian ni jadi begini...


Bakul Hafni, tetap kekal di situ.
bakul yang ekstra tu, saya letak dalam bilik tidur utama,
memandangkan, sepenuhnya dah guna toilet bilik tu, rasa perlu pula ada bakul dalam bilik.
saya fikir, lepas ni kalau anak dah masing2 tidur di bilik sendiri, bakul ni akan pindah ke bilik tuan masing2.
masa tu perlu la saya buat jadual hari Isnin, basuh baju siapa, Selasa-siapa?

Haaa, teringat kat rumah sewa bujang dulu.
sorang amek satu hari untuk basuh baju.
jadi satu ampaian, hak milik dia sorang.
seminggu sekali basuh baju, memang penuh la ampaian tu.
saya sorang je, basuh setiap hari, sebab saya basuh dengan tangan.
lambat nak tunggu mesin, semi auto la katakan.
nak tunggu air penuh tu yang malas tuh!

Dalam entri lepas, saya ada tunjuk mesin basuh saya sebelah peti ais kan?
hehehe....
OK, saya memang tak reti nak deko apa2.
walaupun ada shelf yang tidak digunakan, ada L-shape yang tak digunakan.
tapi asbab nak kena drill, asbab nak kena enSuami yang buat.
memang TAK la saya nak susah2....

Lagipun belum tentu lagi mesin basuh ni kekal di sini.
sebab tu tak nak tebuk apa2, nanti rosak dinding, enSuami bebel plak kang....
mencikkkkkk tau, kena gaduh2 pasal ni..

SEBELUM

Ni keadaan sebelum.
dinding kosong aje.
sekadar ada keperluan penting je kat sini.
SABUN dan SOFTENER....
tu pun susun kat tangga, emmm

SELEPAS

Konsep sama juga macam EAT hari tu..
cuma font tu bukan felt la, kain felt dah habis.
yang ni print kat A4 je...
papan besar tu, kotak juga.


Perlu ke nak label2 ni?
saja suka2...

memang la orang tau, mesin basuh, mestila nak WASH kan..
takkan nak BLEND plak kot...
lepas saya tampal ni, enSuami tengok sambil buat muka..
WASH????????
ingat asrama ke nak label2?

Apa masalahnya, biarlah orang nak buat.
omputih buat OK jek....
saja nak kasi semangat sikit.
feeling happy meh, nak basuh baju, sebab area ni dah cantik.
ada macam ni pun dah cukup OK bagi saya.
ada unsur keceriaan sikit kat sini, tak ada la kosonggg je...

Yang pelik itu la KREATIF kan....

Idea asal, 

tertanya2, kenapa omputih mesti ada 2 mesin ek?
adakah yang satu washing, yang satu dryer?
tengok design macam sama jek...
kenapa kat Malaysia tak ada mesin yang cantekkk macam ni?
plan akan datang, teringin nak beli dryer. masih dok survey. ada ke yang 2in1 eh?
selalu orang cakap kena asing2.. macam mesin jahit n mesin jahit tepi, tak boleh 2in1, emmm.

Banyak lagi idea lain,


Di tempat letak bakul pakaian tu, ingat nak labelkan LAUNDRY.
dah siap print, tapi dah hilang mood nak buat.
sebab fikir macam tak lama je nak letak bakul kat situ.
tambah lagi cikgu TESL kata, kalau Laundry Basket boleh la.
kalau Laundry saja, macam tak kena plak nak label kat bakul.
tengok lah macam mana nanti............

Babai................................

6 comments:

  1. Saya pun teringin nak buat macam ni tapi tak mampu lagi.. huwargh,, ruang mendobi takde.
    tengah discuss dengan suami untuk buat satu ruang untuk laundry

    ReplyDelete
  2. rajinya. saya takat susun2 jelah. nak ber DIY bagai, mmg tak la. hehe...
    bagus2..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Betul, yg penting kita bersemangat nak buat kerja.. biarlah orang nak kata apa, especially kalau orang tu tak tolong buat pun.. hahaha..
    Anyway, sekadar beri pendapat untuk dryer tu. Kalau takde keperluan besar, saya rasa x perlu dryer. Satu dryer ni makan byk elektrik. Lagi satu pulak, kalau ketebalan kain lain2, kena masuk asing2 utk dpt keringkan semua. Rumah parents saya ada dryer sbb ddk rumah flat, dan ruang sidai sangat terhad. Jadi perlu dryer especially musim hujan sbb kawasan rumah pun sejuk waktu bukan musim hujan, apetah lagi musim hujan. Kalau takde dryer mmg sgt lmbt kering baju2 semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah, oh mcm tu ye...
      Kuat letrik tu selalu la org ckp.
      Tu la, thn lps masa musim hujan tu la yg terfikir nk beli dryer.
      Hehe, terima kasih ye..

      Delete
  4. tingin nk cari word Laundry tu...mne ye nk cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nk yg material kayu kt kaison n TYPO..
      Boleh search kt Google utk outlet berdekatan..

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers