Search This Blog

Wednesday, 11 February 2015

D.I.Y : Deko perkataan E-A-T dengan kain felt...


Assalamualaikum...

Kerja DIY yang amek masa lama sangat nak siap, huahua...

Dulu saya ada cerita, saya pergi Kaison, nak beli huruf kayu tu kan?
sebelum pergi tu, saya dah mula buat DIY ni.

tapi sebab lambat sangat nak siap, saja2 la alang2 nak ke IKEA, minta enSuami singgah Kaison.
first time nak pergi, semangat la sangat.
dah orang dok cerita, macam2 beli kat Kaison...

dah pergi tengok sendiri dengan mata, adalah mengecewakan, huahua.
pastu fikir, emm terus dengan DIY sendiri je la..JIMAT.
dan menepati citarasa dan keperluan.


Saya ada lebihan kain felt merah ni.
separuh dah guna buat bunga ros.
separuh dah guna buat lapik dalam laci di dapur.
tinggal lagi sikit dok tersimpan lama...

jadi terfikir la nak DIY guna kain felt ni.
print huruf, jadikan blok huruf untuk tekap ke atas kain.
oh ya, felt yang sama saya guna untuk projek sarung bantal Hafni.

perkataan HOME ni, DIY untuk lain.
tapi sebab asasnya sama, saya buat sekali harung je.
cuma font dan saiz je lain.
yang HOME tu kecil sikit.


Lepas tekap, masa untuk menggunting.
setiap huruf, saya buat 2 helai.
sebab saya nak jahit.

dan bahagian tengah, antara dua felt ni, saya letak span.
kasi ada effect 3D.
lembut2, gebu berspan gitu, hahaha..
sebab nak buat jadi tebal.
span ada banyak, guna span je la...
kalau nak sumbat kapas, lambat sikit la..
atau pun beli yang jenis ape, kekabu moden tu, fiber ke orang panggil [tak tahu namanya]

DIY perkataan EAT ni, saya nak letak kat bahagian rak buku resepi tu.
dulu kan 3 tingkat.
1 tingkat, saya dah amek masuk kabinet tinggi.
jadi ada kesan lompong di situ....
kesan dari lubang skru tu la...


Masa design huruf tu, memang plan nak buat besar2..
penuh2 ruang yang ada...
sekali salah pilih design font.
huruf tu jadi gemuk aje, bukan tinggi.
jadi kesan lubang tu tak ditutupi oleh huruf2 tersebut.

Yang lama sebab ni la..
masih tak ada idea nak buat apa lagi untuk tutup kesan tu.
oh ya, memang tak ingat langsung pasal gam tampal lubang kat dinding tu..
fikir nak deko aje....
tampal lubang, bukan deko, huahuahua....

Asbab dari baru2 ni saya siapkan bulldog notice board tu
tetiba saya dapat idea...
konsep ni boleh guna untuk lubang deko EAT tu, yeh!.

Siap je kerja2 untuk enSuami. saya terus cari gambar2 yang sesuai.
Print.
ukur bahagian tu..
pastu cari kotak yang sesuai.
kemudian balut.

Masa tengah balut tu la, baru saya tersedar..
apesal saya tak guna kertas pembalut aje? wallpaper yang untuk dapur pun ada lagi, aiyaaaaa!!!!
ceh, penat je....

tapi tak pe la...
dah buat dah..
kalau jemu, boleh tukar lagi nanti.
benda free aje....
semua ada depan mata.
nak dengan tak nak aje..
ada idea dengan tak ada idea je...

SEBELUM....

SELEPAS

Hahaha, boleh la...
ada nampak juga kesan cantuman.
janji boleh siap.
bila2 nak tukar lagi pun boleh...
saja2 pilih gambar ada bunga.
nak gubah bunga tak pandai.
print gambar bunga pun jadi la...
nampak berseri sikit.
sikit je la...

boleh la untuk dapur saya yang simple yang jimat.
hehehe, babai.

4 comments:

  1. saya pun ada angan2 nak letak huruf box KAISON tu kat rumah..tp belum pergi beli lagik..
    baguslah Nabilah rajin nak menjahit..susahkan rasanya nak masukkan span tu kat dlm huruf..sabar jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn rajin sgt pun..
      Ni namanya xda kerja, cari kerja, hehe..

      Su try la tgok kt kaison dulu. Yg Nabilah tgok dulu byk terkopek catnya.
      Mgkin yg cantek, org dah beli habis, huhu..

      Delete
  2. CANTIKNYA SIS...HIHI NAK TIRU LA NANTI YE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kak joijoi..
      Tiru..tiru.. Mesti akak buat lg cantek, hehe...

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers