Search This Blog

Tuesday, 29 April 2014

Hafni : Dah mula makan dan minum selain susu Umi

Assalamualaikum...

Hafni dah nak masuk 8bulan.
ermm macam tak percaya je..
tup tup dah 8bulan.
lagi 4bln nak masuk setahun.

Selalunya bila anak2 dah masuk 6bulan, mak2 mesti dah sibuk bising2 suruh bagi makan kat anak.
kami si ibu muda, [cewahhh] ada grup support yang memberi pengetahuan tentang pendidikan awal anak2 termasuk pemakanan, pakaian dan remedi.

Saya berat juga nak bagi makan awal2.
ingat nak tunggu dia boleh jalan atau ada gigi dahulu, baru nak bagi makan.

Ermmm, desakan orang sekeliling memang memberi tekanan.
saya masih percaya pada kekuatan alasan najis mutawasitah yang anak lelaki yang hanya minum susu ibu sehingga umur dua tahun.
kalau anak terlalu lapaq sangat atau maksudnya anak xcukup zat sebab tak ada makanan tambahan lain selain susu ibu, takkanlah Allah nak memudaratkan hambanya kan???

Ada lagi kawan2 yang belum bagi makan pada anak2, saya jeles la sikit, kekeke...
sebab tak perlu susah2 nak masak, nak packing, nak suap, nak kemas lap meja lantai bila kotor sebab anak makan tumpah, grrrrrrr...

OK, nanti dulu jangan melenting.
tu semua perasaan masa awal2 mula nak bagi Hafni makan.
sebab bukan dari kesediaan Umi nak buat itu semua.
sebab terPAKSA errrrr...

Tapi lama2 bila Hafni dah mula menunjukkan minat nak makan, baru syok suap makanan kat dia.
dulu banyak main2 ja, habis tumpah bubur, kena baju, kena meja, kena lantai.
kadang2 bubur tak habis, jadi basi plak...

Masa awal2 tu saya mula dengan jus kurma.
kurma dalam petiais Mak yang banyak tu, saya amek mesin, bagi dia rasa air manis kurma tu.
lepas tu baru mula dengan bubur nasi.
pastu mula bagi dia makan biskut, dengan buah-buahan seperti sunkist, epal, tembikai.

Ni masa kat kampung bulan 3 lepas.
masa ni tengah dok hisap biskut marie kalau tak silap.
tengok atuk dia makan macam sedap je, dia pun nak pegang juga.

Habis penuh muka dia makan...hihi.

Selepas bubur nasi mudah sangat basi, saya tukar kepada kentang dan karot lenyek.
kadang2 saya blend halus, jadi bubur.
Hafni nampak lebih bersemangat makan.
reaksi dia yang ternganga-nganga, ketuk meja xsabar2, atau terus merangkak ke depan nak capai mangkuk, buat saya rasa seronok nak bagi dia makan.
macam ni baru syok nak suap...


Masa stok dah habis, baru buat baru plak...
saya packaging macam ni je la senang.
mana rajin nak masak setiap hari.
sekali masak boleh tahan 3-4 hari, tengok kuantiti bahan masa masak.
yang terakhir ni masak, boleh dapat sampai 7bekas.
tu pun dah sumbat penuh2, sebab Hafni dah makan banyak.
dulu masa awal2, letak separuh bekas je, tu pun kadang2 sampai 2hari makannya.


Sambil Umi dok bungkus bekal, Hafni pun ada kt depan atas meja makan ni...
Habis je guna senduk, dia pun nak capai nak suap.
last saya bagi je terus senduk kat dia....


Main ketuk2 plak dia..
jangan sampai terketuk kepala sendiri sudaa...


nak karate plak......
layankan aje...


kalau tau orang ambil gambar dia, pandai senyum simpullll
dah pandai daa sekarang iskkkkk

Sekarang ni bukan setakat bubur je dia makan...
kalau tengok Umi Abi makan pun dia nak juga makan makanan tu..
kadang2 boleh la bagi dia rasa.......
kadang2 kalau pedas tak boleh la bagi...
kadang2 dia pandai mengamuk meronta-ronta.
kadang2 dia faham tak kisah je...

kali ni mengamuk betul, sampai jerit2..
mula nak mencapai ayam kat tangan Uminya..
geram sangat kot tengok Umi makan ayam panggang Ayamas
macam sedap je kot... macam nak je kan...hihihi.
dah tu, cabut semua isi, tinggal tulang je bagi kat dia...


Bukanlah dia reti makan pun.
tapi geram nak gigit..
semua benda nak masuk mulut.
dapat je tulang peha, menyonyot je hisap...
feel betoi macam makan KFC, sedap hingga menjilat jari, kekeke.....


Asyik sangat dok gigit, saya pun nak tergelak tengok dia
semangat sungguh nak makan ayam tu...
nampak je orang nak snap gambar, terus dia sengih, gelak2....


Hey, Umi amek gambaq plak, orang sedap2 makan ni....

Makanlah lagi Sayang, Umi nak tunjuk kat Abi ni, Hafni makan ayam.
Dia pun gonggong semula tulang tu...
macam faham2 jekkkk, pandai Hafni.....


Balik je Abi, bagitau dia n tunjuk gambaq sebagai bukti.
Ya Allah Hafni Azzahrah ni, eee akan yam ye, afni akan yammmmm, emmm edap?
[apa fesyen bahasa la enSuami saya ni cakap dengan anak dia, mesti ada huruf depan yang dibuang, aiii cikgu ni.......iskkkkkk]

Lepas ni nak makan ape plak ekkk.
asyik makan kentang karot je, kalau saya pun jemu, kesian dia...
dah beli labu, tapi belum masak lagi.
nanti try labu plak......

Ada gigi nanti, lagi la nak makan macam2 kannnnnnnnnnnnn


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers