Nama penuh saya adalah Nabilah binti Ahmad.
Dilahirkan pada 9 April 1985 di
rumah tok di Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar.
Saya mula belajar di Tabika Kemas
di Simpang Empat, Alor Setar.
Kemudian ke Sekolah Rendah di SK
Haji Hassan Itam (1992-1997) juga di Simpang Empat. Pergi sekolah jalan kaki je
pada waktu pagi.
Selepas UPSR, saya belajar di
sekolah perempuan sahaja dari Tingkatan 1 hingga 5 di SMK Tun Sharifah Rodziah,
Kuala Kedah (1998-2002).
Selepas SPM, dapat tawaran
panggilan kedua ke Matrikulasi MARA di Kulim selama setahun. Kelas Sains
Biologi (Kelas B-B3) untuk sesi 2003/2004.
Seterusnya melanjutkan pelajaran
ke UKM Bangi dalam bidang Sains Laut sehingga tahun 2007.
Pernah mengambil Kursus Pembantu
Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 (2009) di Kolej Menara Jaya Kampar, Perak.
Saya pernah bekerja sebagai guru
PASTI Siti Sarah, Seksyen 7, Bangi. Guru SK ABIM di Seri Manjung, Perak. Lepas
tu dah serik tak nak jadi cikgu lagi. Rasa macam tak layak nak mendidik anak
orang, huhu….
Saya lebih suka buat kerja
melibatkan komputer dan mesin daripada menghadap manusia yang pelbagai ragam
dan kerenah. Pernah berkhidmat sebagai SUK YDP
PAS Serdang, dan Pembantu YB Adun Bangi dari tahun 2009 hingga 2013 selepas
pembubaran DUN untuk pilihan raya ke-13 pada bulan Mei.
Selepas tamatnya kontrak, saya
tidak bercadang untuk bekerja lagi memandangkan pada masa tersebut, saya dah
sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Kebetulan masa tu enSuami
dah beli rumah di Kuala Selangor, maka saya terpaksa berpindah terus keluar
dari Bangi. Bermula la episod kehidupan saya
sebagai suri rumah sepenuh masa. Berada di rumah memberikan saya masa terluang
bersama anak dan suami.
Suka berDIY. Bagi saya sesuatu
DIY menjadikan saya untuk berfikir lebih kreatif dan hasilnya lebih memuaskan
kerana mengikut kehendak dan keperluan kita sendiri. Lagipun kebanyakan DIY
menggunakan bahan2 yang ada di depan mata sahaja. Jimat kan???
Mempunyai seorang suami penyabar yang bernama Hasyim Rahimi Muhamad Shahri yang bertugas sebagai seorang guru di SMK Seri Tanjong Kuala Selangor.
Masih mempunyai seorang puteri bernama Hafni Azzahrah yang selamat dilahirkan pada 4 September 2013 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi.
Blog ini ditulis untuk menceritakan tentang apa saja yang ingin saya kongsikan kepada umum, sebagai kenang-kenangan pada masa akan datang. Dengan berblog juga, saya dapat berkenalan dan berkawan secara maya walaupun tak pernah kenal dan berjumpa.
Saya sangat berbesar hati kepada semua pembaca blog NabilaHasyim ni. Kalau suka, boleh baca, kalau tak suka, jangan mengata ekkk....
Saya seorang yang simple, OK aje... Tapi kalau ada orang buat silap, saya memang cepat melenting. Sebab tu saya tulis ada suami yang Penyabar, ngeh ngeh....
OK, ada apa2 pandangan dan tambahan, nanti saya update lagi ye... tengah kering idea plak... Masa dok sorang2 tak menghadap komputer, macam2 nak cerita, heyyy.........
Babai Assalamualaikum.....
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)