ini cerita family.
Indah tu nama anak saudara perempuan yang pertama bagi keluarga saya di Kedah.
anak abang sulung.
nama penuhnya Indah Nisrina...
Sejak dia lahir, sempat la tengok sekejap masa dalam pantang.
kemudian dia membesar dengan neneknya di Terengganu.
sejak dari itu, saya tak pernah jumpa dia sehingga lah bulan 3 lepas, saya tinggal di kampung selama sebulan.
Masa awal2 balik tu, of course lah dia tak kenal Mak Ndak dia ni, sebab tak pernah jumpa.
biasalah budak2 kalau dia tak kenal, dia tak dekat dan layan..
saya biar je, tengok je dia....
Lama2, dia buat mcm Mama dia plak, asyik mengekor saya je..
sebab time kerja kan Mama pi work.
tiap kali kakak ipar kuar, dia mesti nangis.
masa abang2 dia cuti sekolah je, dia OK.
mungkin sebab dia rasa tidak ditinggalkan sebab abang2 dia ada sama, selalunya diorang pi school la kan...
Sejak 5 bulan lebih, Hafni dah boleh duduk.
lega la sikit, boleh letak dia duduk sendiri.
kalau tak, asyik nak kena pegang je kan, naik lenguh tangan ni...
Tahu je kamera on nak klik, dia pandai daa nak senyum2....
Dan bila terlalu syokk sangat jadi cenggini lah, terjelir2 lidahnya hepy sangat...
Ini dia Indah Nisrina....
pandai bergaya, melaram budak tecit ni....
tengoklah posing tu, masa ni abang angah dia yang klik...
Moment2 Hafni sepanjang di kampung....
time baru terjaga dari tidur, time tidur pun ada...
Tu dia bila segeng tidur..
ini kali pertama diorang tidur bersama.
sejak tu, selalu tidur sama, Indah dah mula mesra dan memang nampak sangat suka dengan baby, panggilan dia untuk Hafni.
Dah sepanjang hari dia bermain bersama saya dan Hafni, jadi kebanyakan masa dan perlakuan saya, semua dilihatnya...
sampai la satu hari saya perasan dia sedang meniru sesuatu...
Dia pun nak menyusukan juga...
seperti saya menyusukan Hafni...
Allahuakbar...
Dalam senyap2 dan tahan gelak saya ambil gambar ni.
semua perlakuan saya ditirunya.
Bila saya tepuk2 bontot Hafni semasa menyusu sambil nak tidurkan dia, dia pun tepuk2 bear kuning tu, hihi...
Puk puk puk.....
saya lap mulut Hafni kalau ada lelehan susu, dia pun usap2 juga muka bear tu, kekeke...
Ni masa kat depan TV.
tengok la penuh ruang tamu, dipunggahnya
segala mainan yang ada dia keluarkan..
jenuh semak mata nak tengok...
tapi nak buat macamana kan, dah nama pun budak2, memang itulah kerjanya, 'MENGEMAS'
Balik je Mama tu dari work, inilah rutinnya mengemas semula apa yang dikemas anak2nya.
letih oiii..
tak kira lagi dua orang abang dia...
dengan makan minum yang tumpah kat lantai...
dok pikir juga alkisahnya saya nanti, bila tiba giliran Hafni plak...
harap dapat tarik nafas panjang2, huuuuuuuuuuuuuu
Bersungguh2 tu dia nak menyusu, hehehe...
haaaa, jangan tak tahu, Indah pun ada baby yang nak susu, kuikui....
Ada sekali tu, terdengar jugak dia cakap, Indah nak nenen Mama? dia ulang beberapa kali.
hah? alamakkkkkkkksss
jenuh kakak ipar nak jawab mende...
tak pasal2 je, dia kaco Mama dia plak, huiii..
diorang susu botol daaa, mana nak boleh susu mama lagi, aduyai...
Macam2 la ragam budak2 ni...
comel pun ado....
hai sabo je lah....
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)