Friday, 4 April 2014

D.I.Y : Penyusun dan pengemas stok fabrik

Assalamualaikum...

Dapat juga update blog hari ini.
jeles tau tengok orang lain update setiap hari, huawawa...

hari ini nak cerita pasal DIY untuk susun atur kain2 yang beli banyak2, tapi tak jadi baju lagi, kuikui.

Idea asal, tengok kat blog omputih.
ada sekali tu, ramai yang dok share website tu, kongsi beberapa cara DIY yang menarik untuk jimat + tersusun = sistematik.
banyak2 DIY yang dikongsi, 1 je yang menarik di mata saya...

Bila tengok gambar ni...
Filing Your Fabric | The Thinking Closet
Menarik punya pasal, saya pun cari la sampai jumpa idea asal tu, nak tengok boleh klik sini.
lepas lama tersimpan terpendam, saya buka lagi tengok2 semula.
syoknya kalau ada laci macam ni.
kemas, sistematik, boleh gerak-gerakkan nak ambil kain yang mana berkenan.
dok ushar2 juga laci macam ni kat IKEA, tapi dia punya divider tu mahal sangat nak beli.
pastu terfikir laci besi yang kat pejabat2 tu kan...
ingat nak cari kat kedai barang terpakai je, kot boleh dapat murah sket kan...
tapi bila fikir realistik, bajet, ruang dan apa2 yang berkaitan, google2 lagi jumpa idea lain pula.

~Sumber : Sew Many Ways~

Guna kotak biasa pun boleh...
cuma nak cari divider tu la kan, kat mana entah nak beli.
saiz divider pun kena kira juga kan, kot2 tak match dengan kotak yang kita ada..
kalau kotak kertas ni, senang nak terpenyek kan.
lagi2 dapat tuan macam saya, jenis suka letak kaki atas benda, bila duduk kat kerusi meja.
rasa tak puas duduk, kalau kaki terus ke lantai.

Lepas tu jumpa lagi, macam ni pulak, guna storage box.
ha, yang ni saya suka, boleh tahan lama...

Dress_This_Nest_File_Folder_Fabric_Organized

Acaner ye, kat sini ada jual ke kotak plastik yang siap ada divider?
lepas tengok idea ni, terus pi TESCO, Giant, tengok storage box.
rata2 saya check, semua licin, sama level, xda senggat pun kat atas tu, untuk nak letak divider.
jadi idea ni xboleh nak buat.
pening kepala, nak cari divider plak, walaupun ahti meronta2 nak buat macam ni.
macam syok je, boleh tolak tarik, macam cari dokumen kat pejabat, haishhhhhh...

~Sumber : The Cottage Mama Studio~
Akhirnya saya guna idea yang lebih kurang macam ni.
geramnya tengok bilik jahit dia.
design kain pun cantik2, mana nak cari kain comel2 macam ni...
lama saya dok ushar, dia guna apa ye nak susun kain tegak macam tu.
ingat dia DIY, rupanya memang ada fabric organizer khas ye, baru saya tau...


Saya jumpa gambar ni kat blog Treasures for Tots..
sekali dapat dengan idea DIY cara nak buat.
guna kotakkkkkkk je, I likeeeeeee!

Ok, baru kita kembali ke alam realiti, kekeke...
masuk tengok rumah sendiri, yang tunggang langgang ni.

Ok, storage box, first time beli.
TESCO tengah SALE, harga RM 16.45 sehingga 9 April.
masa beli, xda rasa besaq sangat,
bila balik umah, nak letak kat rak kayu [aka stor] macam tak muat je kelebarannya.
besar pulak, ingat nak beli lagi, tapi tak muat dekat rak tu, macam tak jadi nak beli banyak2.
suka box ni sebab transparent, dah otai2 organizer kata guna yang transparent lagi mudahhh kan, WALAUPUN boleh label2 [dan saya juga suka melabel, sbb sticker banyak lagi] tapi bila guna transparent syok jugakk.


Mula, longgokkan sebanyak mana koleksi kertas kotak yang ada...
saya cari paling banyak saiz kotak yang lebih kurang sama.
cuba try test susun kat storage box tu.
boleh muat tiga kertas. jadi akan ada tiga baris susunan kain.

Ukuran standard yang saya dapat dan sarankan 6inci x 11inci.
tapi terpulang juga pada ruang storan yang ada.
saya suka buat ngam2.
supaya tak ada ruang kosong tak berfaedah, kekeke

Ok, kalau tengok kat website tadi, dia lipat nampak kotaknye kan..
saya pula tak mau nampak kotak, sebab kotak yang diguna macam2 ragam, macam kaler.
awal2 tu, ada juga fikir nak cat la, nak balut la...
tapi lambat la, saya jenis tak sabar, nak cepat nampak hasilnya.
jadi saya kena fikir cara nak lindung semua kotak tu....

Dan akhirnya saya dapat idea macam ni...
kita balut kotak tu dengan kain kita, yeh.
caranya mudah je...
lipat kain yang ada sampai bahagian paling sesuai, maknanya habis kecil dah lipatan kain tu.
selalu keadaannya lebih kurang macam ni..


Yang bulu2 tu letak kat kaki kotak.
selalunya yang bahagian lipatan kemas, saya letak di bahagian atas [sebelah kiri]
saya ni kidal, jadi tangan sedap pegang yang kemas sebelah kiri, yang bulu2 belah kanan.
kalau orang major tangan kanan, kemungkinan besar terbalik lah kedudukan kain tu.


Lepas tu, macam kain ni ukuran 2.5meter, jadi besar sikit, saya lipat dua kiri kanan kotak tu.


Lepas tu, baru lipat kain, naik atas kotak...


Kemudian bahagian satu lagi pulak, naik atas kotak...
tarik kemas2, sampai betul2 ikut saiz kotak.


Kemudian, lipat plak yang bahagian kiri tadi ke hujung yang kanan...

Dah siap.
tapi saya kemaskan dengan getah barang.
almaklumlah nak maintain tu bukan senang kan.
kalau ada klip rambut ke, klip kertas ke, nak guna boleh juga.
saya guna getah je lah, heeeee


Atau pun kalau nak lipat cepat, boleh terus naik je kain ke atas kotak, walaupun kain tu melebihi saiz kotak.

Lipatan hampir bertemu dengan yang hujung satu lagi.
Pastu lipat je terus tanpa susah ahti...hehehe

Lepas tu, adjuz2 la bagi kemas nampak lurus je kan...


Kemudian lipat dua, dan tambat kain tu dengan getah, hihihi
Lepas dah lipat, balut, tambat semua, masa menyusun.
ni yang syok ni bila nak menyusun kan...
baru nampak hasilnya.
SUKAAAAAA


Puas hati tak, bila tengok macam ni?
baru tau ada kain banyak mana
corak ape, kaler ape...
hok mana yang beli, nak buat baju la, skirt la, tak jadi2 lagi, kuikui....

Bila dok buat macam ni, nampak cantik jer, nampak kemas jer...
nanti sayang plak, nak gunting buat baju kanggggg.
harapnya saya tak simpan lama2 buat koleksi jer...
saya nak buat BAJU okehhhhhhh...

Bila transparent, boleh nampak dari luar lah kan...


kalau pandang dari sisi ni, nampak tak cantik la skit, sebab ada nampak getah2 tu...
tapi bila pandang dari sisi tepi, nampak warna-warni, corak2, getah pun tak berapa nampak sangat kan...
mungkin sebab kain corak2 kot noh...
ni yang syok ni, sebab box ni transparent, nampak colourful


Okey, keseluruhannya saya puas hati.
ngam-ngam semua.
dengan bajet, dengan ruang, dengan peralatan dan kain yang ada..
ada lagi extra kotak yang dah siap potong.
serasa saya, dah habis semua kain yang ada saya selongkar untuk lipat dan susun kat sini.
dari 5-6 beg plastik, yang macam2 gaya simpan, ada yang terlipat, tergulung, tergumpal telah menjadi yang tersusun, terkemas, dan termudah untuk akses.


OK, dah selamat simpan bawah laci meja saya.
lega rasa saiz box ni muat2 bawah laci ni...
bolehlah beli satu lagi box ni, buat nak letak kaki plak, hahahaha aptb...



2 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)