Search This Blog

Tuesday 20 November 2012

Jalan2 Johor 4 : Memborong di Kedai RM2 ECO SHOP, Tambak

Hai, hai, ini cerita terakhir tentang cuti2 di Johor.

Hari terakhir di sana, nak keluar sekejap ke beberapa kedai untuk mencari beberapa barang yang dikehendaki.

Haritu dah beli penyagat carrot kat Kuala Selangor.
Tapi baru 2 ke 3 kali guna sagat carrot, terpatah sudaaa.

Plastik ni xtahan ke?
Saya yang kuat sangat??
Adeh, terjerit kat dapur, Sayang, patah dah!

enSuami yang terkejut, ke dapur, tersengih jer..
Tau dah le, bini dia ni kuat sangat ehh...
Tapi memang plastik tu pun kurang kualiti.
Kalau jumpa pemarut yang kaler putih tu, xyah beli la.
Kat Giant ada jual, sama ja jenamanya.
Cuma harga ja lain.
Sebab beli kat kedai borong tu, boleh minta kurang.
Saya mintak kaw2 murah, RM 8.00!
Toke dia setuju ja, barang dah lama.

Pergi Johor tu, enSuami bagitau kat Mak, yang penyagat tu dah patah.
Mak mertua lak bagitau ada kedai kat Tambak, jual benda tu.
Kami pun nak pi cari la.

1 penyagat.
2 kuali non stick econsave tu.

Sekali dah pergi kat kedai tu, apa nama lak, lupa daa..
Kedai dia bertentang depan Farmasi.
Xda la plak 1 penyagat yang banyak2 mata tu.
Yang ada jenis kayu.
Kedai tu semua barang cop2 Jepun.
Macam kedai Daiso plak rasa.
Cuma harga xsama standard la.
Setiap barang ikut harga masing2.

Kat kedai ni, ada banyak jual, penutup periuk kuali yang jenis kaca jernih.
Pelbagai saiz ada.
Tapi tak terasa nak beli plak.
Bukannya apa, sebab xingat saiz kuali kat umah berapa inci.
Kalau tak leh beli terus.
Dah tak berkenan apa2, Mak ajak ke kedai RM 2.00 kat tambak.

Kami pun ikut la pergi.
Nak cari bg jumpa jugak!
Sampai je, terus tak sabar nak masuk.
Kedai tu nama Eco Shop.
Banyak jugak barang2 dalam kedai tu.
SEMUA RM 2!

Kaki pun terus meluru ke tempat peralatan dapur.
Sekali nampak senduk kayu.
Kita tak dak lagi senduk kayu!
Nak beli ar....

Amek la satu. 
Jenama Tableware.

Eh, amek dua lah.
Hahahaha...

Mau tak amek dua, ce tengok kualiti kayu dia.
Cam bagus je.
Xde kesat2.
Licin, bersih, berkilat jer...
macam berkualiti je.
Terus amek dua.


Pastu cari la penyagat idaman.
Sekali, dah jupa!


Masa ni take time le, memilih mata2 pisau tu.
Sebab dah kena kucar-kacir oleh tangan2 yang tidak bertanggungjawab!
Terpaksa tengok satu2, susun sampai cukup set lengkap.
Dan cari kotak yang elok untuk nak beli.
Nak minta kurang pun memang dah xleh daa, dah RM 2 daa.

Pastu beli satu jar penyukat tu.
tapi baru perasan xda la nk menyukat sangat.
Sebab senggatannye sket je.
Nisbah 100. X detail le...
Aigooo.
Xpe la dah beli dah.
Sekurang2nya dah boleh agak le, brpa banyak untuk 200mL.

Pastu dah selesai dengan senang hati, kami pun menuju ke Econsave.
Ni la kuali non stick tu.
24in. RM 14.90 kot.
Maxxim Paris hari2 smpi RM49.90 melekat jugak.
Hopefully  econsave brand ni, berbaloi n tak melekat.


Tak sabaq nak test buat crepe.
Kalau tak melekat, senang la sket kan.
Boleh berjimat jugak, tak perlu nak beli tefal lagi buat masa ni.
Selamat duit poket saya n enSuami.

Nak simpan banyak2 untuk hal besar ni....
Nak beli lampu cantik mcm ni!


Hoho, kalau nak tau, kami jupa lampu ni kat kedai Tudung kat area situ jugak.
Cantik le, bkenan kottt.

Beria2 nak ajak enSuami pi survey2 kat kedai2 lampu kat situ.
Tapi enSuami berlagak.
Ai, takkan Selangor yang canggih xdak?
Betapa banyak kedai lampu kat Bangi Kajang ni.
Kalau ada, mesti dah jupa.
Xpenah nampak pun iklan dalam City Xplorer, Media Focus kat Bangi Kajang ni kan?

Dah balik Selangor ni, baru tau!
Dok cari kat internet pun xjupa2 lagi.
Sekarang tiap2 hari dok tanya enSuami, dah jupa ka lampu bunga kat Selangoq ni?

Tak jawab, dia!
Mana nak cari ek?
Sapa tau nk cari kt mana?
Kedai lampu kat Puchong tu, xda plak masa pergi tengok hari tu.
Apa nama pun xtau la nak cari kat internet nun....
Xmendapat le jawabnya.
Lampu bunga dalam kenangan je lah.......

~Lalalalalalala~

2 comments:

  1. Replies
    1. Reyina, boleh tgok kt link ni lokasi yg tdekat dgn umh awak..
      http://www.eco-shop.com.my/location/johor/

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers