Search This Blog

Tuesday, 6 November 2012

Crepe Durian Pertama!

Hai kawan2..
Sape kat sini dah penah buat crepe durian?

Mesti ramai dah penah buat.
Saya baru ja tahu 2,3 bulan lepas kot.
Tengok kat FB orang dok upload.

Apa menatang ni?
Kaler macam2 striking, hihihi.
Lepas tengok tu, abaikan je..
Ape2 la orang zaman sekarang ni kan...
Macam2...
Pening...
Tak terkejar...

Tapi entah macam mana teringin lak nak cuba crepe durian.
Oh ye baru teringat.
Sebab 2 hari lepas kakak bawak durian yang banyak sangat.
Dok pikir2, nak buat apa lagi.

Kalau saya simpan wat tempoyak je.
Suka sambal belacan tempoyak.
Yang xsyoknya enSuami xminat.

Hui, ada 1 tuperware aiskrim lagi tempoyak durian awal tahun ni.
Xhabis makan kalau saya sorang je melantak tempoyak ni.
Kadang2 cuba masak tempoyak.
Tapi banyak mana la sangat nak guna tempoyak tu setakat masak 2 orang makan.
Lain la kalau buat kenduri tempoyak, kekekeke.

Durian sebanyak ni kami buat serawa.

Pagi semalam dah buat serawa [org Kedah panggil]
orang kL panggil pengat ke kan...

Dah buat 1 periuk.
Banyak tu, larat ke enSuami nak makan sorang2 ni.
Saya xminat serawa2 ni..

Kalau makan pun, ciket je, amek syarat kata makan merasa Mak masak.
Lebih suka makan buah durian.
Segar dari ladang.
Hilang la gah nya kalau masak benda2 lain dari durian ni.
Cara saya la, orang lain xtau la kan.

Pagi tu pun, bukan main dahsyat sarapan!
Dengan laksa, pulut durian, serawa durian!
Adoi, penuh perut.
Rasa nak termuntah daaa.

Untuk nak cepat habis semua ini, bungkus bagi kat kawan.
Untung kawan baik saya tu, berjiran dengan saya, yeh.
Saya pun untung, ada orang boleh tolong habiskan masakan saya, hehe.
Ahmad Nasih makan banyak2 naa, Achik Nabilah masak sedap kan kan kan...

Masa sedang dok masak pengat tu, enSuami terjerit panggil.
Abang ada resepi baru untuk Sayang.
Sebenarnya sebelum itu, saya minta dicabar.
Nak masak pe lagi guna durian ni.
Tu yang enSuami pun google resepi tu.

Tengok2, dia dapat resepi crepe durian!
Haaa, Sayang buat crepe durian ni, Abang nak makan!

Alaaa, crepe durian...
Nape? tau tak apa tu crepe durian?
Tauuuuu, dah penah tengok dah hari2, tapi macam xsyok jaaa. Tapi xpa la, kalau nak cuba xda masalah, saya sahut cabaran ini!
Tapi!
Masalahnya adalah xda kuali nonstick! ingat senang nak buat, kang melekat2 nanti, hancoq.
Dah la buat lempeng pun fail.
Huhu, sampai sekarang saya xreti buat lempeng, kisah benar, tolong percaya! hahaha.

Bila dah tengok2 resepi semua, compare2 dengan yang best.
Saya amek yang paling senang, hahaha.
Senang pada bahan dia la, hat xdak tu, maleh nk pi cari lagi.
1 ja kena tambah, tepung ubi kayu, xpenah beli lagi.
Itu memang xleh nak elak. 


Mula la membancuh, oh ya saya guna resepi Kak Ana Suzana je.
Memandangkan dia ada tutorial sebijik2, dan bahan dia pun mudah.
Dah selalu dok tiru dia masak, kebanyakan barang dah ada kat umah.

First time buat pakai kaler hijau lah.
Kuning xdak la plak...

Petang tu bancuh, try buat dengan kuali biasa.
Memang xleh la.
Sayang, xleh.
Hancoq...

enSuami pun ajak pi beli kuali nonstick.
Sanggup tu dia ni.
Nak makan crepe punya pasai.
Malam tu pi cari kat Giant, sebab dekat ngan umah.
Hujan lebat ya amat, gagah jugak keluaq.
Demi kau, crepe!

Ada banyak pilihan, xtau plak nak amek yang mana satu.
Nak amek yang murah, takut tertipu.

Amek yang mahal la kot, berkualiti.
Kitorg pun amek le jenama Maxim Paris ni.
Harga RM49.99. Bayar RM50 la jadinya.


Boleh caya ke ni, Sayang.
Dok baca la spesifikasinya.


Boleh ni enSuami kata.
Beli mahal2, melekat lagi, xtau la nak wat cmna lagi, huhuhu.


Meh nak try dulu step pertama.
Penah tengok ada orang beli, kuali nonstick, kertas iklan ni melekat lak kat kuali tu, huhu.
Melekat banyak plak tu, bukan sikit2.
Saya pun cuba tarik....


Oh lega, tertanggal elok.
Harap2, crepe saya jadi la kan.
Kalau xjadi jugak, memang saya gagal la buat lempeng, huhuhu tatut!

Malam tu dah letih sangat, esoknya baru buat.
enSuami pi sekolah.
Saya pulun habiskan tepung tu sebelum pi keja.

Xmenjadi jugak le..
Melekat jugak!
Tapi ok la daripada pakai kuali biasa, terus melekat hancoq.
Hat ni nampak la jgk bentuk lempeng, huhuhuhu.


Dah first time buat, memang la xreti nak agak lagi.
Kuali plak xsuperb, macam2 la bentuknya.


Tengok la sampai terbonjol macam ni haaa..
Ni kes kulit terkoyak la ni...


Ada 2 bijik ni je yang cantik.
Ini cabaran ini, nak buat lagi lepas ni.

Ni yang gedik2 nak Tefal ni.
Puas la survey kat internet, cari pasal tefal.
Ada yg buat bisnes jual tefal, kontek xdapat2. Blog pun dah lama xupdate.

Alek2 saya kontek direct ke Pengedar tefal Malaysia.
Tanya dia ada jualan mega ke hujung tahun ini?
Dia respon, belum ada perancangan.
Tapi kat Tesco Kuala Selangor salah satu pengedar Tefal, 2minggu sebelum tu, jumpa Tefal kat Tesco tu, ada diskaun brpa %. 70% ke, kuali dia dalam RM110++.

Saya nak yang sale punya. BIG YEAR END SALE.
Tefallllllllllllllllllllllllllllllllllllllll!


Eh camna tersesat tiramisu kat sini ni.
Oh ye, jamuan untuk meting/bengkel SMS Balasting hari tu.

Lalalalala, ramai kawan2 kata saya suka masak pelik2.
Pelik? hihihihi...

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers