Tungguuuuuuuuuuu!
Ada sesape nak membeli di Ayer Hitam?
Lebih2 lagi nak membeli water fountain, air berjurai2, yang lawa2...
Jangan lepaskan peluang, survey2 di banyak2 kedai sebelum buat keputusan nak membeli.
Hehehe, panduan ni dah biasa.
Kami pun tau, tapi kadang2 xbuat jgk..
Nak cepat la, malas la, xlarat jalan la, panas la..
Macam2 alasan kan kalau xmau tuh, huh!
~Banyaknya papan tanda, xdan nak baca, huhu~ |
Target di hati nak membeli pinggan porcelin putih yang bentuk pelik2 tu.
Dah kata Ayer Hitam Pekan Seramik kan...
enSuami kata termasuk dalam kategori.
Berbunga2 la nak pergi.
Nak tengok hebat tera mana.
Sebenaqnya jalan nak pi Banting pun ada kedai seramik ni..
Katanya harga dari kilang.
Tapi xpenah masuk lagi, dok lalu ja 2,3 kali atas urusan lain ke Banting.
Jom pi Ayaq Itam nooo...
Nak beli pinggan cantik, eeeeee..
Masa sampai tu tengok murah gila.
Terbeliak bijik mata haaa.
Sapa yang tengah wat persiapan nak kawen, boleh histeria tengok, uwaaaaaaaa...
Bekas kaca jernih macam kat IKEA untuk letak gula2 atau rempah ratus yg 4 biji RM7.99 (IKEA) kat sini 7Posen n 8Posen jeeeeeeeee.
Serius, xtipu...
Kalau 7posen, penutup nya xda kaca, yg 8posen ada kaca-cermin, so leh nampak apa isi dari atas.
Geramnyaaaa macam nk beli.
enSuami kata jom tengok2 tempat2 lain dulu.
Kalau kat sini murah, mesti kat tempat lain lebih2 murah.
So kami cuci2 mata je tgok semua brg2 ni.
Lilin yang besar lengan kat IKEA yg harga RM24++ kat sini RM12++..
Macam2 bau, aroma nya.
Adoi dah amek pegang daaa.. tapi letak balik, adoi nyesal, huhuhuhu.
Kedai pertama masuk ni, agak pe nak cakap, nampak kedai mahal la ni.
Bangunan dia sorg2, cat elok baru, barang2 tersusun, walaupun banyak macam masuk gudang.
Tapi masih cantik n kemas.
Mungkin kos kat situ la kan.
Pastu pi lagi kedai kedua2, ada fountain.
Rupanya enSuami ada impian lerrrrr.
Baru saya tau.
Dia suka fountain ni..
Kalau boleh nak ada kat umah sendri nanti.
Oh ye, saya pun ada jgk minat.
Tapi xingat la plak masa ni nak beli kan.
Alang2 enSuami minat sangat, layan kan je la.
Tengok sekali, kalau bajet bawah RM200, dapat beli yang setingkat je la.
enSuami kalau boleh nak yang banyak2 tingkat.
Baru syok nampak air terjun katanya.
Hahaha, OK.
Pi lagi jalan2 kat kedai lain.
Kat situ ada jual barang2 perhiasan rumah la senang ckp.
Kat kedai ni, kami tergoda.
Sampai 3 jenis barang beli.
Xdan dah ar nak survey2 lagi.
Terus sambar ar, hehe.
enSuami jatuh cinta kat jam dinding yang panjang dalam 60cm dengan ada frame boleh letak gambar2 gitu.
Tengok harga kat situ, RM69.
Xsempat nak tanya, dia kata kita boleh bagi RM60 kat Abang.
Amboi, pelik ni, xminta lagi dah boleh kurang ni, mesti murah lagi ni.
Saya pun apa lagi, bab nak murah ni nombot 1 la.
Bagi RM50 dah la.
Xdapat kak, 60 saya dah kurang.
50! [saya memang cmni, tegas gila letak harga]
Kalau saya kata nak bayaq 50, 50 la saya bayaq.
Selalu penjual kata, aik customer plak yang letak harga, hehehe.
Saya memang camni.
Pahtu ada 2kaler lak. Hitam n putih.
Kali ini saya biar enSuami buat keputusan.
Tapi cam besa, memang dia susah nak buat keputusan.
Setelah berkira2 dengan cat dinding umah [dinding umah mesti kaler cerah/lembut]
Pikir perabot2, umah kami banyak kaler hitam.
So sesuai kaler hitam.
Nanti obvious sket kalau cat kaler kuning, pink, atau hijau kan kan kan.
Barang kedua, beli yang gantung buluh bunyi2 bila angin tiup tu.
Apa nama rasminya, xtau la ceq.
Ada besaq n kecik.
Yang besaq harga RM 21 ke 23 xingt.
Saya minta RM15.
Kalau nak 15, amek yang kecik ni kak.
Xmau nak yg besaq ni..
Xleh kurang kak, banyak sangat. 20 la saya bagi.
OK.
Ketiga pasu kayu.
Ada 3 corak.
Xtau plak nak pilih mana, 1 RM35.
Saya minta nak amek dua RM50.
Dia kata xdapat jugak.
Nak le 50, dah beli banyak ni.
55 kak saya bagi. corak mana kakak mau?
Susah jgk nk mikirnye.
Kalau nak cantik memang la nak yg ukiran bunga2 tu.
Tapi tengok yang display tu, banyak yang dah tercabut.
Lastnya amek yg jalur ke bawah jek...
Corak simple tapi tahan lama katanya, xda nk tercabut mcm corak2 tu.
Harapnya begitu la.
Keluar dari kedai tu, senyum meleret.
enSuami geleng2 kepala.
Sayang ni, kalau nak minta tawar no.1, berjaya plak tu.
Pandainya isteri saya nih!
Hehehehe.
Kedai2 mcm ni, lebih2 lagi kawasan tumpuan pelancong, mesti markup banyak.
Mesti boleh kurang gila2.
Kawan2 yang nak pi, kalau pi kat kedai yang eksklusif tu mesti mahal sket kan.
Tengok kos la kan, mcm kedai yang first tu, hiasan dalamannya memang cantik, banyak guna lampu bulb tu.
Banyak la kos elektriknya, sebab tu mahal sket dari kedai lain.
Nak ceritanya, kitorg lajak lagi kat tempat jualan ramai2.
Kat sini gerainya jenis mcm pasar malam je.
Tapi berbumbung macam rumah kedai la, kat tepi jalan berdekatan dengan lampu isyarat nak ke Simpang Renggam.
Kami pi kat gerai2 besa ja.
Mula tu jupa satu kedai Cina yang specialistnya fountain.
Memang banyak la air terjun tu.
Macam2 corak, kaler, layer yang ada.
Naik rambang mata melihatnya.
enSuami dah xtentu arah.
Sekejap dia tunjuk yang ni cantik.
Sekejap yang tu cantik.
Yang tu pun cantik jugak.
Hohoho, kami pun dok pikir.
Ada 1 tu kami berkenan, harga dalam RM 300 ++.
Kami tanya Tauke, mau yang atas saja bo ka?
Sebab kaki bawah tu yang tinggi buat harganya mahal.
Kalau amek atas sahaja, RM 269 kot.
Kalau nak beli terus masa tu, memang la boleh beli.
Tapi entah macamana, kami ternampak benda lain plak.
Kaler coklat cerah versus coklat gelap, kombinasi yang cantik bagi kami berdua.
Dok tengok ke depan lagi ke depan lagi kedai, lama2 dah terkeluar dari kedai.
Tengok Tauke tu pun sibuk sangat dok layan customer lain, kami pun berlalu.
Tanya lagi enSuami, mau ka xmau nih?
Nak beli, tapi Xpelah, nanti la dulu, xpenting lagi buat masa ni.
Memang la xpenting buat masa ni, tapi nak datang Ayer Hitam lagi tu yang bilaaaa tu?
Kami pun berlalu mara ke depan lagi dengan perasaan berbaur.
Sayang? Xpuas hati? Mahal? Penting ke tak?
Sambil dok jalan2 tengok gerai orang lain.......
Tu diaaaaaaaaaaaaaa..
Ada lagi satu gerai.
Walaupun kecik, sikit, barang kat kedai ni, tapi kami berasa nak berhenti tengok2.
Nak kata rezekinya, design yang kami minat kat kedai cina tadi, ada jugak kat sini.
So, tanya la harganya.
Adik tu pun pergi la amek katalog kat meja casher.
Dia kata, 130!
Sangat mengejutkan!
Kami macam xpercaya.
Berapa sekali lagi??? tanya saya.
Adik tu pun tengok sekali lagi.
Dia pun risau, sebab tengok muka kami yang tak percaya.
Kami pun ingat kot2 tersalah dengaq.
230?
Tak, 130! Ye betul la 130!
Masa tu tengok macam tinggi dan banyak layer.
Saya pun cuba la nak angkat kot2, ada pasu lain yang dia letak double kat situ.
Rupanya tak. Itik plastik tu je yang tak termasuk.
Maknanya yang ni ada 5 tingkat.
Lebih sket dari yang kedai cina tadi.
Saya tengok enSuami, enSuami tengok saya!
130! Mulut kami melopong, hehe.
Sambil isyarat mata, amek terus ar..
Betoi ni 130?
Ya, adik tu angguk2.
Muka enSuami berseri2.
Suka la tu, dapat beli fountain idaman dia.
Saya pun suka!
enSuami sedang angkat fountain nak masuk keta dengan hepinya.
Walaupun berat ya amat, tapi hati berbunga2, hehehe.
Kami pilih design yang petak2 pasunya.
Bertingkat2, tersusun dan kolamnya melekat sekali.
Kami xamek kakinya yang tinggi tu, yang tu lebih berat dan lebih mahal.
Pikir2 nanti nak buat mendarat, kat lantai je.
Kalau teringin nak wat air terjun tinggi2, nanti beli pasu tembikar baru kat Sungai Besar je.
Nampak tu yang berasap2 tu.
Yang tu pun kami beli jugak.
Air terjun 130 + pam 20 + asap 40 = 190
Saya minta kurang 180 je, dia kata OK.
Lalalalalala, syoknya.
Habis angkat masuk keta terus la menuju ke umah Mak Abah kat Pontian Kechil.
Dah puas hati membeli, xda lagi la nak merayau2, yeh!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)