Search This Blog

Sunday, 3 July 2011

Karnival SRAI BBB, Semanis Kurma BBB

Tahun lepas, pernah datang ke SRAI BBB bersama YB untuk penyerahan set komputer dan sumbangan kerusi untuk perpustakaan sekolah mereka.
Tak sangka tahun ni, ada housemate yang menjadi guru di sek ni.

Sekolah ini sangat mendapat tempat di kalangan masyarakat di sini kerana pencapaian akademik yang tinggi.
Semua ibu bapa berebut2 nak hantar anak ke sini.
Tapi sayang la, sekolah xdapat nak menampung permintaan ibu bapa.

Baru2 ni pun ada sorang bapa ni menulis surat kepada YB Dr Halimah dan diberi salinan kepada YB untuk cadangan menambah satu lagi kelas Tahun Satu di sekolah ni.
Maksudnya xcukup kelas dah lah tu. Anak dia xditerima masuk sebab dah melebihi kuota.

Sekolah ini pun agak produktif.
Sangat berdedikasi.
Guru besar yang merendah diri dan sangat bagus untuk menjadi pemimpin.
Alhamdulillah. Semoga seluruh warga SRAI BBB diberkati.
Cuma, satu untuk ditegur, sebagai guru yang menjadi teladan kepada murid2, bahkan di sekolah agama, haruslah bersikap seorang muallimah yang benar menepati syarak.
Diharapkan Guru Besar dapat bertegas juga kepada guru2 untuk menjaga kehormatan diri bukan kepada anak-anak murid sahaja. 

Sekolah ini memang aktif.
Agak besar sambutan karnival kali ini.
Semoga dapat menambahkan dana sekolah untuk pembaikan yang perlu.

Malam tu berkesempatan nak pergi Forum Ibu Bapa Mantap, Anak Hebat!
Ahli panel memang gempaq...
Us Akashah dan Ustazah Bahyah. Tapi Ustzah Bahyah datang lambat sebab ada ceramah lain di Gombak.
Ada Ustaz dari KUIS yang menggantikannya untuk slot pertama.
Ada persembahan nasyid sekolah sebagai pembukaan Majlis.

~Ustaz Wan Akashah yang baru tiba~

~Pasangan Ideal, Semanis Kurma~

Sejak Kumpulan Sepah buat lawak dalam Maharaja Lawak yang menggunakan situasi mereka berdua dengan tajuk Manisnya Kurma ini, Ustaz dan Ustazah selalu membetulkan keadaan dengan membetulkan keadaan yang Ustzah xda penyakit semput ye, hadirin akan ketawa kerana terbayangkan lawak yang Kumpulan Sepah buat.

Yana pun xboleh tahan.
Teringat Sepah katanya bila tengok Ustaz dan Ustazah.
Tapi di hujung program, Yana beria2 nak bergambar dengan Ustazah, sebab Ustazah cantik katanya.
Jawapan macam budak2, mestilah cantik, sebab dah mekap, ayyo....

Nabilah pun dengan poyo, p terjah.
Nak penuhi jugak hasrat kawan ni, kang terngiang2, xlena tidoq plak....

Akhirnya dapat jugak bergambar.
Ustzah kata, muka saya dah teruk ni, mekap dah lama berpeluh2 dah.
Yana jawab, Xpa, cantik juga camnapun.
Huhu, Ustazah ketawa.

Lepas bergambar, sempat bagitau, Haritu nampak Ustazah makan kat PKNS. Masa tu kami ada program kat situ. Cerita dulu di sini
Oh ye, Ustazah memang suka pergi PKNS tu... Suka beli comforter yang kat atas PKNS tu, cantik2...

Xleh lama nak sembang dengan Ustazah.
Dia harus dibawa ke tempat jamuan.
Dah lama Ustazah berceramah, tentu lapar dan dahaga.
Semoga Ustaz dan Ustazah dapat mendekati golongan2 artis untuk didakwahkan dalam segmen Semanis Kurma itu.
Suka tengok Elly Mazlein semasa dijemput ke program tu, isu hal pertunangannya yang besar-besaran seperti majlis perkahwinan.
Rupanya dia diarak dengan kereta kuda masa bertunang tu, bestnya.


Jawapannya itu lebih kepada impian dia, bukan nak menunjuk-nunjuk.
Nabilah pun setuju, hehehe. hee hee
Bila kawen ni, memang macam2 impian keluar.
Alhamdulillah Nabilah pun selamat merealisaikan impian perkahwinan,
Sesuai dengan kemampuan Nabilah.happy

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers