Search This Blog

Saturday, 16 July 2011

Berita Baik, Rumah di Kuala Selangor

KENYATAAN AKHBAR

16 JULAI 2011

PENANTIAN 10 TAHUN PEMBELI RUMAH ALAM PERDANA AKAN BERAKHIR DALAM TEMPOH ENAM BULAN LAGI

Lebih 1,000 pembeli rumah di Alam Perdana, Kuala Selangor mampu menarik nafas lega apabila projek itu yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu, akan disiapkan sepenuhnya akhir tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika ini pemaju sedang menyiapkan kerja-kerja akhir seperti melakukan kemasan dan penyambungan paip, sebelum kunci diserahkan kepada pembeli.

Beliau berkata, pembeli juga diberi pilihan untuk menjual rumah mereka kepada pemaju pada harga semasa.

"Bagaimanapun, mereka hanya boleh menjualnya selepas rumah ini siap sepenuhnya.

"Pemaju akan membeli mengikut harga pasaran semasa. Kerana itulah kita mengarahkan pemaju menjaga kualiti supaya rumah ini boleh dijual pada harga tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek, hari ini.

Menteri Besar berkata, walaupun projek ini diambil alih kerajaan negeri dan diberi nafas baharu, harga rumah tetap dikekalkan pada harga ketika rumah itu dijual kira-kira 10 tahun lalu.

Kerajaan negeri telah merampas tanah tapak projek Alam Perdana kerana pemaju gagal menyiapkan projek dan tidak membayar premium tanah ketika penukaran status guna tanah dari pertanian kepada pembangunan.

Pemaju LBCN akhirnya setuju meneruskan projek berkenaan tetapi perlu membayar RM41 juta kepada dalam Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor sebagai cagaran.

LCBN juga setuju untuk membayar tunggakan bayaran kepada 383 peneroka asal tanah berkenaan sekiranya mendapat keuntungan hasil dari projek yang dipulihkan itu.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang keuntungan dari pemulihan projek terbengkalai ini.

"Ini adalah tanggung jawab kerajaan negeri terhadap rakyat yang telah lama menderita dan menanggung kesusahan kerana perlu membayar pinjaman setiap bulan kepada bank sedangkan rumah tidak siap,” katanya.


Disediakan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers