Tempat kami xsehebat sahabat2 lain.
kami terperangkap di Brickfields.
Seksanya hari Bersih itu.
Bagai terpenjara di dalam Kuala Lumpur.
Turun KTM di KL Sentral.
Polis sangatlah banyak.
Dah berduyun2 dimasukkan ke dalam trak polis.
Walhal masa tu baru pukul 9pagi.
Satu badan cuak, terketar2.
Ya Allah, kenapalah takut kepada musuh2 agamaMu.
Berikan kami kekuatan.
Sementara sarapan di salah sebuah kedai, sorang kawan ditanya sorang kakak yang sedang makan kat situ.
Adik2 nak ke mana ni?
Lama pikir, sebab xsedia jawapan lagi......Selamba je pi jawab, nak pi SOGO.
Sogo dah kena tutup Dik hari ni, sebab perhimpunan tu.
Habis semua jalan kenan tutup.
Akak pun tadi datang dari Segambut naik motor, tu pun lama la kat jalan. jam sangat.
Kitorang pun pura2 mengangguk2 faham, Oooooooooooooooo.
Cane kita nak shopping hari ni?
Cubalah tengok2....kot2 bo sampai SOGO, setahu akak dah tutup.
Dulu pun dah ada perhimpunan ni...
Kami menunggu lagi kata2 dari kakak ni.Haz menyampuk, Diorang tu, bukan wat papepun kan?
Nak menguji pemikiran kakak ni.
Haaa, diorang xkaco orang. diorang berhimpun je.
Tapi polis yang dok sekat2 ni, jadi jam semua.
Lega hati bila dengar respon kakak ni.Alhamdulillah, walaupun dia tidak menyertai perhimpunan ini, sekurang2nya masih ada rakyat yang berfikiran waras.
Masa tu dapat info, junior yang beg diorang digeledah oleh polis.
Cis, melampau. Mencabul hak individu.
Nasib baik, memang xda baju bersih yang dibawa.
Jadi dilepaskan.
Tapi perasaan masih xdapat dikawal.
Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Kuala Lumpur.
Dah xdapat bertahan berada di situ. Sangat membahayakan diri.
Rupanya DS Anwar ada di Hotel Hilton, patutlah ramai polis di sini.
Kami bergerak berjalan bertiga.
Semua lelaki atau perempuan yang berpakaian kemas adalah dicurigai.
SB kan berlambak masa ni.
Sapa2 yang tidak dikenali, memang kami xpandang langsung.
Berlagak la jalan, di negara sendiri kan....
Seolah-olah sedang melancong di Kuala Lumpur.
~Orang yang dicurigai semasa di KTM KL. Apa yg dia cakap entah, ke hulu ke hilir depan kami~ |
Polis ada di mana2 sahaja. Sepanjang jalan dikawal.
Kiri kanan anda, tidak selamat.
Akhirnya sampai di KTM Kuala Lumpur.
Tiba2 bertembung dengan orang2 kawasan yang muslimin.
Leganya di hati ya Allah.
Sekurang2nya ada sedikit pelindung.
~FRU dah bersedia berdekatan dengan KTM KL~ |
Bertegas nak ikut mereka ke mana sahaja.
Jangan tinggalkan kami.
Masuk dalam stesen tu, ramainya Ya Allah.
Pasti semuanya tu datang untuk BERSIH.
Sampai siap berkampung, duduk bersila, melegakan keletihan menunggu jam 2.00 petang.
Tak lama di situ, tiba2 dengar jeritan disuruh bersurai.
Dah POLIs bangang ni dah menempelak, halau orang.
Trak polis dah sampai untuk mengangkut orang2 xbersalah.
~Geng-geng Serdang yang mula bergerak meninggalkan KTM KL~ |
Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke tempat lain.
Daripada kena tangkap, nanti mengurangkan bilangan peserta perhimpunan.
Kami nak berhimpun secara aman, susah sangat ke nak benarkannya?
~Situasi dari atas jalan pandangan ke arah KTM Kuala Lumpur.entah apa yg polis buat~ |
Kad pengenalan diminta diserahkan.
Yang lelaki je bagi, kitorang buat lambat2.
Sementara tu, ada pula polis tu (pangkat pe ntah, yg tertinggi kat situ) nak cakap.
Saya boleh lepaskan anda semua dengan syarat anda semua tidak menyertai perhimpunan nanti.
Ler, nampak sangat takut kalau ramai yang datang perhimpunan.Boleh janji dengan saya? Boleh blah dalam hatiku.
Kami semua diam xmemberi respon.
Camna nak janji camtu, kami memang nak pi berhimpunlah!
Nanti you jalan terus, nampak Esso station, situ ada bus stop, naik bas Metro sudah, balik.
Tiba2 Haji Malik bersuara, Saya nak tanya 1 soalan boleh?Polis tu dengan bangang setuju untuk ditanya...
Sekali, Haji Malik tanya, Kenapa diorang buat BERSIH tu?
Kah kah kah, amek hang sebijik!
You memang kena tangkap! You dont ask me that question, I know what the meaning it is!
Tau pun, sedaq pun, Kami MAHUKAN KEADILAN! yang tercabul.
Akhirnya kami dihalau segera bersurai.
Xtahu ke mana arah tujuan.
bertembung dengan orang2 yang macam nak pi demo, dimaklumkan jangan ke arah sana (tempat kami kena tadi).
Kalau kena tangkap, akan berkurang jumlah peserta perhimpunan.
Semua makcik, pakcik dah bebel...
Nanti tau la skrip apa yang nak keluar, Bersih 2.0 tidak mendapat sambutan. Rakyat bijak tidak menyokong perhimpunan haram BERSIH.
Ceh, dari awal lagi dah kena tangkap.
Kalau anak jantan, biarlah kami berhimpun. Tengok berapa ribu yang turun.
Kebuntuan arah jalan dituju, kami masuk berehat dan makan di kedai mamak.
Kedai mamak je berani buka hari ni... Yang lain2 banyak yang tutup.
Masa tu tepat jam 12 tengahari.
Dapat sms, kol 1 akan diberi arahan pergerakan seterusnya.
Lamanya rasa, lagi sejam nak tunggu.
Dah lama dok situ, baru 15minit berlalu.
Hati dah mula risau.
Kat mana kita nak solat nanti.
Kami takut polis kepung masjid.
Kawan masih lagi husnuzon, xkan la masjid pun depa nak kaco, orang nak solat ja.Dalam hati, masih ragu2.
Air yang manis pun xterasa di tekak.
Nak makan, lagi la xlalu.
Walaupun perut dah berkeroncong, xmakan dari pagi tadi.
Akhirnya kami dibawa ke surau Madrasatul apa ntah di Brickfields tu. Surau orang India Muslim.
Alhamdulillah kat situ tiada halangan. Kami semua selamat menunaikan solat Zohor dengan aman.
Rupanya sahabat2 lain diuji di Masjid. Dihalang mendirikan solat.
Sungguh hairan terdapat halangan untuk mendirikan solat di rumah Allah.
Memang mereka ini benar2 kufar.
Sesudah solat, kami menunggu arahan seterusnya.
Tepat jam 2 petang, hujan turun dengan lebatnya.
Ya Allah, hujan rahmatMu.
~Sempat bergambar sementara menunggu arahan pergerakan dan hujan~ |
Bila hujan dah berkurang lebatnya, kami bergerak ke arah stadium.
Polis dah sedia menunggu.
Kami bertoleransi. Tiada persetujuan diperoleh.
Ada polis yang sedang bercakap telefon memaklumkan ada sekumpulan peserta di situ.
Akhirnya kami merempuh berlalu ke arah tujuan dengan mulut tidak mulut tidak berhenti mengucapkan LailahaIllAllah.
Bergenang air mata masa ni. Kenapakah zalimnya manusia, kami nak ke stadium seperti yang dijanjikan.
Separuh jalan, dah mula tiba kereta polis dan trak.
Kumpulan kami sangat kecil nak merempuh sekali lagi.
Jalan sket, di depan dah nampak FRU berperisai yang sedang menunggu.
Orang2 dah mula menyebut garam. Terus membuka bekalan yang dibawa.
Letak sket dalam mulut.
Dalam 5meter dari FRU, tembakan dilepaskan.
1, 2, 3, entah berapa das xpasti.
Ada di atas, ada di kaki, ada di pokok.
Lepas tu baru lari bertempiaran. Asap dah mula memedihkan mata.
Pedihnya ya Allah.
Masa tu mulalah rasa sakit perut.
Sambil lari, bermonolog dalam diri. Xnak pengsan, xnak pengsan.
Sebab teringat dari Bersih 2007, orang yang pengsan yang mudah ditangkap polis.
Xnak lemah, harus lari seboleh mungkin.
Sesak nafas tu, memang xdinafikan.
Habis semua mata merah.
Tersenyum Nabilah melihat enAbu menangis, kekekeke
Terasa ukhuwah yang ada.
Sama2 dalam susah senang.
Hui, pedih...pedih sungguh... kata enAbu
Hat ni paling pedih.
Betullah, rasa kali ini teruk sangat dari dulu.Tipulah Najib kata guna pemedih yang paling minima.
Walhal dia dah beli racun yang lebih kuat, 'hadiah' untuk kami pada 9 Julai tu.
~kami bertempiaran selepas reda dengan pemedih mata~ |
Bukan kami (peserta perhimpunan) yang membuatkan jalan menjadi sesak.
Bukan kami (peserta perhimpunan) yang menghuru-harakan Kuala Lumpur.
Bukan kami (peserta perhimpunan) yang menutup pintu rezeki dan pendapatan peniaga.
Bukan kami (peserta perhimpunan) yang merosakkan harta benda awam.
Bukan kami (peserta perhimpunan) yang bertindak ganas.
Tapi Kamu, POLIS dan PM yang melakukan semua di atas.
Malah melibatkan nyawa manusia.
Kami tidak datang dengan bersenjata.
Hanya membawa garam, air dan tuala untuk pertahanan diri.
Tunggulah BN-UmPORNO, kami yang dizalimi mendoakan anda semua mendapat ganjaran yang setimpal dengan perbuatan kamu.
Hanya Allah yang selayaknya memberikan balasan tersebut. Amin
Jomlah tengok sapa2 yang masih ragu2 dengan PR sekarang
Tengoklah kerajaan pimpinan sekarang.
Semoga Allah membuka pintu hati anda semua kepada kebenaran.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)