Search This Blog

Saturday, 11 June 2011

Satay Hut, Kuala Selangor


Dalam perjalanan pulang Khamis malam ke Sekinchan, kami singgah makan di Satay Hut.
EnSuami janji nak belanja, sate besar di Kuala Selangor.
Banyak kali lalu depan kedai ni, asyik penuhhhhhhhhh je orangnya.
Sambutan hangat betoi....angry

~Satay Hut, Kuala Selangor~
~Air minuman cepat sampai~
~EnSuami menelefon adik2, nak pesan pape nak makan?~
~10 cucuk sate Hut dah sampai~
Sate, memang favourite Nabilah
Tu yang nak sangat merasa, apa yang hebat dengan Satay Hut, kata besaq.

Besaq x, macam ni?


~Sebesar 2 jari suamiku~
Harga pun dua kali ganda la...
Secucuk RM1.30.
10 cucuk yang ditempah, dapat habiskan 6 cucuk.
Empat lagi dibungkus dengan 15cucuk yang ditempah untuk adik2 di rumah.
Kuah kacangnya ada sedikit berlainan rasa, seolah2 macam ada sikit2 rasa kari, agaknyalah...xpasti sangat.
Tapi rasa lain lah....

Jauh nak makan sate, tapi hatiku masih di Samuri dan di Kajang/bangi kalau pilih bab2 sate ni...
Sebab kecil, mudah untuk gigi bracesku.big grin
Sebab basah2, sedap untuk dimakan. Baru rasa makan sate, mau basah2 gitu.
Kuahnya pun sedap.

Emmm, bila lagi nak makan sate??? drooling


2 comments:

  1. Akak dah coba mkn sate sri melaka x? Skali akak rasa, kompom dh lupakan sate samuri. Ahaha!

    ReplyDelete
  2. Adik Wunk,
    Sate Sri Melaka?
    Kat mana ek?
    Meh le bg petunjuk jalan, kat mana tu..
    Haritu dapat makan sate baung, sedap jugak..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers