Semalam kami singgah makan di Mohd Chan Abdullah selepas selesai di klinik gigi.
Asalnya nak round2 area PKNS. Pas2 terlajak nak ke kiri plak, memandangkan lot2 kedai kawasan itu baru dibuka, mungkin terdapat banyak lagi kedai-kedai makan yang belum diteroka, hehehe
Takut-takutpun, lajak juga jalan-jalan mencari kedai makan...
Terus BTeh nampak signboard besar kedai cina muslim, sebelah kedainya pun ada yang best.
Kita pergi yang cina tu lah...
Baru teringat hari tu, CikTam ada Like kat FB restoran makanan cina muslim juga.
Tapi restoran tu di jalan menghala ke Putrajaya.
Jauh sangat pula nak ke situ, berbanding mencari kedai di kawasan PKNS ni.
Sampai, masuk dan duduk, kami terus diberi senarai menu masakan.
Tengok semua menu.
Ada kod-kod setiap menu tersebut.
Jadi mudahlah nak buat pesanan, sebut nombor kod saja.
Nak sebutpun, tergeliat-geliat lidah.
Nabilah nak makan Nasi Masak Kong Boh Ayam.
Minum air Teh Bunga (Homemade)
Dim Sum Ayam (ada lagi sayuran, dll)
BTeh amek Nasi Goreng Kam Heong dengan Jus Tembikai.
Sementara menunggu, kami klik-klik gambar dulu.
Yes, I Like....
~First click, pejam mata pulak...~ |
~OK, meh nak ready bagi macho sket~ |
~Penuh dinding kedai dengan poster-poster makanan~ |
Jadi, poster-poster ni sangat membantu untuk kita membuat pilihan.
Lama juga masa nak memilih ni...
Semua teringin nak rasa.........
Sedikit masa menunggu, air minuman kami sampai...
~Jus tembikai dan air teh bunga~ |
~Nasi Masak Kong Boh Ayam~ |
Aik, nasi putih? Bukan nasi goreng ka? Tanya BTeh...
Alamak, tak ingat pulak nasi goreng ke pe?
Jadi terpaksa panggil sorang waiter untuk tanya, ni nasi apa..
Dia jawab Kong Boh... Bukan nasi goreng ke?
Patut tadi minta nasi goreng kalau nak nasi goreng. Tapi menu ni memang nasi putih.
Nak tukar nasi goreng ke? Eh xpe lah, OK je ni...
Pastu tengok la posternya....
~Memang nasi putih pun, Ayamnya yang masak Kong Boh~ |
~Nasi Goreng Kam Heong~ |
Nampak tu udang, celah2 nasi, tersembunyi.
Ada la dalam 5 ekor kot.
Bila tengok nasi goreng yang gelap camni, teringat plak kes lalu.
Sedap tak rasanya? Rasa lain x?Tapi macam lebih je kicapnya.
Ada la juga sikit, rasa hirisan-hirisan serai.
Oh ye ke, sedap la tu..
Cubalah rasa sikit. Ada juga lah.
Tapi tetap suka sebab ada serai.
BTeh xmakan sangat nasi dia.
Nabilah pula yang makan banyak, siap amek nasi dia lagi...
Hui dalam sakit-sakit gigi ni, boleh pula makan banyak2 ni, lagi berselera.
Bila dah selesai makan, tertanya-tanya, Mana dim sum kita?
Xmai hantaq pun, bukan lama nak buat.
Dia mesti dah readymade, tunggu nak panaskan bila hendak dimakan.
Kami pun terpaksa tanya waiter lagi pasal dimsum ni.
Kalau xsilap, tadi ada order dimsum
Oooo, dimsam aaaa (oo, sebutannya dimsam ar, baru tau hehehe)
Nak sekarang ye? Angguk2 dengan kepelikan.
Ooo rupanya makan dimsum ni selepas makan nasi ke...
mesti tunggu selesai makan makanan berat, baru boleh makan dimsum?
Waaa, teruja nak makan dimsum.
Bila dimsum sampai atas meja, terkejut juga...
Ala, kecil je... ingat besar macam pau.
~3 biji dimsum perasa ayam~ |
~Rasa macam makan isi ayam, macam nugget tapi lembut sebab kukus kot~ |
~Dimsum terakihir, BTeh belah dua, hehehe adil~ |
Gigitan terakhir dimsum, baru BTeh terpikir ke makan ni dengan sos?
Ala....dah nak habis dah...
Kat sini, mereka sediakan Sos Cili Bawang Putih.
Orang cina memang suka makan bawang putih banyak2 kan?
Tapi makan begitu saja sedap lagi. Tidak terganggu rasanya. Nyummmmmmmmm
~Bayarannya RM22.00~ |
Lain kali, kalau datang ke kedai cina muslim ni, bek kita cuba makanan yang betul-betul imej Cina, macam dimsum ni ka, mee-mee yang pelik-pelik tu.
Sebab nak makan kat kedai cina lain, bimbang kehalalannya.
Jadi bila dah dijamin halal, boleh la makan apa yang xboleh dimakan sebelum ni.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)