Search This Blog

Tuesday, 7 June 2011

Menggapai Cinta Ilahi



Dia menciptakan kami
dari berlainan keturunan dan bahasa
Dia besarkan kami
dengan cara dan pendekatan yang berbeza
Dia temukan kami
dengan cara yang luar biasa
Dia ajari kami
dengan kesusahan sebagai hamba
Dia teladani kami
dengan pelbagai suka duka

Kami berusaha menempuhinya
Demi sebuah kehidupan yang bahagia
Namun tidak semua itu tersedia
Kami harus sentiasa berusaha
Menuju jalanMu mencari cinta
Cinta hakiki seorang hamba
Kepada Pencipta yang maha Esa

Berikan kami kesempatan waktu
untuk menitip mutiara ilmu
sebagai bekalan untuk bertemu
supaya kami tidak malu
menunjukkan bukti cinta padaMu

Izinkan kami bersua
bersama membawa cinta
Cinta yang disulami iman dan taqwa
telah lama kami berusaha
menggapai cintamu yang maha Esa
peliharalah kami sekeluarga
daripada fitnah dan dosa di dunia
Redhai kami di syurga
dengan kebahagiaan cintaMu yang mulia

menuju mardhatillah menggapai cinta Ilahi

NabilaHasyim rose
7 Jun 2011, BBB




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers