Wednesday, 22 June 2011

Ikan Seksi ;)



Dulu masa kat KMJ, sibuk dok baiki sistem unit komputer, Ain boleh plak ajak main teka teki.

Kalau kak Nabilah terer masak kan, blajaq sains laut lg, ikan pa paling seksi?
Hah? ikan pa yang seksi?confused
Pulun la pikiaq cari jawapan...
Ikan cermin? Dak
Ikan sebelah? Dak
Eeee ikan apa seksi?
Ikan transparent? Dak, sambil dia geleng2, dan gelak terkekeh-kekeh kat Nabilah.
Ikan pisau2? Ikan pisau2 tu pa?
Ha ikan pisau2 ni, lain cara berenang dia. dia berenang tegak straight ke atas. Kurus ja dia.
Dakkkkkkkkkkkkk, bukan itu ikan seksi. Kalah dah kak Nabilah?
Isk, banyak2 teka teki tadi semua ceq menang, kali ni nak kena kalah ka...

Ok, ok, kalah. Apa jawapannya?
Sambil tersenyum simpul kemenangan, ikan belah belakang la jawapannya!winking
Hah?
Ha la, ikan yang belah belakang, kan seksi. mcm skirt yg terbelah kt belakang, halal haram, halal haram. seksi ar tuuuuuuuuuuuuuu.....
Adusss, betul tertipusssss
Pas2 tergelak sama, bo tahan jugak teka teki ni.rolling on the floor
Tercabar gue, budak sains laut.

Ok, seterusnya WakSabar menjadi mangsa untuk teka teki ini, kekekeke...
Diapun xleh jawab, kekeke. Saya suke, suke, suke...........hee hee

Ok, sebenarnya hari ni nak kongsi resepi Ikan Cencaru Sumbat Cili.
Kalau xsuka makan ikan cencaru, boleh ganti dengan kembung.
Ikan2 lain, xpasti sedap ke x, kalau guna resepi ni. Oh satu lagi, ikan terubuk, kalau bakar, sedap nih!

Siang ikan cencaru leklok ye, boleh luka banyak kat jari , macam saya masa mula2 xreti siang ikan, hehe
Pastikan belah belakang ye, kalau x, xseksilah, auwwwbatting eyelashes

Cili kering yang dah dilembutkan. *rendam lama atau direbus

Serai, yang dihiris

Bawang merah yang banyak....

Asam jawa, jangan lupa buang bijinya. Kalau ada yang dah siap dalam cup tu, lagi senang.

Pastu tambahkan gula dgn banyak dan garam. Cili ni sedap bila manis. Jadi kena lebihkan gula banyak.
Pastu kisar habis sampai lumat dan halus. Letak air sikit je untuk lancarkan putaran pengisar. Gunakan air masak ye.

Akhirnya, kalau sekali buat tu, kuantiti banyak, nak simpan tahan lama, eloklah masakkan cili ni, biar airnya kering. Nanti boleh simpan lama dalam peti kalau xhabis digunakan.

Memang favourite kat umah makan ikan sumbat cili ni.. Ayah suka makan, jadi mak selalu buat. Anak2 pun suka. Senang kan nak buat?peace sign

Selamat mencuba, resepi ikan seksi, hee hee

Saya sedang mencari resepi ikan sumbat kelapa plak. Sapa ada resepi? meh le kongsi, ceq baru nak blajaqbig grin


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)