Program Back To School dijadualkan bermula jam 8.30 pg di Bilik Cempaka PKNS Bangi. Tapi Nabilah tggu Nada amek untk ke sana. Tapi seblum ke sana, kitorg singgah pejabat dlu untuk fotostat Borang Kaji Selidik Menutup Aurat dan Nabilah pun nak transfer video yg dirakam semasa majlis sambutan Maal Hijrah di Medan Usahawan Bangi. Jadi bila dah sampai sana, majlis dah mula. Masa2 tgh ucapan penceramah jemputan. Nama pa Ustaz2 pun Nabilah terlupa nak tanya Nada atau hadirin lain. Sbb keadaan xproper. Nabilah berdiri, kerusi dah habis. Nada plak kluar jap sbb nak amek bala tenteranya untuk gerakan soal selidik nant.
~Ni la bala tentera Nada (Tihah, Ayu, Syitah)-Si Cilik Aktif Council Homes~
Sepatutnya, kami dari pejbat Adun akan jaga kaunter untuk pendaftran, pameran pejabat Adun. Dan Nabilah juga telah dipesan oleh En Amir utk membawa broadband supaya boleh menyemak penerima sumbangan Back to School adalah dari kalangan pengundi di Bangi. So dah bawa broadband, laptop Nada, tp xdgunakan. Masa Nada kuar p amek adik2 tu, En Ahmad Yusof msg Nabilah. Minta dihantarkan broadband kepada dia untk dgunakan sekarang. Siapa ni En Ahmad Yusof? Agaknya pakcik yg dok depan Nabilah agaknya yang mghadap laptop ni. Tadi Nada ada sebut nama pakcik tu, tp Nabilah xdgq sgt dan xamek pusing sgt..sbb pk xda kaitan dgn Nabilah. Buat xtau je la. Dah tu, agak2nya..Nabilah pun p la kat pakcik2, "Encik ke yg minta broadband tu?" "Ha'a.. Awak ke Nabila?" "Ya, saya" "La...." sambil ketawa. Emm mau x nya..depan dok depan dia je..tp sbb xknal..kita bmesej. Cam lawak je rasa. Nabilah tersenyum je. Tapi akhirnya, broadband Nabilah xmbantu pun gerakerja tu pun.. Sbb xcomplete instal. Maybe USB laptop dia xdpt support USB broadband Nabilah. Pas2 ada sorg muslimin datang bawa broadband dia. Dia pkai brand Vodafone..Nabilah pakai CSL. Alhamdulillah, Vodafone yg berkhidmat. Nabilah xdpt la pahala utk part tu..Huhuhu.
~Edaran Pamplet dan Soal Selidik Menutup Aurat~
Lepas2 mmandangkn kitorg xda function kt c2, Nada pun mengajak utk terus wat survey Nisa' Serdang. Soal selidik tentang sejauh mana kefahaman wanita tentang konsep menutup aurat. Nabilah suka menyerang responden yang free hair. Kebanyakan jawapan mereka semuanya tepat seperti yang kita tau. menutup aurat adalah tuntutan bkn berfesyen. Tuntutan menutup aurat terdapat dalam Al-Quran. Konsep menutup aurat adalah melindungi bahagian badan daripada pandangan awam. Menutup aurat adalah untuk menjaga maruah. Yang satu tu, dia free hair, soalannya "sejak bilakah anda menutup aurat?" A)Sejak sek men. B)Sejak baligh. C)Sejak mendapat hidayah. Dia jawab sejak mendapat hidayah. Tapi dia stil freehair. Maybe xdpt hidayah lagi agaknya. Kesian...
~Macam kembar x? Kitorg kalu ke mana2 bersama berdua, org kata kitorg kembar. Mana yang sama pun xtau lah. Kembar X seiras la kot. Nama pun Natrah dan Nabilah. Bapak pun sama, Mohamed dan Ahmad (Yang terpuji).. Ehmmm~
Tgh syok dok survey, Nada datang pesan untuk turun makan. Sbb majlis Back to School dah tamat,so dewan nak tutup, makanan banyak lagi. So kena trun makan lg. Tapi Nabilah xmakan nasi tu. Perut xbrapa rasa nak makan. Pas2 dok lama sembang, Natrah pun dh sudah makan nasi, Nabilah baru tergerak nak makan bubur kacang hijau, sbb dpt tau lewat kata ada bubur. Boleh la alas perut lg.. Tadi kat umah dah makan bihun singapore tu. Sempat bgambar ngan Natrah.. Dan amek gambar yg penuh dengan aura gelombang ungu.
~Gelombang Ungu-Sedia untuk bertempur!!! Dah kenyang kan, semangat la sket..~
Pas2 12.30 tamat survey. Kitorg semula ke bahagian meja KFC, tmpt kitorg bkumpul. Kat c2, Natrah dijemput memberi ucapan dan berkongsi pengalaman sahabat2 lain dalam menjalankan soal selidik di PKNS. Ramai la yg bkongsi pengalaman masing2...dan cadangan pada masa akan datang. Lepas bersurai tu, Nabilah ajak Natrah, Nada utk ke atas, nak ke kedai buku Syabab tu. Nak beli buku. Buku Tuan Guru Nik Aziz tulisan Annual Bakri ttg himpunan kata2 hikmah Tuan Guru, "Telaga Budi" dan buku "Bidadari dari Timur" cerita ttg isteri Tuan Guru. Dapat aura Tok Guru semalam semasa menghadiri Forum Pemikiran Bangi IV: Analisis Pemikiran Dakwah & Politik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Saudara Annual Bakri tu cerita pasal keperibadian Tok Guru, aduh tersentuh hati. Tutur katanya pun macam Tok Guru yang lembut bahasa dan suara percakapannya. Inilah yang dikatakan tempias bersahabat dengan org yang menjual minyak wangi, kita sbg temannya pun menjadi wangi. Kalau berkawan dengan penjual ikan, kita pun akan berbau hanyir jugak.
Em before ni mmg kata nak beli, nak beli buku Tok Guru. Tapi bila sampai kedai, selalu terlupa. Tapi semalam, dh dpt aura tu, hari ni nk beli lah. So, alhamdulillah skg dh beli, tggu nak baca ja lg. Aja' aja' aja'! Baca sampai hbis..dan khatam la sampai lumat. Masuk ke dalam lubuk hati semoga tertiup roh akhlak mulia dan hamba tawadduk insan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ke dalam jasad dan roh Nabilah. Kata panelis forum, pemimpin2 yang akan datang yang meneladani istiqamah dan 'bentuk' Tok Guru akan membantu mempertahankan kepimpinan Islam dan PAS supaya sentiasa disegani. Kerani diakui di seluruh dunia, kekuatan PAS sekarang adalah pada kekuatan keperibadian Tok Guru kerana Tok Guru mempunyai segala sudut yang lengkap dan sempurna sebagai pemimpin yang layak diletakkan sebagai Org No.1 Insan Spiritual Terbaik untuk diteladani. Hebatnya Tok Guru! Semoga ALLAH mencurahkan keberkatan ke atas Tok Guru, dunia akhirat sampai syurga. Amin. Takbir, ALLAHUAKBAR!!!
~Kenangan Terindah- First time join Nisa'..before ni xberminat. Skg telah menjadi salah satu tugas di Pejabat Adun Bangi..ahaks~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)