Search This Blog

Friday, 4 March 2011

Sudut Snap Idaman

Hoho, debaran nak balik malam ni...
Tadi, ada berita gembira..
harap bila balik umah nanti, ada banyak banyak banyak lagi berita gumbira, Alhamdulillah.

Dah lama cari.
Dah lama simpan.
Sudut snap Idaman..
Dulu ingat xdapat nak cari OP yang pro...
Jadi, simpan2 la wat panduan.Kot2 bo jadi kenyataan.

Memandangkan sekarang dah dapat cari OP, yang pro... Nak tunjuk gak sebagai kenangan2 research yang penah dibuat, chewwah.
Tapi perlu diketahui saya pakai braces..tentu senyum xcantekkkkkkkkk, ~sobsobsob~

Camna ya, harap dapat adjuz dan beri tunjuk ajar..
Aik, ada ke OP tunjuk ajar pengantin macamana nak senyum??? ~ngeee~

Apa2pun serah pada OP di hari majlis nanti. Harap OP selesa dengan keadaan rumah kenduri yang xseberapa.. Dan pengantin yang xberapa CumiL ni ~teeet~









































Tapi semua ni untuk tatapan semua Pengantin.
Jangan OP saya terganggu lak, tengok gambar2 ni..
Wat la sekreatif yang ada besa buat, yek..
Kami OK ja..
Mana part yang wajib nanti, kami nak request...
Especially, yang ni...
Sarang nhe.........
Hehe, ada 1 lg yang WakSabar janji nak buat untuk memenuhi request saya.
Upah untuk susah payah prepare untuk kawen.. 
Yes, I Like!

dan yang terakhir, seharusnya OP saya merakankam semua DIY projek yang ada di sekitar majlis.
Harap sangat ada kenangan dalam album nanti selain dalam blog ni..

OK, nak balik sudaa..
Sebelum tu, nak kena pi klinik gigi dlu, nak tukar braces baru..
I want pink pink pink colour ha, doctor...
Tatatata..........

Tuesday, 1 March 2011

D.I.Y 10 : Hantaran Untuk Hasyim

Untuk 9 dulang hantaran kepada Hasyim, 5 barang daripadanya hasyim yang beli seperti disepakati dalam perbincangan. Baki 4 dulang lagi, Nabilah yang hadiahkan untuk enSuami, =)

Barang2 yang Nabilah beli untuk enSuami
1. Jaket Koko Hasyim
2. Baju Tuala Biru
3. Kain Baju Melayu
4. Kemeja dan Tali Leher

Bakul hantaran kali ni, dibeli di Nilai 3.
9 bakul untuk RM63.
Cuba beli list gold untuk perhiasan.
Bunga untuk bakul hantaran ni, Nabilah jahit sendiri guna kain organza 2m warna gold.
Hui cemuih jugak dok jahit bunga ni, lambatnya nak siap, sebab buat di hujung2 waktu nak dekat kenduri, dah malas tahap cipan dah, huahuahua....

Proses memasang list/renda gold pada bakul.

Ni proses nak jahit bunga hantaran ni

Mulanya jahit jelujur, pas2 jerut sampai rapat, pas2 letak stigma kat tengah2 bunga tu.
dapat siapakan dalam 100 kuntum jugak kot.
Patut la cemuih, huhuhu...
Buat la sampai banyak2, sampai habis kain yang telah digunting tu..
Cara hiasan di bakul, Nabilah belum tetapkan lagi.
Tunggu balik Kedah, kot2 dapat angin sawah padi, ada la idea nak hias camna nanti.

Untuk barang2 hantaran Hasyim, memandangkan barang2 yang dibeli semua ada di bangi, Nabilah cuba buat sesiap apa yang ada, sebelum balik kampung.
Ada masa kan, bek manfaatkan.
Kot2 nanti balik umah, ada banyak keja lain plak yang perlu dibuat.

1. Jaket Koko Hasyim
jaket koko ni sebenarnya adalah jaket kenangan semasa mengikuti Kursus Juruteknik Komputer di Kampar. memandangkan Nabilah ada jaket ni, makanya, nak Hasyim pun ada jugak.
Jadi dengan pertolongan kawan Noor Hafizah Mohd Amir@Epi yang bekerja di Ipoh, jaket yang sejibik berjaya di tempah di kedai yang kitorang tempah dulu di Yit Fong Shopping Centre dengan sulaman nama HASYIM.
Kalau tempah di Ipoh ni, harga dapat jauh lebih murah di Bangi yang menjangkau sehingga ratusan ringgit.

2. Baju Tuala Biru
Mana gambarnya ye?
Eh lupa snap kot?
Hehe, sowi =)

3. Kain Baju Melayu
Hoho, jangan terkejut....
Bentuk apakah ini, perasan x?

Hihi, saya mau buat bahtera untuk berlayar bersama Hasyim..
Chewwwah, =P

Hehe, dulu ada cita2 nak buat bakul hantaran bentuk kapal macam ni ha..
Tapi memandangkan xjadi, makanya saya kena buat sesuatu yang simbolik ke arah itu.
Tapi sebenarnya xmerancang pun nak buat kapal.

Mulanya nak buat bunga jugak macam hantaran baju Nabilah, siap dah buat kad keras kelopak bunga lili lagi, ("_)

Tapi pk2 lagi, ala nak bagi kat laki, xkan bunga kot kan???
Tanya WakSabar, nak bentuk apa?
Keta? Bola? Tapi jawapan dia, ceh.. Roti tisu mamak! 
Mamak jugak yang dia ingat.. Tau makan ja..

Pas2 pk nak buat Keta la, siap simpan lagi bekas reben yang dah habis tu untuk dibuat roda keta, kekekeke...
Pas2, alamakkkkkkkkk, xboleh la..
Susah, kuikuikui........

Pas2, Ting!
Yes, nak buat yang tu...
Pk lagi, mcmana nak buat bentuk tu?
Ooo, guna saja konsep yang sama, gubahan bunga tu, mesti jadi punya.

Ya kotak. Saya ada banyak kotak kat umah ni, =)

Pas2 mula la projek nak bina kapal a.k.a Bahtera NabilaHasyim, tihihi (",)

Gunting dan gam menjadi macam ni.
Eh, salotape dan stapler jugak kot..

Pas2, kena la ada ombak jugak, to make it real.
Ombak rindu? Ombak badai? Sebagai cabaran dalam berumahtangga, yeyeh!
Awat jiwang sangat nih?

Pas2 asalnya nak tutup kapal ni, dengan kain baju Hasyim, tapi xbo plak nak belit jadi kapal kemudian jadi ombak plak..
Nanti serabut.... Nanti lagi stress nak adjuz...
Tiba2 teringat ada selendang Pashmina yang penah dibeli masa tahun 2009, xpakai2 lagi.

Qhosoh punya qhosoh, jadi la macam ni..
OK, try test letak, nampak macam kapal x???
Nak tunjuk by step, xdapat la..
Sebab dok stress nak buat, susah sangat..
Terlupa nak klik klik...
Banyak guna jarum masa ni, buat lipatan demi lipatan untuk nampak kapal@sampan tu bertingkat macam dalam gambar.

Untuk Ombak, Nabilah guna kain baju melayu tu dengan jahitan insang pari lekat pada potongan kotak ombak tadi.
Jahit la 4 keping ombak tadi secara bersambungan.

Dah siap, cuba letak kat bakul, naik x seri?
Tadaaa!

Bahtera NabilaHasyim dah siap!

Telah siap dibawa pulang ke Kedah. Tunggu masa dihiaskan sepenuhnya sehingga sempurna.

Thursday, 24 February 2011

Dana PRU-13 : Jom ke Putrajaya!

Sebenarnya Nabilah terlibat secara langsung dalam organisasi Dana PRU-13 Alumni IPU-UKM. Namun untuk program malam ni, Nabilah xpasti kedudukan Nabilah di mana, hehe. 
Saya ni AJK ke x eh? Ooo, tau... AJK yang xpenting sangat, kekeke...

OK, apa2pun Nabilah berusaha untuk memberi tenaga dalam meringankan beban Adikku Arif Misrol yang sekarang ni bertambah lagi amanahnya sejak GM kembali menakluki UKM, Allahukbar! 
YB Arif Misrol la sekarang.
Arif, ada keja ke untuk Kak Nabilah???
Boleh la tolong2 buat masa sekarang selagi masih di Bangi.
Memandangkan Program Pelancaran Dana PRU-13 ni akan dilancarkan pada tarikh kenduri di Sekinchan, conpem la Kak Nabilah xda di sana, huhu..
Jadi kena tolong dari sekarang.
Tapi kenapa cam diam sangat ye..
Mungkin laki2 ni, suka buat keja tanpa perempuan kan???
Em bagus.....Bagus sangat =P

Antara tetamu muslimin yang hadir pada malam tersebut

Barisan Penceramah yang mantop!
Abang Adram sedang bercerita pengalaman dolu2 di UKM

Jom Jatuhkan BN
Rampas Putrajaya, Selamatkan Malaysia!

Amad nak! Amad Nak! Amad nak!

Amad buh berapa ribu tu??? ;)

Wednesday, 23 February 2011

D.I.Y 9: Papan Tanda Arah

Bersumberkan idea dari 'Idea Kahwin Saya', Nabilah memberi perhatian kepada nasihat yang berkaitan dengan papan tanda arah ini. Antara idea2 yang relevan untuk dijadikan panduan dan diperbaiki. Kalau nak tengok apa Blogger 'Idea Kahwin Saya' cerita, anda semua boleh klik kat sini.

Untuk papan tanda arah Majlis Tautan Hati Nabilah & Hasyim, Nabilah tetap mengekalkan tema dari kad jemputan kahwin. I like la, design kad kahwin tu, hehe...


Pastu, nasihat blogger tu, jangan lupa letak tarikh, nama pengantin, anak panah (letak asing), nama ibu bapa kita juga pun penting tau...

Jadi untuk semua nasihat dan panduan tu, saya longgokkan dalam 1 penanda arah, yeyeh!

Akhirnya design penunjuk arah jadi macam ni...


OK, penanda arah ini akan dicetak ke dalam saiz A3, supaya orang nampak, OK.
Alamak, bunga manggar xbuat lagi =(.

Mesti xceria, kalau xletak bunga manggar kan???
Xmacam kenduri kawen la nanti...


Tadaa, dah siap dah....
 Ni la papan tanda arah Majlis Tautan Hati....



Kos Perbelanjaan Papan Tanda Arah
Cetakan A3 : RM 1.20
Laminating :Percuma

* Banyakkan keja2 saya dapat percuma, rezeki untuk pengantin, Alhamdulillah (^_~)

Wednesday, 9 February 2011

Monday, 7 February 2011

D.I.Y 8 : Veil Nikah dan Resepsi

OK, untuk veil, Nabilah nak buat sendiri jugak, sebab kat pasaran mahal..
Yeke, mahal??? 
RM45-90.. Mahal x? 
Lebih mahal kalau kat Jakel, RM120 dan ke atas, huhuhu..
Bagi orang lain, harga ni ciput je kot...
Tapi bagi kami, agak tidak mampu. Nak pakai banyak kot
Nikah : Putih
Resepsi Kedah : Gold
Resepsi Selangor : Purple
Hui, gawat gak tu...
Pas2, plan2 nak yang panjang meluyut tu...
Wak kata, kalau kawen kat dewan, xpa la xkotor...hehehe
Saja ja wat gempaq.
Tapi nak labuh jugak la, cuma xmeleret kat tanah/lantai...
Boleh la kan, Wak?

Akhirnya, telah beli 2 helai kain lace yang difikirkan sesuai untuk dijadikan veil ni.
Atas budi bicara, family Sekinchan nak sewa pelamin dan hiasan di bilik pengantin.
Alang2 dah amek ni, masuk dalam pakej sekali untuk make-up, layah, crown dan keris.
Jadi yang perlu dibuat adalah untuk majlis di Kedah, Putih dan Gold.

Untuk gold, memandangkan ceq pakai gaun, nak jadi macam veil omputih sket, so kena jahit camni.
Wat jelujur dan jerut serapat mungkin.

Untuk ganti spiderweb idaman yang xdapat direalisasikan, saya mok gunting sket bunga2 yang ada pada kain itu.
Asalnya mok pakai cekak bunga ada bulu2 ayam sket, macam babydoll gitu.
Tapi xjupa cari lak.. Nak DIY, serabut lagi la jawabnya....
Xberdaya lagi dah memandangkan masa semakin suntuk.
Kena gunakan apa yang ada depan mata ja.
Akhirnya dapat idea nak buat macam ni..

OK, mulakan aktiviti menjahit dan menampal..
Dah siap dah satu!

Dah diap dah dua!!

Dah siap sudah tiga!!!

Jadi, my white and gold veils already done!
Yeyeh!
Lega sudaa, boleh masuk beg balik kampung.
Untuk yang nikah, sangat simple je.

Gambaran sebenar, kita tunggu waktu majlis.
Huahuahua...takutnyerrrr...=)

Tuesday, 1 February 2011

Walimah Naimaton & Saiful

Majlis Nikah : 29 Januari 2011
Masa : Lepas waktu Asar
Tempat : Masjid Tunku Abdul Rahman

Jamuan hari tersebut, makan keladi asam pedas.
Sedapnya, terliur ceq..
Tu yang amek banyak2 tu...
Lama dah xmakan ni...

Baju Nikah yang telah siap digosok, sapa yang gosok lendik elok nih???

OK, special appearance b4 nikah...

One more, =)

Cincin Nikah untuk enSuami

Ni mesti sebelah malam kot, wah mak saya pun ada bergambar rupanya...

Majlis Kesyukuran Naimaton & Saiful
Tarikh : 30 Januari 2011
Tempat : Rumah Kediaman Kuala Kedah

Huhu, nak jugak...

Naim bersama Adek.
InsyaAllah Adek akan jd tukang makeup untuk majlis di Kedah nanti jugak.
Bo makeup ikut request pengantin.
Saya mok macam babydoll, bisakah???

Hmmmmmm, jeles jeles... =|

Fairus, orang kuat Naim ni, dia yang tolong jadi cameragirl untuk 2hari majlis.
TQ la Fairus, sebab tolong Naim.
Klu x, kesian dia. Kami pun terkalut2 jgk masa majlis ni nak uruskan hal sendiri.
Serabut.. Serabut...

Untuk perkara penting dalam majlis kawen seperti bilik pengantin dan pelamin, Naim hanya mewujudkan bilik pengantin.
Pelamin, nehi, Us. Saiful tokse...

Bila sebut pasal pelamin, sempat lagi Pn Intan perli,
"Ha Us Saiful xmau pelamin, yang ustaz dia ni mau pelamin plak"
Adusss, panas telinga ceq... Hui cam terasa ja ayat tu.

Ni hiasan bilik pengantin kat rumah Naim.
Bila tengok2 camni, huish naik darah ceq..
Camna kat umah ni, nak sewa ke nanti..
Jeles.. Jeles..

Sebab untuk OP dah bayar lebih, nanti xbanyak scene plak nak bergambar.
Rasa macam rugi lak, xkan dengan semua tetamu nak bergambar kat katil???
Harus tambah lagi perhiasan seperti backdrop tempat makan pengantin.
Pilihan lain untuk ganti pelamin, hmmm

Nabilah tanya Naim, berapa ni kos?
Bo ke nak sewa camni jugak?
"Senang ja KChiq, baik hang buat sendiri, bukan susah pun."
"Beli besi ni ja pun..Pas2 beli kain."
~Emmmmmmmm~
MakLang nak bagi sewa, RM350.
Balik cakap kat Mak, mak pun kata buat sendiri.
Semalam jugak pi kira2 ukuran kat bilik.
Saya mok teruskan idea bilik pengantin yang ada dalam kepala ni.
Lebih berbaloi2 buat sendiri.
Tapi cadar tu, emmm =|
Perlu beli baru???
Daisypath Anniversary tickers