Wednesday, 23 February 2011

D.I.Y 9: Papan Tanda Arah

Bersumberkan idea dari 'Idea Kahwin Saya', Nabilah memberi perhatian kepada nasihat yang berkaitan dengan papan tanda arah ini. Antara idea2 yang relevan untuk dijadikan panduan dan diperbaiki. Kalau nak tengok apa Blogger 'Idea Kahwin Saya' cerita, anda semua boleh klik kat sini.

Untuk papan tanda arah Majlis Tautan Hati Nabilah & Hasyim, Nabilah tetap mengekalkan tema dari kad jemputan kahwin. I like la, design kad kahwin tu, hehe...


Pastu, nasihat blogger tu, jangan lupa letak tarikh, nama pengantin, anak panah (letak asing), nama ibu bapa kita juga pun penting tau...

Jadi untuk semua nasihat dan panduan tu, saya longgokkan dalam 1 penanda arah, yeyeh!

Akhirnya design penunjuk arah jadi macam ni...


OK, penanda arah ini akan dicetak ke dalam saiz A3, supaya orang nampak, OK.
Alamak, bunga manggar xbuat lagi =(.

Mesti xceria, kalau xletak bunga manggar kan???
Xmacam kenduri kawen la nanti...


Tadaa, dah siap dah....
 Ni la papan tanda arah Majlis Tautan Hati....



Kos Perbelanjaan Papan Tanda Arah
Cetakan A3 : RM 1.20
Laminating :Percuma

* Banyakkan keja2 saya dapat percuma, rezeki untuk pengantin, Alhamdulillah (^_~)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)