Monday, 18 April 2016

RESEPI : Kuih Ketayap Inti Kelapa

Assalamualaikum..

Sarapan ape pagi ni?
rajin tak rajin,
sempat tak sempat,
kena juga sarapan...

Kuih Ketayap Inti Kelapa

Kalau dapat spesies macam saya ni, celik2 mata je, kena makan..
kalau tak, mau kruk krek kruk krek, perut tu..
tu yang kalau sudah2 solat Subuh tu, secepat yang mungkin masuk dapur, sediakan sarapan..

Kalau masak sarapan amek masa lama sangat, sekurang-kurangnya, air kopi kena minum dulu, untuk alas perut..
Memandangkan inti kelapa yang dibuat sendiri dengan mertua masih banyak lagi..
mula la terfikir nak masak sesuatu...
mencari resepi apa yang sesuai untuk dicuba..
baru teringat dengan si ketayap hijau tu..
macam sesuai je nak cuba ;)

Maka bermulalah kali pertama dalam hidup..
memasak kuih ketayap dari kosong hinggalah siap menjadi kuih..
sebelum ni, masak kecik2 dulu selalu tolong mak buat kuih ni, tapi tak tahu bahan dan cara memasak..
Kali ni, buat sendiri dari awal..
Jumpa resepi di blog CikguAni..

Kuih Ketayap Inti Kelapa

Selain ketayap, dipanggil juga kuih dadar..
baru nak tau, huhu...

Bahan untuk Kulit
1 Cwn TGandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 Cwn santan
1 1/2 SK garam
2 SB minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Cara Memasak:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah. 
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata. 
  3. Masukkan adunan ke dalam blender (untuk mengelakkan tepung bergentel) dan kisar hingga adunan sebati.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya). 
  5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. 
  6. Biarkan kuih masak. Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya. Angkat. Ketepikan. 
  7. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  8. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  9. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

Untuk yang belum ada inti, boleh buat sendiri, senang saja.. kalau di pasar basah, ada jual kelapa parut yang putih sahaja, sesuai untuk kegunaan kuih-muih, ha beli yang itu, OK!

Bahan Inti
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 Cwn gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 SK garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 Cwn air
2 SB TGandum

Cara Membuat Intinya

  1. Didihkan air dalam kuali. 
  2. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. 
  3. Masak hingga gula larut. 
  4. Masukkan kelapa parut. 
  5. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering. 
  6. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai). 
  7. Sejukkan inti.

Kuih Ketayap Inti Kelapa

Senangkan???
Saya suka masak kuih-muih..
tapi makannya kurang..
puas hati dapat masak walaupun sekali seumur hidup..

Makan sikit je dalam 4-5 biji, saya dengan suami..
selebihnya, rezeki untuk jiran... ;)
Alhamdulillah, sesama rasa dengan rezeki yang ada..


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

1 comment:

  1. bnabila..macam saya juga suka masak kuih juga..tapi memang tak minat nak membakar kek..hehe

    lama pulak tak mkn kuih ketayap..biasa rancak buat masa bulan puasa je hehe

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)