Thursday, 14 April 2016

Cerita saya NabilaHasyim ;)

Assalamualaikum...

Waaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh...
nak buka luas-luas pintu hati, pintu mood, pintu blog..
baru nak mula menulis semula...

Bulan lepas, minggu akhir entri disiarkan, sebelum cuti sekolah bermula..
masa tu ingat nak jadualkan sesiap entri2 dalam draf untuk seminggu bila balik kampung..
bila buka je internet, KShowOnline sentiasa ada di tab window Chrome..

Bila buka je, berduyun-duyun lak episod baru pasal peti sejuk artis tu..
apa lagi, rasa nak maraton je layan episod baru tu sampai habis..
tapi, jangan kan menulis entri, menonton tu pun tak habis...
mood dah ke laut kot...
macam-macam nak buat sebelum balik kampung, terutama sekali keperluan nak balik kampung la..
tu yang apa pun tak jadi nak buat...

Bila dah balik kampung, memang sepenuh jiwa raga di kampung..
internet pun buka sekejap2 je, tengok Whatsapp..
FB memang tak dan langsung la, malas nak tengok, ^,^
balik sana hari Ahad, hari Khamis, bertolak balik sini..
nak elak sesak dengan orang lain yang bekerja 5 hari tu...

Dah balik dari kampung tu, seminggu bertungkus-lumus menjahit baju..
almaklumlah, dah berbulan menyimpan rindu dendam nak beli kain dan menjahit baju baru...
kebetulan balik Kedah, seronok sikit nak membeli kain pasang..
Saya suka satu kedai di Alor Setar ni, Kedai Kain Kapitol, memang suka beli kat situ..

Diorang pandai mix-match kain2, kemudian display tinggi2 dari siling...
memang menarik perhatian betul...
bila tengok yang display tu, mudah dan senang pelanggan nak tengok kain mana coraknya cantik..
kalau kain ada di kayu, tak nampak cantik ke tak....
tapi yang tak syoknya, GST belum termasuk dengan harga paparan..
saya dah berkira2, cukup RM100 nak bayar di casher, sekali orang tu sebut seratus enam ringgit..
ehhh, terkejut la sekejap...
baru teringat GST...adoi...

Dah elok nak siap jahit, sesuatu yang tak dijangka terjadi!


Hafni sesedap rasa terguntingkan kain!
kat bahagian atas tangan lak tu!
nasib baik tu baju dia...huh!

Try whatsApp ke kawan2 tanya solusi, macam mana nak buat..
nasib la ada kawan2 yang bagitau, boleh sulam, boleh guna kain gam juga, tampal kan...
baru la mereda sikit ketegangan yang dihadapi....


Bukannya apa, pada hari kejadian tu, hari Sabtu pagi, saya bangun pipi saya bengkak sebijik sebelah kiri..
memang hari Jumaat petang tu, dah terasa sakit2..
nak makan susah nak mengunyah, dah mula tak ada selera...
malamnya tak leh nak tidur, sebab sakit sangat..
nyut2 di bahagian pipi, gusi dan naik sehingga ke kepala..
bila bangun subuh, masuk toilet, tengok muka di cermin, terkejut!
pipi bengkak seketul!
Sakit tu macam2 la rasa...

EnSuami tengok pun terkejut, besarnya..
besarnya macam ada seketul ferrero rocher dalam mulut, letak di bahagian pipi mulut tu, haa
pergi klinik, doktor pun terkejut..
Saya masuk bilik rawatan, doktor tu mendongak tengok..
Hah, bengkak eh? Ouuw, sakitnya.. ekspresi doktor tu..^,^
tak leh buka mulut eh, emmm memang susah sikit..

Masa sakit ni, nak masuk satu jari pun susah, wei..
Kalau sihat walafiat macam sekarang, 4jari pun boleh masuk serentak..
Saya ni, dah la spesies tak suka makan ubat, tak reti makan ubat..
kalau bagi ubat cecair, saya boleh telan, tapi kalau biji, susah banget..
saya memang kena masuk ubat tu dengan jari sampai ke lubang kerongkong tu, kemudian cepat2 telan air..
air pun air berperisa la, tak manis xpe, janji bukan air kosong..
nak makan ubat dengan air kopi tak boleh la plak kan...
so saya bancuh sirap kosong je, tanpa air gula..
manis yang ada dalam sirap tu je...

Minta ubat yang lebih kuat untuk atasi sakit yang melampau ni..
memang sakit, nak makan pun tak boleh..
perut dah lapaq sangat dah nak makan..
Doktor bagi antibiotik, PCM dan surut bengkak.
3 ubat RM70.

Alhamdulillah, habis ubat saya makan...
first time saya makan habis..
kalau ikutkan macam tak cukup je, sebab enSuami tanya nak tambah lagi ke ubat..
kot dia nampak bengkak lagi kot..
tapi OK la..
semalam pun BFF tanya, sungguh ada gigi tumbuh?
sebab doktor assumed macam gigi bongsu nak keluar, kalau tak takkan nak sakit sampai bengkak sebijik kan..
saya pun tak teringat nak tengok, ada ke giginya...
macam tak ada je, hahahaha...

Lepas dah sembuh dari sakit, dah masuk bulan April...
saya sibuk dengan kecenderungan baru pula..
almaklumlah nak sambut besday sendiri..
tapi dah lepas dah la..
9 April, sabtu lepas...
sibuk baking cake...

Next entri menyusul, kenapa tetiba angin rajin datang..

Begitu la cerita sebulan menghilang, wakakaka..
Seminggu balik kampung.
seminggu jahit baju. [tapi tetap tak siap lagi, memang pantang kalau tinggal lama, nak jahit balik memang amek masa. tak tau la bila nak siap baju ni, huhu]
seminggu sakit bengkak pipi.
hopefully mood blogging kembali..

Dah siap buat jadual kat tepi kanan nun..
jadual tu untuk panduan saya je..
dah buat dah bulan lepas, kalau perasan, maintain je saya update, 2 minggu sebelum senyap tu..
sebab ada jadual la...
sebab dah hilang jadual tu, dah lupa saya catat di mana, sebab tu buat baru tu...
kalau tak ada jadual, jadi tak tentu hala..
bila ada jadual, boleh la saya menyusun cerita dengan teratur..

Banyak je nak cerita, tapi nak taip masuk dalam blog tu yang tak dan..
asyik berblog dalam hati je, wakakakaka...
meh kasi semangat sikit kat kami ni...fuhh fuhh fuhh...


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

1 comment:

  1. oooooo...patutla lama hilang.. get well soon okeh! =)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)