Assalamualaikum...
Hari Selasa lepas kami ke Klang Bandar Botanic untuk memberhentikan sijil takaful pendidikan Hafni..
Keputusan diambil selepas enSuami tanya saya berbaloi ke cukup 18tahun, takaful bagi RM 5000.00 untuk pendaftaran masuk universiti?
Sedangkan kalau simpan dalam Tabung Haji RM70.44 + RM1.06 [GST] tiap2 bulan selama 18 tahun..
RM71.55 x 12 bulan x 18 tahun = RM 15444.00
kemudian dapat lg dividen lebih kurang 3% setahun..
3% x 15444 = RM 463.32
Total dah boleh dapat RM 15907.32
sah2 duit 15ribu ni duit kita!
pastu bila cecah simpanan RM1300, dah boleh daftar pergi Haji...
Kalau simpan kat takaful, tak ada la faedah macam ni kan?
dia memang la cakap, ada bagi reward RM100 bila anak2 cemerlang dalam peperiksaan.
tu pun kena dapat 5A, 8A/9A semua result kena full A la, baru dapat RM100 tu..
Kalau nak ikutkan sempena pendaftaran anak TAWAS pun kerajaan Selangor ada buat simpanan untuk anak, RM1500.00 bila dah mencecah 18 tahun, dengan bermodalkan RM100 sahaja. Tu pun kerajaan Selangor yang bayar RM100, mak ayah isi borang je...
RM1500 inShaAllah dapat bila mencecah umur 18 tahun..
Masa Hafni lahir dulu, memang kami sepakat nak amek takaful..
tapi masa tu, saya ingat enSuami ambil yang ada medical card..
Sebab tengok pengalaman orang, anak2 kecil ni kan mcm2 sakit..
demam panas tetiba, tengah2 malam ke, sakit kritikal ke..
boleh la takaful sokong sikit dari segi kewangan, kalau kami tak mampu...
Sekali baru2 ni enSuami cakap, ada pendidikan je tak ada medical..
saya pun apa lagi, Hahhh, ingatkan ada medical??? %^&*$#@! agagaga...
Bila enSuami suh saya kira2 macam kat atas tu, terus je la saya cakap..
berhenti la kalau nak berhenti..
Ada juga pakar kewangan cakap, jangan ambil takaful pendidikan anak, kalau bapa tu sendiri tak ada pelan takaful perlindungan...
masa tu, tak faham jugak..
bila baca entri ni, baru la faham kenapa jangan ambil..
Yelah, yang membayar kan ayahnya..
kalau ayahnya tiada perlindungan [misalan berlaku kematian] anak hanya dapat sambungan bayaran je..
tak dapat pampasan..
isteri pun tak ada kewangan perlindungan bila suami tak ada..
Ni yang sedikit risau, enSuami saya tak ada takaful utk dirinya sendiri..
Penah ambil Etiqa, berhenti - agen ke mana tak tahu..
Pastu ambil MAA, yang ni bagus la.. tp enSuami pula tak dapat bayar..
mungkin bajet lari masa awal2 beli rumah dulu...
so enSuami tak dapat nak maintain takafulnya...
Lepas dah sepakat, kami pun ke pejabat Takaful la untuk hantar semula polisi takaful ni...
Kalau nak berhenti jangan lupa bawa:
- Polisi Takaful
- Pengesahan no Akaun bank untuk pulangan semula simpanan yang kita dah bayar.
Masa ni, kami hanya bawa polisi takaful je, sebab baca dalam tu, suruh bawa polisi je..
masa tu bawa la juga sijil lahir Hafni..
Pastu dah jumpa staf kat kaunter, macam2 la dia tanya, kenapa nak berhenti la, rugi kalau encik berhenti sekarang, sebab baru lagi, tempoh belum matang la, 70.44sen masih murah, tahun depan dah naik jadi 80++, kalau ada masalah kewangan, boleh je tak bayar, nanti dah kewangan stabil, boleh sambung bayar balik, tak perlu nak berhenti.
Saya dengar, emmmmm
Ala, orang nak berhenti, uruskan je la..
saya bukan pe, hati enSuami ni lembut sikit..
mula la nak goyah tu, bila orang cucuk2 sikit..
kalau saya, tak adanya, kalau A, A la saya buat...
kalau hitam, hitam la saya pilih..
Last, staf perempuan tu cakap, kalau nak berhenti juga, kena ada surat pengesahan no akaun..
sebab nak pulangkan balik simpanan, nak transfer masuk akaun mana, kena ada pengesahan nombor akaun la..
masa tu terkejut beruk la..
Nasib baik la, akaun enSuami Maybank..
ada Maybank dalam Jusco Bukit Tinggi bertentang dengan pejabat Takaful..
walaupun bertentang, kena naik kereta la juga ke sana..
Dah masuk keta, enSuami tanya, macam mana nak buat ke tak?
kann dah kata, dia mula la tu..
awat plak, xmau buat, dah mai dah kan...
dah kata Maybank depan tu, pi je la..
dah mai jauh2, tak kan tak buat plak kan..
kata tak mau dah simpan kat takaful..
kalau tak buat sekarang, bila lagi???
Walaupun kat Maybank tu penuh gila orang sampai ke luar2 pintu..
Alhamdulillah, urusan kami tak melibatkan nombor giliran..
Terus ke kaunter umum tu, bagi IC atau no akaun, nanti dia cetak dan cop pengesahan Maybank...
nasib baik staf Maybank tu faham, sebab bagitau nak uruskan hal takaful..
[teringat kat BFF yang keja kat Menara Maybank, harap dia elok2 saja, kan Maybank nak buang 18000 stafnya tahun depan, nauzubillah]
Lepas dapat surat tu, terus keluar dari Jusco, tak sempat nak merendek..
tak ada mood nak jalan2, sebab hal penting yang utama tak settle lagi...
Kali kedua ke pejabat takaful, enSuami masuk sorang je..
saya pergi kedai sebelah, order sate Haji Samuri, hehehe...
lepas dapat order, tengok enSuami tak dapang cari saya, kira urusan tak habis lagi la tu..
so saya pun pergi la lagi, ke pejabat takaful tu...
Masa nak duduk tunggu tu, enSuami suruh saya masuk kereta selepas saya tanda tangan sebagai saksi..
saya tak nak la masuk kereta sorang2, huh..
Tak lama lepas tu, baru siap selesai..
tempoh urusan selama 1 bulan..
pulangan simpanan pun tak dapat penuh.. sbb belum sampai tempoh matang..
berapa % dapat pun tak tahu, sebab diorang tak kira pun amaun tu, just uruskan borang pendaftaran pemberhentian je..
Bila masuk kereta nak balik, enSuami cerita, hai nak berhenti pun susah, macam2 diorang tanya...
yang awal tadi dapat staf perempuan, kali kedua pergi dapat staf lelaki plak..
sama la kena macam tadi..
yang tak tahan tu, ada pula orang sebelah masuk campur..
kenapa encik nak berhenti, pung pang pung pang la dia cakap...
enSuami cakap dia tu agen kot, macam2 tau..
baru saya teringat ada sorang laki kat kaunter staf perempuan tu..
memang nampak gaya macam agen, sebab macam tengah nak daftarkan borang orang lain...
punya la desak enSuami saya, supaya tak berhenti..
Amboi, nasib baik saya tak ada kat situ..
kalau tak, tak pasal je kena angin dengan saya..
itu kan hak individu, ikut suka la nak bayar ke nak berhenti ke..
saya bayar pun, guna duit saya, bukan guna duit encik..ada paham?
Tau la, kalau peserta takaful berhenti, mati la insentif/income diorang sebagai agen kan....
iskkkkkkkkkkkkk..
Kita kan ada pilihan, so bersaing la secara sihat..
yang mana yang terbaik, kita ambil untuk kebaikan dan keperluan kita...
saya tak kondem pelan takaful, jangan kecam saya...
cuma perlu keterbukaan untuk pelanggan buat keputusan, itu aje..
Sekian, Wassalam..
Babai....
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster