Monday, 2 November 2015

BELAJAR DI RUMAH : Aktiviti belajar di rumah untuk Hafni [Entri bertarikh 03.09.2015]

Assalamualaikum...

Homeschooling atau aktiviti di rumah adalah satu aktiviti yang setiap ibu nak sangat lakukan untuk pendidikan atau melatih kemahiran anak2...

Tapi kan, nak buat ni bukan mudah la..
orang selalu fikir, kalau suri rumah sepenuh masa, syok la, senang nak main dengan anak2..
banyak masa bersama anak...

Tapi, emmmm...
tak semua suri rumah boleh/mampu/tahu tentang kewujudan homeschooling ni..
ye la. kalau kata semua suri rumah tu tau dan boleh beraktiviti dengan anak2, zaman mak kita dulu dah boleh buat kan...
tapi ada ke ek, mak2 kita ajar main2 macam ni...
kalau saya, tak ada...huhu

Konsep ni baru mula kesedaran zaman2 kita2 ni la sebagai ibu bapa..
dulu2 kalau pandai2 nak main barang2 kat dapur, puaih lah kena jerkah...
pastu lari lintang-pukang sebab kena ligan dengan penyapu, adoi....

Tapi kalau ada korang yang mak nye ada ajar main2 macam ni, bertuah lah ye...
rasanya dulu kecik2, saya tak ada kot..
mungkin ada aktiviti yang secara tak langsung je, yang terbuat sama dengan mak..

Bila dah jadi ibu, baru nak mula belajar tentang didikan anak2 dan keibubapaan..
bukan senang ni, hehehe....

Kadang2 je tau...
bila Umi rajin dan teringat je..
baru ada homeschooling untuk Hafni..

Kadang2 main ikut dan je, terbuat sesuatu secara spontan..
tak sedar pun yang aktiviti tu pun boleh dikategorikan dalam aktiviti homeschooling..
kalau tengah main tu, teringat tu, boleh la amek gambaq...

Nak beraktiviti ni, ibu2 kena kreatif sangat nak hasilkan mainan/aktiviti yang menarik..
saya sendiri, tak ada idea nak beraktiviti...
banyak ikut orang je...
mana yang mampu ada, boleh beli, boleh buat, boleh cetak.. sebolehnya buat sendiri..
nak jimatkan kos di situ...

Sebab nak main ni, sekejap sangat...
Macam Hafni, kalau dia dah boleh buat/pandai dah, kalau ajak buat lagi, tak nak buat dah oi...
sat ja nak main tu...
jadi kena beli yang multipurpose la, kalau boleh...
boleh nak pelbagaikan aktiviti dengan benda yang sama...

Antara sumber rujukan saya;
Blog Adlil Rajiah [sumber]
Blog Nana Rahsia Hatiku [sumber]
yang lain2 google dari website omputih..


Yang ni guna penyepit baju je..
beli kat kedai RM2 je...
pilih yang banyak warna...
ajak main asing2kan ikut warna...
setakat ni, Hafni belum pandai kira lagi...
kalau dah pandai kira, boleh buat ikut bilangan pula...
yang penting, warna-warni, menarik untuk kanak2...


Patut guna lidi sate, tapi tak ada..
guna batang aiskrim je la..alang2 dah ada tu, guna aje...
batang aiskrim, getah rambut, sudu aiskrim, penyepit baju dan lego...
dah beli lama dari tahun lepas lagi kot, punya la bersemangat lepas tengok blog Adlil Rajiah tu..
tapi tu la, huhu Hafni tak reti nak main lagi...
dia hanya tau sepah2kan aje...lepas tu Umi kena kemas (T_T)

Baru2 ni aje, Umi teringat nak ajak main...
selepas dia dah pandai main masak2 kat kabinet dapur kotak dia tu..
ada pinggan2 putih [asalnya alas pasu plastik] tu, saya pun cuba2 je la..
sekali dia dah faham, boleh agak kot, Umi nak asing ikut warna...


Mula dari penyepit baju tadi, merebak ke sudu aiskrim, pastu batang aiskrim dan getah...
dan main sekali lagi penyepit baju, latih dia untuk kelip plak...
yang ni susah sikit la...
salah tempat nak picit, tak ternganga penyepit tu, so tak masuk nak kepit, hehehe...
lama juga la nak cuba...
kalau dia tak cukup sabar tu, tak nak la dia main dah, hahaha...
dia sepah2kan aje, stress kot tak dapat buat, huhuhu...


Yang ni main susun2 ikut warna juga..
masa ni dok google, jumpa aktiviti ni...
tapi diorang guna benda lain...kecik2 bulat2, buat dari kain felt atau span gitu...
saya guna benda alah ni je...


Benda apa pun tak tau nama...
dapat free masa beli Nutrigen...
boleh cantum2 celah2 tu, tapi tak tahu la cara nak main nye macam mana...
tak tahu la saya mainan budak2 ni...

Selalu dok beli Actrogen..
hadiah Actrogen lagi pelik2..
kadang2 dapat mainan geli2, macam jeli kenyal2 gitu, kadang2 dapat mainan getah suruh cantum2 bentuk watak kartun2 yang saya tak kenal, malas nak cara, saya buang je la...
Kalau Solivite, dapat watak dalam BoboiBoy..
kalau Boboiboy tu tahu la juga, kalau kartun yang pelik2 tu tak tau la nak habaq..
ceq tak tau, huhu..


Nasib baik tak buang lagi menatang ni..kekeke
so boleh la jadi apparatus untuk Hafni homeschooling...
yang latar tu, susun sendiri kat MWord, pastu print ja...
yang omputih tu punya template, lagi cantik la, bentuk bulatan..
saya buat 2 jenis, satu menegak, satu dalam bulatan.


Tunjuk satu yang pertama tu...
terus dia faham nak buat apa..
so amek la letak satu2...
ada gak la teragak2 nak letak, hehe..


Lepas ni nak cari benda kecil2 macam manik ke, kalau boleh la..
kena awasi tu..tak boleh nak lepas pandang..
dapat cari manik yang kaler matching dengan game ni, lagi senang la..
kalau tak, kena buat template baru la pula...


Ini la hasilnya Hafni mewarna/melukis....
saya rasa, saya terlambat nak kenalkan pensil/kaler pada dia..
sebab dulu dok fikir tak nak anak conteng dinding apa semua...
memang Hafni jarang dapat pen, pensil apa..
sebab saya simpan kat tempat tinggi...
yang ada pun, kapur tulis chalkboard sticker tu je la...
haa, yang tu ada le kena dinding, sofa, rak buku dikerjakan Hafni...

Hari dalam gambar ni, bersemangat buat 2 aktiviti terus sebab baru balik dari MRDIY..
baru nak beli kaler untuk Hafni...
tak banyak pilihan pula kaler kat situ...
amek juga la krayon dengan kaler pensil...
tak ada jenama, MadeinChina je...


Sarung sofa 2seater tu pernah juga kena conteng dengan marker...
Abi dia tinggal kat lantai, apa lagi...
saya tengok je....
biar Abi dia yang cuci..
masa tu dia cuci guna ubat gigi kalau tak silap..
ada la sikit2 kesan kat sarung tu, kalau perhati dekat baru perasan la..
sekali pandang, tak perasan sebab sarung gelap kan....hiiii..


Yang ni ajak main gam2, tampal2, buat buku skrap Hafni...
saya guna buku diari/nota yang dah lama tak guna..

Selalu bila saya kemas2 fail, simpan resit/bil, guna gam tampal2, mesti Hafni nak kacau, nak buat juga...
dia agak teruja dengan gam ni...
pelik kot tengok kita dok tenyeh2, pastu tampal..
ajaib kot boleh lekat...
saya letak gam, kemudian dia sendiri yang tampal, tu yang senget-benget tu...
camna pun tak pa la, janji Hafni bahagia, kekeke....

Sebenarnya saya plan nak tampal kat dinding, senang nak tunjuk2 ajar kat hafni...
pastu fikir, nanti terkoyak lagi, ni dah kali kedua cetak ni...
pastu teringat ada video yang orang share kat FB, yang omputih buat buku skrap ada macam2 mainan dalam tu, guna kain felt..
teringat pasal tu, terdetik la nak buat buku skrap je la..
kot2 la boleh simpan semua aktiviti dalam satu buku skrap je, senang nak mobil, bawak ke mana2, nak balik kampung ke contohnya...
tak ada la nak angkat berkotak2 mainan, tapi bawak satu buku je, semua dah ada, hebat tu, hohohoho...


Aktiviti masak-memasak ni, boleh dikatakan setiap hari berlaku...
cuma waktu main tu, lama atau sekejap je...
kadang2 tak terurus juga kabinet dia ni..
saya biar je untuk tempoh tertentu...
Umi malas la anak oi, huhu...
bertuah sangat la Umi nak kemas setiap hari, wakakaka..


Dah lunyai la juga dikerjakannya...
oven tu, dah 2x saya baiki/tampal balik ke dinding sebab tertanggal..
sebab Hafni suka dok tekan2 atas oven tu, ye la siap panjat naik atas dapur tu..
dah terbenam ke dalam dah dapur tu...
kotak sinki tu 90% terkoyak bahagian sinki tu, dah gitu gayanya, maunya tak terkoyak kotak tu..
alahai, Hafni....


Ini aktiviti main playdoh..
playdoh buat sendiri, tapi tak best pun...
mungkin saya yang salah kot, tak ikut betul2 bahannya...
terlembik pun ye jugak, air lebih kot....
dapat main sikit2 je, lepas tu Hafni bosan..
sambil Umi buat karipap, dia pun nak buat jugak...
bila inti dah habis, tepung yang lebih tu, saya bagi dia je...
doh karipap Umi juga yang best...kekeke...

Flashcard/kad imbas semua buat sendiri...
apa2 kemahiran yang ada, digunakan semaksima mungkin lah kiranya..
nak jimat punya pasal..
DIY la penyelesaiannya...
ABC, 123, AlifBaTa, anggota badan, seawal usianya 3@6 bulan Hafni, saya dah buat siap dah...
reti dengan xreti, rajin dengan xrajin Umi je nak ajar, huhuhu....


Guna PPoint je semua...
yang fasa pertama flashcard ni, buat siap laminated...
yang kali kedua ni, benda, buah-buahan, makanan, binatang, cetak biasa je...
pastu tampal kat kulit kotak je depan belakang...
so satu flashcard tu ada dua gambar lah, depan belakang...


Kalau perasan dalam gambar kat kabinet dapur tadi, ada perasan bekas plastik, nampak gambar kuda, dan flashcard kaler kuning anggota badan...
itu la flashcard Hafni, murah2 je...

Guna kertas recycle Abi lagik, jimat lah sangat, huhu...


Bila tengok ibu2 lain yang buat macam2 aktiviti, aduh aduh..
tak terkejar nak buat semua...
masa bila depa rajin sangat nih??? adoi adoi..
nak layan main dengan anak2 ni, aduhh...
ini memang kelemahan saya la, nak melayan kerenah anak..
aduh, tak cukup sabaq nak oi....
berapa kali aduh, daa.....

*Update 02.11.2015

Hai sambungan kat sini je la..
tak syok kalau nak buat entri baru...
saya ingat nak kumpulkan semua aktiviti dalam satu entri je..
senang saya nak uruskan, senang juga untuk orang baca...
panjang berjela ke tak, terpulang la...
permainan/sekolah di rumah untuk anak2 ni..
senang2 je, simple, tengok gambar je pun dah faham nak kena buat apa...

Kecuali kalau yang DIY yang complicated sikit tu mungkin perlukan penerangan yang lanjut..
setakat ni, belum rajin lagi nak buat yang susah2..

Ada hujung minggu tu, tengok show Oh, my Baby! di SBSOne..
bahagian Ju An yang diuji mencari barang2 mengikut warna yang disebut oleh ayahnya..
masa tu saya fikir, perlu lagi ke main2 kaler2 tu, sebab Ju An tu dah besar, 3@4 tahun camtu [tak pasti].
tapi tak pe la, mainan anak2...
mungkin dah lama tak main, dia pun nampak excited juga cari2 barang2 tu...
dan yang penting mak dan ayahnya sentiasa buat2 kalah cari barang..
biar anaknya, Ju An tu sentiasa menang no.1 dapat cari barang berwarna tu..
motivasi la kan untuk anak2...
suka menang, suka dipuji hebat....


Saya ni pun kebetulan tercetus...
masa tu bilik ni sepah sangat..
habis penuh lantai bilik dengan barang2...
masa tu nak ajak dia kutip semua mainan masuk bakul...

Pastu teringat main kaler2 macam makayah Ju An tu buat...
saya pun sebut la kaler2 tu...
memang terkejut gak la, dia boleh amek barang kaler yang disebut...
sebenarnya saya tak ajar secara formal pun lagi pasal kaler2 ni...huahua
dia banyak tengok youtube, yang surprise egg tu...
dalam tu dia banyak sebut kaler2..
tapi satu la, kena sebut kaler dalam English la..
sebab yang tu yang dia dengar dan lihat...
nak sebut dalam BM, nanti kang dia keliru pula pasal bahasa bercampur2...


Rasanya dia pun tak tahu lagi pasal perbezaan bahasa...
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris...
belum campur bahasa Jawa lagi, haaaaa....
Blue, Red, Pink, Purple, Green, Yellow...
warna2 asas je setakat ni...
kalau main di ruang tamu, ada sofaa, boleh tambah lagi Black and Brown...
gitulah bila main dengan anak2...
bab nak pilih warna yang disebut tu, Hafni OK..
tapi bab nak sebut warna tu kaler apa, belum boleh sepenuhnya..
setakat ni dia boleh sebut Blue, Pink dengan Green je boleh...


Kotak2 tu, saya guna kotak2 kecil macam kotak telefon, kamera, mug dll...
recycle, balut dengan kertas2 berwarna..
idea tu dapat masa pergi kedai nak beli tepung, sibuk dok belek, jenama2 tepung beras..
anak sibuk dok 'menyusun' bekas2 Planta di rak dalam kedai tu...
mak aii, rajin pula dia dok 'menyusun' bekas2 tu, nak kerja kat sini ka???


Pastu balik umah buat projek...
daripada terbuang, menyemak je kotak2 kecil tu [sebab nk buang sayang, dok simpannnn je kejenye], moh la kita menggunapakai semula kepada perkara yang berfaedah...
nasib baik dapat idea, balut dengan kertas kaler2...
saya ingat masa tu, selain dari berfungsi untuk menyusun, kalau buat warna-warni, boleh merangsang pengetahuan dalam warna, dan sekurang2nya nampak ceria sikit bilik tu, sebab ada warna-warni yang striking kan, heee...


Haa, jadi la gitu...
dan secara tak langsung, menambahkan lagi perkakas untuk dikemas apabila ia disepahkan...
bertabahah Umi, ye....emmmmm

*Update 10.03.2016




Untuk Maklumat lanjut, WA/TG :
#0193330382
#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas

2 comments:

  1. Wah, banyak nya mainan Hafni.
    kami nak wat gak la. Kadang2 anak2 main, tak sempat ambik gambar. Dapur tu bila hang buat? Syokkknya Hafni ada dapur sendiri. Nak tumpang masak bleh?

    Jemput singgah blog saya MamaBijakAnakSihat

    ReplyDelete
  2. syoknyaaaa kalau tengok seronok main macam ni.
    bagus sebab anak2 cepat berkembang kemahiran berpikir

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)