Monday, 23 November 2015

RESEPI : Koleksi Aiskrim Homemade [Entri 1.09.2015]

Assalamualaikum...

Saya cadang untuk himpunkan semua koleksi resepi aiskrim homemade dalam entri ni..
sehingga saat ini, saya baru mencuba 3 jenis resepi aiskrim..

Resepi pertama ni, saya jumpa kat blog Nana [sumber]


Resepi 1

Bahan-bahan:
1kotak besar susu full cream
3 SB ovallate
2 SB susu pekat
1 ST gula
1 ST asen vanilla
bahan perasa (biskut oreo, milo, choc chip, yogurt, etc)

Cara-cara:
1. letakkan susu full cream, susu pekat, gula, asen vanilla dan ovalette dlm satu bekas
2. pukul adunan sehingga kembang/naik
3. letakkan bahan perasa mengikut citarasa anda
4. sejukkan di dlm peti ais


Saya buat aiskrim ni, perasa keladi dan coklat.
saya lebih suka biar aiskrim kosong..
masa nak makan, baru taburkan serbuk oreo ke, coklat cip ke, kacang tanah ke..
baru rasa crunchy sikit...
kalau BFF saya suka letak sesiap coklat cip dalam tu, sebab anak dia suka...
jadi terpulang pada selera masing2, OK...

Resepi 2 jumpa di blog MissSue [sumber]

Bahan-bahan
1 tin susu cair
2 SB susu pekat
1 biji telur
1 SB ovallate
3 jenis perasa, 3 jenis pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mixer kecuali pewarna dan perisa
2. Pukul hingga bancuhan kembang dan likat
3. Bahagikan kepada 3 bahagian, masukkan perisa yg berlainan ikut warna yg berbeza.
4. Tuang bancuhan dalam acuan aiskrim berselang-seli warna sehingga habis..


Saya buat aiskrim pakai bekas aiskrim Nestle je la..
memang sebelum ni, banyak2 produk Nestle, satu ni yang saya tak boleh nak tahan nak boikot, huhu..
sebab aiskrim neopolitan ni je yang kena dengan selera saya...

Pernah cuba beli aiskrim yang mahal2 ada tiramisu la, ada kacang la, tak lalu pula nak makan, huhu...


Bila jumpa resepi ni, saya puas hati sangat.
dah tak perlu lagi beli aiskrim Nestle ni...
sebab aiskrim ni gebu2, sikit lagi je nak sampai dah tahap kesedapan aiskrim Neopolitan tu..
walaupun tak 100%, tapi OK lah, dah puas hati sebab boleh buat sendiri..


Resepi 3 jumpa di blog Tinta Merah Mama [sumber]

Bahan-bahan
1/2 tin susu pekat
3 cwn susu segar
2 SK ovellate
2 SK esen vanilla
Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara-cara:
1. Blend or mixer semua bahan kecuali pewarna selama 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu.
2. Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna.
3. Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman.


Saya guna mixer macam biasa la..
katanya guna blender tak muat..
memang dapat banyak, hampir nak penuh juga mixer ni..
resepi 3 ni, lebih kurang macam resepi 1.
sebab guna susu dan tanpa telur..
masa ni saya guna susu DutchLady Low Fat je..


Bila buat aiskrim tanpa telur, aiskrim ni jadi macam aiskrim malaysia je..
keras beku je kelebihannya, tapi tak gebu...
masa buat ni, dapat 3 bekas..
selepas dah cuba, bekas pertama, saya keluarkan satu bekas, dan mix semula dengan sebiji telur.
baru ada rasa makan aiskrim..


Resepi aiskrim dalam buku resepi..
yang sebelah kanan tu resepi MissSue yang sebelah kiri tu, resepi TintaMerahMama...
dua2 nama aiskrim pelangi-paddle pop, tapi sebab beza dari bahan, hasilnya pun tak sama...

Kalau ikut tekak saya, saya suka yang ada telur..
my BFF kata, dia tak lalu yang ada telur, hehehe..
kena cuba semua, baru tau mana yang kena dengan selera..
lagi pun resepi kedua, jimat banyak sebab guna susu cair..
setin susu cair RM2.10-RM2.95 berbanding susu segar/full cream yang harga RM5-RM6 sekotak.
kalau ada diskaun je, boleh dapat harga RM4.99...

Ada satu lagi resepi yang guna whipping cream pula..
jumpa kat blog TintaMerahMama juga..
yang tu belum cuba..
kalau dah cuba, saya update kat sini je la...

Update 23.11.2015

Hai hari ni nak kongsi idea pelbagaikan rasa untuk aiskrim homemade ni...

Idea timbul apabila enSuami tak layan aiskrim yang saya buat..
dia suka sangat beli aiskrim potong kacang merah kat Speedmart..
dengki tau, enSuami tak makan yang kita buat..
jom kita cuba tengok buat ais krim kacang merah...

Saya dah memang ada inti kacang merah di rumah..
sebelum ni beli untuk buat inti pau dan ban roti..
memandangkan dah jarang sangat buat pau apatah lagi roti yang selalu tak jadi lembut..
jadi inti tu terbiar lama di dalam peti sejuk...

So, terlintas la idea nak cuba aiskrim kacang merah...


Inti ni beli di kedai bahan2 kek...
pastu saya tambah sikit pewarna ungu dan esen vanila.
resepi keseluruhan, saya tetap dengan resepi kedua MissSue...
cuma tambah kacang merah ni je...

Masa buat tu macam biasa, pukul sampai kembang dulu...


Bila dah kembang adunan, baru letak esen vanila, pewarna dan inti kacang...
untuk aiskrim ni, saya kurangkan susu pekat daripada resepi asal..
sebab inti kacang ni pun dah manis sangat...
nanti bila bergabung, memang manis meleting la..
sebab tu kurangkan sikit susu pekat..


Pukul sekejap dengan mixer sehingga semua pewarna dan inti sebati..
tak larat nak kacau dengan tangan, hihi...


Dah siap, boleh tuang dalam bekas aiskrim...
selalu dengan setin susu cair, saya boleh dapat dalam 1bekas biru tu dengan satu bekas kecil..
tak leh nak bubuh penuh2 sangat, nanti bila beku, saiz aiskrim ni akan bertambah lagi..
takut melimpah lak...


Simpan dalam peti beku, semalaman...
esok sedia untuk dimakan...
sejak boleh buat aiskrim ni, boleh dikatakan makan aiskrim ni rutin setiap hari la..
jam 3-5 petang tu, kami dua beranak dok makan aiskrim..
enSuami memang tak merasa la, sebab dia sekolah...
dah 3,4 kali saya buat aiskrim ni, baru sesudu dia rasa aiskrim kacang merah ni..
terdiam tak kata apa2 la, sebab sedap...
kalau tak sedap, cepat je dia komen...
kalau sedap, dok diammm je..nak komen, nak puji ke tak ada la pulak...
tak aci betul!!!

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

5 comments:

  1. Pagi2 tengok entri ni terus mengidam! hihi..sedapnya alahai. Rajinnya awak! Sayapun Kena try la lepas ni.

    ReplyDelete
  2. terasa mcm nak buat.. sblm ni ada tgok jgk tp x terbuat..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  4. Thanks for information,nk try bt

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)