Search This Blog

Thursday, 31 December 2015

HAFNI : Kami dah berhentikan Takaful Ikhlas Pendidikan Hafni...

Assalamualaikum...

Hari Selasa lepas kami ke Klang Bandar Botanic untuk memberhentikan sijil takaful pendidikan Hafni..

Keputusan diambil selepas enSuami tanya saya berbaloi ke cukup 18tahun, takaful bagi RM 5000.00 untuk pendaftaran masuk universiti?

Sedangkan kalau simpan dalam Tabung Haji RM70.44 + RM1.06 [GST] tiap2 bulan selama 18 tahun..
RM71.55 x 12 bulan x 18 tahun = RM 15444.00
kemudian dapat lg dividen lebih kurang 3% setahun..
3% x 15444 = RM 463.32
Total dah boleh dapat RM 15907.32
sah2 duit 15ribu ni duit kita!
pastu bila cecah simpanan RM1300, dah boleh daftar pergi Haji...

Kalau simpan kat takaful, tak ada la faedah macam ni kan?
dia memang la cakap, ada bagi reward RM100 bila anak2 cemerlang dalam peperiksaan.
tu pun kena dapat 5A, 8A/9A semua result kena full A la, baru dapat RM100 tu..

Kalau nak ikutkan sempena pendaftaran anak TAWAS pun kerajaan Selangor ada buat simpanan untuk anak, RM1500.00 bila dah mencecah 18 tahun, dengan bermodalkan RM100 sahaja. Tu pun kerajaan Selangor yang bayar RM100, mak ayah isi borang je...
RM1500 inShaAllah dapat bila mencecah umur 18 tahun..


Masa Hafni lahir dulu, memang kami sepakat nak amek takaful..
tapi masa tu, saya ingat enSuami ambil yang ada medical card..
Sebab tengok pengalaman orang, anak2 kecil ni kan mcm2 sakit..
demam panas tetiba, tengah2 malam ke, sakit kritikal ke..
boleh la takaful sokong sikit dari segi kewangan, kalau kami tak mampu...

Sekali baru2 ni enSuami cakap, ada pendidikan je tak ada medical..
saya pun apa lagi, Hahhh, ingatkan ada medical??? %^&*$#@! agagaga...

Bila enSuami suh saya kira2 macam kat atas tu, terus je la saya cakap..
berhenti la kalau nak berhenti..

Ada juga pakar kewangan cakap, jangan ambil takaful pendidikan anak, kalau bapa tu sendiri tak ada pelan takaful perlindungan...
masa tu, tak faham jugak..
bila baca entri ni, baru la faham kenapa jangan ambil..

Yelah, yang membayar kan ayahnya..
kalau ayahnya tiada perlindungan [misalan berlaku kematian] anak hanya dapat sambungan bayaran je..
tak dapat pampasan..
isteri pun tak ada kewangan perlindungan bila suami tak ada..

Ni yang sedikit risau, enSuami saya tak ada takaful utk dirinya sendiri..
Penah ambil Etiqa, berhenti - agen ke mana tak tahu..
Pastu ambil MAA, yang ni bagus la.. tp enSuami pula tak dapat bayar..
mungkin bajet lari masa awal2 beli rumah dulu...
so enSuami tak dapat nak maintain takafulnya...


Lepas dah sepakat, kami pun ke pejabat Takaful la untuk hantar semula polisi takaful ni...
Kalau nak berhenti jangan lupa bawa:
  1. Polisi Takaful
  2. Pengesahan no Akaun bank untuk pulangan semula simpanan yang kita dah bayar.

Masa ni, kami hanya bawa polisi takaful je, sebab baca dalam tu, suruh bawa polisi je..
masa tu bawa la juga sijil lahir Hafni..
Pastu dah jumpa staf kat kaunter, macam2 la dia tanya, kenapa nak berhenti la, rugi kalau encik berhenti sekarang, sebab baru lagi, tempoh belum matang la, 70.44sen masih murah, tahun depan dah naik jadi 80++, kalau ada masalah kewangan, boleh je tak bayar, nanti dah kewangan stabil, boleh sambung bayar balik, tak perlu nak berhenti.

Saya dengar, emmmmm
Ala, orang nak berhenti, uruskan je la..
saya bukan pe, hati enSuami ni lembut sikit..
mula la nak goyah tu, bila orang cucuk2 sikit..
kalau saya, tak adanya, kalau A, A la saya buat...
kalau hitam, hitam la saya pilih..

Last, staf perempuan tu cakap, kalau nak berhenti juga, kena ada surat pengesahan no akaun..
sebab nak pulangkan balik simpanan, nak transfer masuk akaun mana, kena ada pengesahan nombor akaun la..
masa tu terkejut beruk la..
Nasib baik la, akaun enSuami Maybank..
ada Maybank dalam Jusco Bukit Tinggi bertentang dengan pejabat Takaful..
walaupun bertentang, kena naik kereta la juga ke sana..

Dah masuk keta, enSuami tanya, macam mana nak buat ke tak?
kann dah kata, dia mula la tu..
awat plak, xmau buat, dah mai dah kan...
dah kata Maybank depan tu, pi je la..
dah mai jauh2, tak kan tak buat plak kan..
kata tak mau dah simpan kat takaful..
kalau tak buat sekarang, bila lagi???


Walaupun kat Maybank tu penuh gila orang sampai ke luar2 pintu..
Alhamdulillah, urusan kami tak melibatkan nombor giliran..
Terus ke kaunter umum tu, bagi IC atau no akaun, nanti dia cetak dan cop pengesahan Maybank...
nasib baik staf Maybank tu faham, sebab bagitau nak uruskan hal takaful..
[teringat kat BFF yang keja kat Menara Maybank, harap dia elok2 saja, kan Maybank nak buang 18000 stafnya tahun depan, nauzubillah]

Lepas dapat surat tu, terus keluar dari Jusco, tak sempat nak merendek..
tak ada mood nak jalan2, sebab hal penting yang utama tak settle lagi...

Kali kedua ke pejabat takaful, enSuami masuk sorang je..
saya pergi kedai sebelah, order sate Haji Samuri, hehehe...
lepas dapat order, tengok enSuami tak dapang cari saya, kira urusan tak habis lagi la tu..
so saya pun pergi la lagi, ke pejabat takaful tu...

Masa nak duduk tunggu tu, enSuami suruh saya masuk kereta selepas saya tanda tangan sebagai saksi..
saya tak nak la masuk kereta sorang2, huh..

Tak lama lepas tu, baru siap selesai..
tempoh urusan selama 1 bulan..
pulangan simpanan pun tak dapat penuh.. sbb belum sampai tempoh matang..
berapa % dapat pun tak tahu, sebab diorang tak kira pun amaun tu, just uruskan borang pendaftaran pemberhentian je..

Bila masuk kereta nak balik, enSuami cerita, hai nak berhenti pun susah, macam2 diorang tanya...
yang awal tadi dapat staf perempuan, kali kedua pergi dapat staf lelaki plak..
sama la kena macam tadi..
yang tak tahan tu, ada pula orang sebelah masuk campur..
kenapa encik nak berhenti, pung pang pung pang la dia cakap...
enSuami cakap dia tu agen kot, macam2 tau..
baru saya teringat ada sorang laki kat kaunter staf perempuan tu..
memang nampak gaya macam agen, sebab macam tengah nak daftarkan borang orang lain...
punya la desak enSuami saya, supaya tak berhenti..

Amboi, nasib baik saya tak ada kat situ..
kalau tak, tak pasal je kena angin dengan saya..
itu kan hak individu, ikut suka la nak bayar ke nak berhenti ke..
saya bayar pun, guna duit saya, bukan guna duit encik..ada paham?

Tau la, kalau peserta takaful berhenti, mati la insentif/income diorang sebagai agen kan....
iskkkkkkkkkkkkk..
Kita kan ada pilihan, so bersaing la secara sihat..
yang mana yang terbaik, kita ambil untuk kebaikan dan keperluan kita...
saya tak kondem pelan takaful, jangan kecam saya...
cuma perlu keterbukaan untuk pelanggan buat keputusan, itu aje..

Sekian, Wassalam..
Babai....


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Wednesday, 30 December 2015

D.I.Y : Penggantung Anting-anting [Subang] aka Earring Holder

Assalamualaikum....

Kembali bersiaran sesi D.IY NabilaHasyim...ekekeke..
dah siap lama dah...
tapi punya la malas nak amek gambar, sebab banyak cermin di kawasan ni...
nanti nampak muka sendiri dalam gambar... [andaian je]
malu lah........


D.I.Y kali ni, murah-murahan je...
buat pun tak kemas, tak beria sangat...
janji ada, janji boleh guna...
saya nak kongsi idea je...

Kalau ada sesape yang ada koleksi macam saya ni..
boleh la bagi cetusan idea tu..
mana la tau boleh selesaikan masalah orang lain kan...

Kalau saya nye, hentam kromo je..
janji ada, setle masalah saya, OK aje...


Kalau ingat dulu, cerita DIY saya tentang kali pertama nak menggubah bunga..
masa tu juga, saya cat putih untuk ke semua bekas..
termasuklah hanger ni...
hanger ni dapat sekali masa beli baju Hafni...

Kalau ikutkan hasilnya, bila fikir2 balik, tak cat putih pun tak pe..
lagi cantik, kottt??!!


Gitu la, asalnya saya plan nak buat lain..
tapi bila tengok kerumitan nak buat tu, saya pun tukar plan...
akhirnya terambillah lis/renda lubang2 ni.. [lebihan dari projek sarung bantal/tilam anak saudara]


Dulu2, saya gantung anting2 ni pada sebelah dalam kabinet cermin dalam bilik air..
korang tau la kan, saya tak ada dressing table..
sebab saya tak minat dan tak ada keperluan nak dressing depan cermin...
selalunya tengok tang muka je, masa pakai tudung...
tu pun kalau tudung yang jenis kena pin masa nak pakai, macam selendang ke..
kalau tak, kebanyakan tudung saya dah siap jahit bahagian depan..tudung AKEL, Roselle je...
muka pun tak bermekap apa pun..jadi macam tak perlu kot dressing table...

Memandangkan dressing table tak ada, saya tak tahu nak display di mana, anting2 ni..
kalau tak gantung di sini, jadi mainan Hafni pula setiap hari..
kalau rosak kang, saya juga yang mengamuk ke anak nanti..
sebelum rosak, lebih baik saya fikirkan solusinya..
masa tu dapat idea gini je, pasang salotape pada sebelah dalam pintu...


Kemudian gantung anting2 tu pada salotape tu..
masa awal2 pasang berterabur juga la bila enSuami buka..
sebab dia tak tahu yang saya baru buat sesuatu di pintu tu, kahkahkah...
lama2 OK je...

Pastu bila selak2 gambar dalam folder DIY, terjumpa gambar2 omputih buat display anting2 diorang..
memang selama ni saya fikir nak beli hanger kayu, tapi asyik lupa je....
pastu masa nak buang sampah-sarap merangkap harta karun enSuami, terjumpa la hanger Hafni tadi tu...
terus terlintas nak guna hanger ni menggantikan salotape yang tak seberapa tu....

Maka, jadilah DIY kali ni...


Masa awal tu, saya plan nak tebuk lubang pada hanger ni guna paku panas...
lama2 tu terfikir, macam susah je, cantik ke kena paku panas tu kan?

Pastu pergi tengok renda lebihan yang saya ada...
waa, macam boleh je, macam sesuai je..
konon nak tunggu kering dulu cat, nanti guna glue gun nak lekat..
sekali masa cuba tu, cat tak berapa nak kering lagi, terus terlekat renda tu...
apalagi terus terfikir, lagi senang kalau macam ni...

Terus je lekatkan menggunakan kesempatan cat yang belum kering tu, hahahaha...
dasar pemalas sangat, kuikuikui...
boleh la janji ada....


Tak banyak pun koleksi anting2 saya...
yang paling sayang yang kaler hijau bulat tu, kali pertama beli..
dan juga yang LOVE sebelah kiri bawah ni, beli direct dari Korea..
Demam Korea masa tu, tahun 2006 ke 2007 masa tu..
tengok cerita My Girl, yang ex-GF Gong Chan yang pemain tenis tu kan suka pakai anting2 besar2, meleret2...
saya pun teruja nak ada juga...
So kumpul la dari masa tu, sampai la tahun 2011.
Lepas kawen pun enSuami ada beli 2pasang, itu la yang terakhir buat koleksi.

Dah lama dah tak pakai..
ingat jadi hiasan dah..
kot tunggu Hafni dah tindik telinga, boleh la bagi dia pakai...

Akan tetapi sejak ada DIY ni, terasa nak pakai pula anting2 ni...
hari2 tukar ikut kaler baju yang dipakai...
melawa dalam rumah, lagi la harus kan...


Lepas siap DIY tu ingat nak letak dalam kabinet juga...
tapi rasa macam susah pula nak sangkut penyangkut tu dalam kabinet..
tetiba nampak kepala paip tangki tu, hahaha...

So gantung je la di situ...
senang, selesai masalah..
dekat juga dengan kabinet cermin ni..
lepas mandi, sikat rambut, amek anting2 pakai...
Siap!

Sape ada koleksi anting2 macam saya?
boleh la share cara korang simpan..
nak tengok juge anting2 orang lain, ehheeee....


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday, 29 December 2015

DAPUR : Saya suka guna Serai Wangi untuk cuci dapur masak

Assalamualaikum...

Susulan dari cerita semalam..

Sebenarnya, sambil menunggu doh naik, saya sempat la cuci2 dapur, kemas2 apa yang patut..


Nampak tak hood saya berminyak?
Alahai lebih kurang sebulan la tak cuci..
memang sebulan sekali pun cuci hood ni..
ohh, pengumpul minyak pun dah tanggal masa ni...
kalau tak boleh nampak minyak terkumpul dalam bekas tu...

Kalau nak ikutkan, yang jaring2 tu pun kena buka untuk cuci kipasnya..
tapi dalam 2 tahun guna, belum sekali pun buka..
baru2 ni tengok, TV show makeover rumah di NTV7 tu, pakar cakap, 3bulan sekali kalau setiap hari masak...
acaner tu, ni dah 2 tahun adoi...


Minta enSuami buka, macam2 la alasan nya..
tak tahu la nak buka, susah la nak buka..
skrunya tak nampak ler...
adoi, gitu la.....

Untuk tahun depan nak buat jadual gitu..
kipas ekzos pun tak konsisten basuh...
dah gelap berhabuk, berkepuk2 baru nak cuci..
tu pun kalau rajin..
kalau tak rajin, ehhhhhhhh jangan mimpi le...


Sejak beli serai wangi ni...
baru saya tau macam2 kegunaannya..
bukan sekadar untuk menyahkan semut, lipas, cicak, tikus dll...
tapi boleh juga guna untuk lap meja makan, cuci dapur masak, cermin, lantai, bilik air, sinki, tandas..
dashboard kereta dan longkang pun boleh...
baru ku tahu...

Saya beli sebab nak hapuskan semut pada tanaman di kebun...
sekali bila baca kegunaannya, wow mencuci pun boleh...
aleh2, serai wangi ni dok kat dapur je...
buat cuci dapur dan meja makan...

Kalau ada semut berkumpul kat tong sampah, boleh la sembur...


Sebelum2 ni, cuci dapur dengan span basuh pinggan.
guna sabun basuh pinggan..
pastu guna Basic H..
kadang2 guna CIF..
tapi disebabkan Basic H dan CIF, duduknya di dalam tandas..
malas nak jalan pi amek kat tandas...
serai wangi jadi pengganti..
so xyah susah2 nak amek Basic H lagi...
sembur2 dengan serai wangi..

Sabun dan span basuh pinggan pun selamat dari digunakan...
hanya semburkan serai wangi, dan lap dengan tisu biru cosway..

Tisu biru cosway ni baru kali kedua beli..
tahun lepas, beli bulan 12..
tahun ni, bulan 11 hari tu saya beli..
boleh tahan setahun juga la kan..
jimat juga la, tak yah susah2 nak clorox bagai nak cuci kain lap menjadi bersih semula..

Peluntur yang dah lama habis pun, tak beli2..
dulu2 guna peluntur tu untuk cuci tandas..
bila dah habis, dah tak beli dah...

Maintain cuci tandas dengan CIF dan Basic H saja..
saya suka yang multipurpose pencuci...
1 botol boleh guna untuk semua jenis lantai, dinding, tandas, sinki, dapur..
Semua boleh....

Kalau all in one ni, jimat ruang nak menyimpan barang..
kebanyakan pencuci saya letak dalam tandas je...
kat dapur tak ada tempat nak letak...

Korang macam mana pula cuci dapur masak?
guna sabun apa, berapa kerap korang cuci dapur n hood?


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:

Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday, 28 December 2015

RESEPI : Roti Sarang Lebah yang sangat senang


Assalamualaikum...


Siapa sangat terliur bila tengok roti sarang lebah ni?
angkat tangan, kekeke...

Saya kali pertama cuba buat..
tapi dah 2kali buat...

Hari cubaan pada 22hb, hari Selasa lepas...
hari Khamis buat lagi untuk kali kedua
buat di rumah mertua...

Suka sangat doh roti, lembut gebu...
maintain je sampai 2 hari...

Saya jumpa resepi ni tanpa sengaja di FB..
printscreen, pastu print, dah siap masuk buku resepi..
tapi berkurun juga la simpan...
rasa macam susah je nak buat...
belum sampai mood nak buat, memang nampak susah aje....

Sampai la satu tahap tu, terasa membuak2 nak cuba roti sarang lebah ni...
masa tu adik ipar UKM nak balik...
memandangkan ada tester nak balik, boleh la buat...

Bukannya apa, saya takut tak ada orang nak makan...
enSuami macam tak berapa sangat nak makan roti..
Mak nye, saya punya la pulun buat roti [sebab suka baking]..
dia pandang gitu2 je...
Mak dah pelawa makan pun, emm takpe, nanti Abang makan...
sape tak sedey.....

Malam sebelum tidur, google la resepi..
walhal ingat je dah ada dalam buku..
tapi sebab terjumpa kat FB, tak ada gambar step by step, macam was-was dengan resepinya..
sebelum enSuami pi masjid solat Isyak tu, saya pesan belikan yogurt..
ingat satu bahan tu je tak ada lagi...
sebelum ni ragu2 nak beli, sebab tak tahu lagi bila nak buat..
yogurt kan tak lama tahan, cepat expired...

Kang tak terbuat rotinya, rosak pula yogurt tu...
Sekali balik enSuami bawa balik yogurt gini...


Mak ai, besaqnya yogurt..
470g? ingat beli cup biasa yang sekali makan tu je..
enSuami cakap tak ada yang natural untuk cup kecil..
yang kecil semua berperisa...

Ahhhaaaaaaaaaaa


Nasib baik ada juga yogurt di Speedmart..
Dekat lagi Murah, ehhheee...

Ada jumpa 2 resepi di blog Kak Ita Masammanis..
resepi ni ada guna telur, madu, butter dan yogurtnya sikit je..

Resepi kedua ni jumpa di blog LinaPg..
yang ni sama dengan yang saya printscreen tu...
guna yogurt banyak, tak ada telur..
dan yang lagi best, guna tepung gandum je..
senang nak beli, ada pada bila2 masa...

Saya kongsikan resepi mudah ni..
saya buat, uli tangan je..
sejak saya mengalah buat pizza Kak Azie, uli tangan..
saya dah suka uli tangan pula...
malas dah nak keluarkan mixer, kuikui..
rasa senang nak rasa doh kita dah sebati ke belum, dah lembut ke belum..

OK, ada pengalaman buat pizza salah sukatan yis..
masa tu boleh rasa beza kualiti doh pizza tu..
masa first time buat, rasa lembut, ringan je..
kali ni apesal berat semacam je.. bila recall balik baru sedaq...
saya salah guna sudu!
sepatutnya 1SK tersalah dengan 1/4SK, gila jauh sukatan tu, adoii...

Bila uli tangan, baru terasa dekat gitu hati dengan doh..cewah..
eh tangan dengan doh la.....

Jom kita tengok resepi!

BAHAN UNTUK DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak sun flower
½ cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)

CARA PENYEDIAAN:
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.

INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic..
Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis.
Memang doh lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.
Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Time bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Alkisahnya, saya bangun jam 5.15 pagi buat doh ni...
sebab baca entri Kak Linapg, katanya lama menunggu, tapi makannya sekejap aje...kekeke...
saya terjaga masa ni, sebab dah termimpi2, buat roti ni..
tu la sebelum tidoq, dok baca resepi macam2...banyak sangat..
sampai terbawa ke tidur..
nak tidur pun tak lena, moh la kita bangun pi buat roti..
senang ahti...


Sebelum nak mula tu, keluarkan dulu yogurt dari peti sejuk..
sebab nak buat tu dalam suhu bilik kan...


Buku resepi yang dah siap cetak tu, jadi peneman...
dalam resepi guna minyak sunflower..
saya tak ada sunflower, ganti mazola..
kalau tak ada juga, guna minyak masak sawit je..
masa buat di rumah mertua, guna minyak Aliff, OK je, tetap sedap....


Dah siap uli2, tutup dengan plastik/kain/ atau simpan dalam microwave, oven atau di mana2 tempat berkuap atau berhaba...


Tempat biasa untuk rehatkan doh..
filter ni panas dan berhaba...
kalau setakat satu bekas, boleh la letak atas ni..
kalau banyak bekas, saya letak dalam oven....


Selepas sejam dibiarkan...
ingat nak biar lagi sampai penuh besen, ehhhhhhh..
tapi tak pe la, dah kena plastik pun...
so amek terus untuk dibentukkan...


Licin gebu je doh ni...
nak kata melekat tu, tak sangat la...
lepas buang angin tu, boleh terus bulat2kan...


Saya ni ada loyang petak je..
tak ada bulat macam orang lainnye..
so saya dilema, nak buat bulat ke petak...
Kalau buat petak, bekas nak hidang, tak ada petak pulak...
jadi la gitu...
dalam bekas petak, tapi susun bulat, hahaha...


Tapi satu lagi bekas, buat petak aje...
saya buat 2 adunan..
kalau buat satu adunan, mungkin dapat satu loyang je....
saya tamak, buat dua adunan terus..
dah orang kata sedap sangat kan...
alang2 yogurt pun banyak...
lagi laju nak buat banyak2, yihaaaa...


Lepas dah kembang 2x ganda tu, boleh sapu telur...
sambil tu panaskan oven ye..
10 minit pun dah cukup...


Lepas dah sapu telur, boleh taburkan kepingan badam, bijan hitam..
kalau ada sunflower dan kuaci labu tu, lagi cantik..
sebab nampak effect warna hijau, putih dan hitam...


Sapuan telur tu, kalau tak ada susu segar, boleh campur dengan air+susu pekat sikit...
ada campuran ni, tak la keras sangat bahagian sapuan telur tu...


Sambil dok baking roti, boleh buat sos karamel pula...

BAHAN SOS BUTTERSCOTCH
25G mentega [saya tukar 2SB Planta]
½ Cawan gula perang
½ Cawan whipping cream/susu cair
½ SK esen vanila
secubit garam

CARA MASAK
Cairkan butter. Kemudian masukkan gula. Kacau sentiasa sehingga gula larut habis atau berbuih.
Kemudian masukkan whipping cream secara perlahan sambil kacau sehingga sebati...
Masukkan esen dan garam...


Pengalaman saya, gula saya berketul2, mungkin tak habis larut, saya dah masukkan cream kot...
tapi positif je masa tu, kacauuuuuu je.....
Lama2, alhamdulillah, ketul2 gula tu dah hilang...
oh ya, saya gandakan pada whipping cream je, untuk banyakkan karamel tu..
tak sanggup nak tambahkan gula lagi, takut manis meleting kang...

Nasib baik, jadi elok je...


Dapat la banyak dalam jar penyukat tu...
saya tak tuang terus gula lepas roti masak...
tunggu nak makan baru tuang..


Sebab saya sedikit tidak puas hati dengan sos butterscotch tu..
kenapa yang Kak Ita tu, macam creamy lagi..
yang saya nye macam cair gitu?
rupanya bila dah sejuk, gulanya jadi pekat, baru kalernya berubah coklat sikit...
So nak nampak creamy lagi, buat awal lagi sos ni, sebelum menguli tepung, hey....


Yang bulat ni, hasil di rumah mertua...
dapat loyang bulat...
dapat biar lama2..penuh2 loyang, yeh!
dapat uli dengan BreadMaker mak mertua...


Tapi yang tak syoknya tengah BM dok menguli, letrik tak dak!
yarksss, saya ingat tak ada letrik sebab BM tengah ON dan ter-Black-out..
sebab dah dua kali saya guna je, mesti terbidas suis utama elektrik..


Asal saya guna je, jadi gitu..
Mak mertua guna OK je..
Sumpahan apakah ini?
iskkkkkkkkkkkkkkkk

Sedap, gebu, lembut, semua lah...
sape suka makan ni, cuba la buat..
senang banget...

Tapi kena ada oven la, kalau tak ada, tak dapat den nak nolong..
kalau tak ada BM tu boleh la lagi, tangan ada, sila guna tangan yang Allah bagi tu ye...
lagi sedap uli tangan penuh kasih sayang, kekeke [sedapkan ahti sebab tak ada BM, syhh]

Babaiiii...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Sunday, 27 December 2015

GOLD COAST MORIB - SUNGAI KELAH AIR PANAS SUNGKAI - KLIA2

Assalamualaikum...

Susahnya nak update blog..
sebab malas nak menulis...

Layan gambar je boleh...

Gold Coast Morib International Resort
16.11.2015






Hafni je yang merasa jakuzi hotel ni...


Sepanjang mandi di dalam kolam ada Life Guard yang akan datang ambil gambar kita. Nak beli boleh, tak nak pun tak pe... 1 keping RM30, 2 keping RM50 + free 1 keping

Ini trip dengan Abang saya yang no.2..
Adik bongsu pun ada ikut, dia tengah cuti masa tu, memang nak berjalan2 la..
enSuami tak ada, sebab dia jaga exam SPM masa tu...

Lagipun Abang saya dok mengidam sangat nak makan Sate Kajang..
balik dari sana, kami singgah la Bangi..
Kat Bangi kan ada banyak sate yang best2..
Samuri, UK, Baung dan Willy...

Abang nak pergi Willy, sebab kawan dia cakap situ sedap..
saya kira kali kedua makan Sate Willy..
first time makan, jamuan masa PRU 2013 tu..
tapi kuah kacang, bukan dari kedai..

Makan panas2 di kedai, memang nikmat betul la..
family kami memang suka makan sate...
Saya pun sate no.1 laaa, kalau ada orang hidang semasa jamuan....

Felda Sungai Kelah, Sungkai.
14.12.2015
Tiket dewasa RM15.
Kanak2, tak tau, sebab Hafni kecil lagi..






Datang Hot Spring ni, semestinya kena rebus telur..
rasakan sendiri, telur masak dalam air panas tu..
saya kali pertama datang sini.

Keluarga mertua selalu datang, sebab diorang suka..
boleh kata, tiap2 tahun ada pergi..
tiket pun murah lagi berbanding Tambun ke ape ke..
Lagipun di sini ada air panas, baik untuk kesihatan..
Terapi badan katanya....

Lepas rebus telur, baru masuk jakuzi...
Mertua nak dalam jakuzi..
Booking ikut masa kosong..
RM75 untuk sejam..
Ikut saiz jakuzi juga..
Yang besar, yang cantik, ada yang RM100++ sejam...



Paling seronok dapat makan maggi sambil berendam dalam jakuzi, fuyoo..


Boleh laras air panas, sejuk di paip merah tu...
kalau nak hot macam kat luar pun boleh..


Hafni je tak merasa mandi jakuzi ni..
dia sedap lena sampai la saya angkat dia nak balik...


Xmerasa la dia mandi jakuzi..
keletihan la tu mandi kat kolam sejuk tu...

Ini jakuzi yang harga RM100++Dalam pondok tu ada tab mandi lagi, open style... Kalau boleh duduk semalaman, syok la jugak, boleh baring, golek2 dalam pondok.. Ini setakat sejam je, tak berbaloi la jugak..

KLIA 2
15.12.2015
Mak pergi Umrah dengan Agensi Jagong Emas


Kali pertama sampai KLIA 2..
Nasib baik amek gambar tempat parking kereta..
Kalau tak, jenuh tak jumpa kereta...

Nak faham struktur bangunan ni pun susah..
Bangunan parking lain, bangunan nak hantar orang lain...

Nasib baik adik yang sampai dulu, WA gambar kaunter pendaftaran tu...
Kaunter S. Depan KFC..


Tak ada ahli keluarga yang ikut..
Mak pergi dengan kawan2 mengajinya termasuk Ustazahnya sekali yang bertudung Hijau tu..



Bahagian akhir yang dapat tengok Mak..
sampai kaunter Passport je..

Umrah 15-28.12.2015
28hb balik dijangka 4.40pm sampai kalau tak delay..
Malam bertolak tu pun sepatutnya, 8.30mlm..
Delay sampai 10.00mlm baru terbang..
Semoga selamat sampai esok, inShaAllah...
Amin.


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers