Thursday, 10 July 2014

D.I.Y : Sarung Bantal Kusyen [mood rayakahhh]


Assalamualaikum..

Nak raya ke...
Hihihi...

Entah, mungkin happy kot..
Semalam dah hampir settle 1 lagi misi dalam senarai target keperluan rumah.
Alhamdulillah.

Dah tu nak lengkapkan sikit lagi bagi lagi comel gituuu...


Bantal ni memang dah sedia ada kat rumah.
Dua biji asal beli untuk letak dalam kereta.
Memandangkan dah tak berfungsi sebagai hiasan dalam kereta, makanya tak berfungsi apa2, bila simpan dalam rumah saja.
Satu biji lagi dapat free, masa ekspo perabot tahun lepas.

Kain, cerita beli kain langsir kat Nilai 3 dulu.
Ada plan nak buat alas meja makan, dan apa2 lah keperluan kat dapur tu.
Hampir separuh dah guna.


Kali ini guna buat sarung kusyen lak...
Saya mula lepas subuh tadi potong kain.
Rehat jap, susukan Hafni, mandikan dia...
Lepas tu sambung dengan jahit.
Jahit mudah je, sebab potong kain sekeping kan...
Cantum kain dengan zip [hitam] kat bawah, pastu jahit kiri kanan.
Dah, siap....


Jam 12 tadi kot habis mungkin awal sikit.
Ambil masa snap2 kejap, pastu Hafni bangun tidur, susukan dia.
baru datang update sini...

Fuhh, sekali harung je, settle pagi ni.
Sukaaaa...
Tak perlu nak tangguh-tangguh.
Ada banyak lagi kerja menanti.

Kalau mai angin semangat nak jahit, kena buat cepat-cepat.
Satni angin hilang pi, sampai ke sudah tak buat-buat....


Kain ni beli tahun lepas lagi.
Tahun lepas saya jahit sarung kusyen untuk rumah kat kampung.
Tak ada gambar penuh lak, tahun lepas balik raya, lupa lak nak ambil gambaq...
Ni sempat snap masa siap satu.
Sempat cuba sekejap kat kusyen rumah mertua.
Tapi ni pattern lain sikit, mertua punya melengkung bahagian atas tu, kat kampung jenis lurus je..
Senang sikit, potong kain sekeping juga, heeee......


*mood : [menunggu yang lebih besar minggu depan, insyaAllah.. Lalalalala, nak raya dah kaaa]

5 comments:

  1. salam,bestnya buat sendiri. i ni mesti kena tempah kedai walaupon senang cmni..tula kan tak pandai menjahit

    ReplyDelete
  2. cantik sangat..sy pun tgh projek buat sarung bantal cmnie..pg td baru start..mlm kang sambung balik sbb koje...tp sy x guna zip sbb x pandai nak jahit bahagian zip tu..lgpun jimat..jahit overlap jer..

    ReplyDelete
  3. syoknya klau pandai jahit kan? kena blajar gak niii

    ReplyDelete
  4. buat sarung bantal pn 1 of my raya-to-do-list..haha.tp x start2 lagi sebab x de zip.lgpn x sure mesin jahit murah tu leh jahit zip ke x..huhu.plan mcm x nk guna zip.nk overlap je,x pn tambah butang..hee~

    ReplyDelete
  5. rajin and kreatipnyaaa nabilah....:)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)