Search This Blog

Sunday 20 July 2014

Biskut raya tahun ini....

Assalamualaikum....
Lagi seminggu kan nak raya....
Jom nak tayang biskut raya boleh???
Dah lama saya simpan.
Nak tayang awai2 puasa, nanti orang kata saya terlebih nak raya plak, hahaha...
Bukan ape, ada anak kecil ni, kita tak terjangka masa2 akan datang.
Kalau dah ada masa terluang, eloklah buat cepat2...
Nanti Hafni meragam kang, satu kerja pun tak jalan...
Mula la Umi nak mengamuk, kalau tak boleh buat kerja, hehehe...
Sebenaqnya paling tak sabaq nak buat biskut ni.
Lama dah jumpa resepinya...
Telan ayaq liuq la, masa tengok gambaq blogger tu tunjuk...
Macam sedap jerrrrrr.......
Tapi sebab bahannya susahnya nak cari, lama tak terbuat.
Seminggu sebelum nak puasa tu, ikut enSuami pi Mahnaz Food tu.
Sebab kelab guru sekolah dia nak bagi saguhati buah kurma sempena Ramadhan.
Saya pun teringat pasal resepi ni, mesti bahan2 tu ada kat sana.
Sebab resepi luar negara omputih, kena cari kat kedai omputih lah...
Cari kat 2PLY tak ada, kedai bakery Tanjung Karang pn tak ada...
Punah harapan nak makan biskut ni...
Tu yang bila dapat beli, tak sabaq nak buat tu...
Nama biskut ni, Cranberry Pistachio Shortbtread.
So kena la cari pistachio ni.
Sebelum tu jumpa cranberry tu kat Tesco, 200g++, harga RM7 lebih kot.
Pistachio siap kopek, punya la mahal, ada berapa biji je dalam plastik kacang tu, boleh goncang dengar kacang tergolek.
Tapi saya punya tak jadi la shortbread.
Sebab saya malas nak gelek2....
Senang guli2kan aje.....
Pastu penyek2 dengan garfu....
Cepat sikit siap...
Hehe, nak cepat aje.......
Susun-susun, kasi bakar....

Lagi nak tunjukk....
Hehe, teringin dakkkkk???
Terlioq ooo tengok, hihihi....


Merah2 tu cranberry tau...
Yang hijau2 tu kacang cerdik...
Resepi pun mudah je, tak guna telur pun...


Lepas siap bakar tu, amek rasa...
Fuhhhh, nikmatnya.....
Puas hati dapat makan biskut ni...
Lama dah dok peram nak buat.
Terlerai dendam di dada, cewahhhhhhhh


First time saya boleh makan makanan yang ber'buahan' ni.
Selalu kek buah, biskut, nasi yang ada kismis ke ceri ke, memang saya tak makan.
Tekak saya tak boleh terima ada buah dalam nasi, dalam kek....
Kalau saya makan pun, saya kutip biji2 buah tu letak tepi pinggan, makan nasi makan keknya aje...


Tu yang pelik tu, yang ni saya boleh makan plak.
Maknanya sedap la tu.
Sesuai kot, cranberry dengan kacang.

Yang kedua, setakat ni biskut wajib tiap2 tahun ada.
Tat nenas....


Ini resepi dari Mak sendiri.
Sekarang Mak dah tak larat nak buat2 biskut, saya la plak buat.
Oh ye, insyaAllah tahun ni beraya di Kedah.
Jadi awal la sikit buat kuih2.
Nak bagi Mertua sikit. Bawak balik kampung sikit.
Rumah sendiri tak ada, habis licin.
Tengok la kalau rajin, lepas raya ni buat lagi.
Tapi bahan2 untuk biskut pistachio tu dah tak ada la, memang cukup2 je.
Mungkin buat biskut lain la kot.
Tat nenas ni, bahan senang nak jumpa.
Tapi acuan dia tu tak syok.
Sebab sikit je boleh dapat.
Sekali sumbat, dapat la dalam 3 atau 4 biji.
Nak picit dengan jari, lenguh pun satu hal jugak.
Pastu acuan tu, besi dia tu ada macam tajam2 sikit, buat jari saya sakit plak...
Sabaq je la.
Nasib baik adunan dia lembut2 aje.....
Kalau enSuami tak sibuk, saya paksa la dia, sapu2 telur kat atas tu..
Saya pulun2 buat sorang2, dia tolong tengok je, datang2 usik saya, iskkk...
Kena paksa baru nak buat.
Sempat la dia tolong sapu satu tray.
Selebihnya, melayan Hafni lah.
Kalau tak, saya kena berhenti dulu, melayan Hafni.
Kalau Hafni tidoq, selamat la, laju sikit buat kerja.
Biskut ketiga, saya cari resepi yang ada biskut oreo.
Sebab hari tu ada beli serbuk oreo yang dah siap hancur kat 2PLY.
Ada lebih lagi, kot2 la boleh cuba buat biskut.
Jumpa la resepi ni, nama mengancam betul..
Oreo Black Beauty....
Hah, beauty tak I, hahaha...
Senang je nak buat, guli2 juga.
Tapi rasa dia biasa2 je, tapi rangup la....
Rupa je gah, hehehe.
Tapi OK je...
Sebab cute, hehehe.......

Berjasalah juga oven besaq ni...
Tahun ni kali pertama berjasa buat biskut.
Sebelum2 ni, guna oven kecil tu ja.
Saya berjaga tengah2 malam buat biskut raya, tahun 2012.
Sebab siang kerja lagi masa tu.

Kalau mood enSuami baik, dia kata la, kesian isteri saya berjaga lama2 buat kuih raya.
Haaaa, kalau kesian, nanti nak oven besaq arrr, masuk umah baru nanti, hehehe...
Kenkonon, nak berniaga cookies ni, tapi tak tau la bila nak mula, hahaha...
Oven dah ada....

Nanti nak beli tray lagi la...
Beli oven ni, dapat satu je tray.
Selalu orang dapat dua.
Satu lagi dia bagi yang lubang2 tu, macam nak grill sesuai la..
Kalau letak biskut, adoi habis biskut bercorak lubang kat bawah...

4 jenis je saya buat.
Last sekali simpul kasih.
Mana gambaq ni, nanti la saya boh.
Tapi semua tau kot.
Popia yang diikat, dalam tu ada serunding ikan.
Serunding ikan buat sendiri.
Popia beli lar, xreti ceq nak buat sendiri...

Update 22.7.2014
Ni dia simpul kasih....


Popia yang disimpul, di dalamnya inti serunding ikan...
Kalau kat rumah mertua, tetamu suka la makan ni....
Kroppp krappp kroppp krappp rangup dipepak....


OK, babai.
Kalut nak pi kedai perabot lak...
Teman Mak mertua jek...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers