Thursday, 17 July 2014

Dua kali ke GM Klang dalam masa 3 hari...


Assalamualaikum...

Ni cerita mula Ahad lepas.
Tak ada kerja, nak jalan2.
enSuami la ajak jalan2, tapi tak tau nak pi mana...

Saya ajak pi Gudang Karpet Jakel Shah Alam tu..
Dah dalam keta, di Meru, enSuami tanya, Nak beli karpet ke, nak pi nih?
Saya jawab nak tengok je... Ada design karpet apa yang best, yang terkini kan...
Nak tengok je? enSuami tanya 2 kali.
Haa la, tak boleh ke nak tengok-tengok je..
Buat penat je la, pi tengok je, kalau tak beli...

Iskkk enSuami ni..
Tadi kata nak pi jalan2, jalan2 je la, tak yah lah membeli, hehehe...

Pastu terfikir cepat2..
Nak pi Tesco Setia Alam kah? Nak pi Aeon?
Nasib baik teringat GM Klang..

Jom la pi GM Klang..
Aik yang mana satu ni nak pi? pening plak enSuami.
Pi GM Klang lahhh....

Sampai la GM Klang.
Pastu terfikir, nak beli apa plak kat GM Klang ni..
Ni masalah saya kalau tak merancang dulu.
Otak saya susah sikit nak fikir bab nak membeli ni...

Selalu saya set sesiap.
Kalau nak makan kat restoran, dari rumah lagi saya dah fikir nak makan apa..
Cakap sesiap kat enSuami nak makan itu, nak makan ini.
Kalau nak pi pasar malam pun, dah set dah nak beli apa... cari sampai jumpa.
Kalau menu yang saya nak makan, tetiba tak ada kat kedai tu, terus saya jadi blur tak tau nak order apa.
Akhirnya tengok muka enSuami, buat muka kesian, order sat, xtau la nak makan apa...
Terus mati kutu kat situ, hahaha...

Nak beli apa, nak beli apa....
Ya, nak beli mainan untuk Hafni..
Kesian dia tak ada mainan sangat..
Macam banyak je mainan, orang cerita kat GM.
Nak cari la sampai jumpa..
Yang blok-blok kayu tu....
Susun-susun ikut bentuk tu....

Dok pusing-pusing, jumpa la kedai Melayu, adik manis.
Kedai dia kecil je...
Saya tanya mainan budak2 yang kayu2 tu ada ke...
Tak tau la nak sebut namanya...
Ada bayang-bayang je gambaran dalam kepala otak ni...
Kalau dia tunjuk tu betul, boleh la saya beli...

Pilih-pilih....



Dua mainan ni je berkenan dan dalam bajet, ngeh ngeh...
Tapi ada cerita sambungan yang sesi kedua, heyyyy....

Yang kedua saya terbeli lak, IG Tupperware ni...
Macam Tupperware ada, macam Cosway pun ada.
Troli yang tolak-tolak letak telur, letak plastik sampah, bekas letak kek, bekas letak sabun-sabun basuh, semua sebiji macam Cosway.


Saya beli yang ni satu je...
Masa ni SALE semua jadi separuh harga.
Teringat kalau buat laksa ke, dia punya ulam2, bawang, cili, boleh letak dalam bekas kecik ni...
Yang besar tu pun boleh guna terbalik buat letak kek.
Ok, kek coklat je yang saya reti....hihi.
Ini pun ada cerita sesi kedua, ngeh ngeh....

Banyak juga kedai2 jual barang kat GM ni jual jadi separuh harga.
Yang frame cantik2 tu jadi separuh. Kerongsang pun half price.
Kami tak sempat nak jalan banyak.
Hafni merengek tak senang.
Abi dukung, dia nak Umi. Umi dukung, dia nak Abi.
haishhh....

Ingat nak cari kerusi nak susukan dia, xjumpa plak bila sampai tingkat bawah.
Yang atas2 tadi ada juga kerusi rehat yang kat eskelator tu...
Dah tu cari lif, terus masuk kereta, balik.
Tu pun, dah nak dekat kol 1.
Rasa macam sekejap je pusing-pusing kat situ, hehehe...

Balik2 rumah, punya la semangat nak bagi Hafni main mainan dia.
Sekali saya buka yang kayu tu, aikkkkkkkkk......


Macam kurang sesuatu lak...
Lama dok belek, laaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hat 3 segi tu tak dak langsunggggg.
Aishhhhhhhhhhhhhhhh.
Macamana boleh tak dak ni, hukkkkkkkkkk...
Rasa sedih pun ada, first time beli mainan kat Hafni, ada plak yang salahnya...

Saya memang tak cek masa packing tu, sebab tengok adik tu amek dari rak storan dia.
Bajet semua lengkap la, sebab tak ada orang main2 kat situ.
Dan2 ajak enSuami pi GM balik, nak tukaqqqq eh nak mintak yang tak cukup ni...
Saya bayaq kotttttt.

Mulanya enSuami kata biar je la...
Tak larat la nak pi petang ni.
Esok Isnin, sekolah. Hah, hari Selasa cuti.
Boleh kot kalau nak pi kan...

Ok sabaq hari Selasa pi.
Amek balik mainan tu, masuk kotak, masuk plastik, letak tepi pintu.
Resit tak ada nak telefon.
Harapkan muka adik tu je saya ingat.
Kedai no berapa, tingkat berapa, memang tak tau la...

Lepas tu, nak sejukkan hati, amek plak tupperware tadi nak buka basuh.
Buka plastik, buka penutup, Astaghfirullahalazimmmmm.
Hah kenapa, enSuami tanya. Pecah ke?
Hukhukhuk... menangis kat enSuami.
Penutup bekas kecil tu, ada satu yang terkoyak.
Memang nak jadi asbab la, nak pi GM sekali lagi hari Selasa ni, heee.
Tak ada amek gambaq, lupa.
Sebab lepas jadi camtu, bungkus balik masuk plastik, letak tepi pintu juga, emmm...

Hari Selasa pergi, Mak Mertua dan adik ipar ikut sama.
Misi pertama kena la selesaikan masalah barang-barang yang rosak tu.
Dua hari dok tunggu, macam2 la juga saya fikir.
Kot2 pekedai tak nak tukar ke, diorang tak percaya ke kan...
Takut gak saya, kalau nak kena bertengkar plak...

Pusing2 cari kedai mainan tu dulu.
Kalau tupperware tu, memang 1 kedai tu je yang ada kat GM.
Kedai barang mainan yang banyak.
Alhamdulillah ingatan kuat lagi, enSuami pun boleh ingat2 juga, kat lorong mana satu.
Sampai2 je, Adik tu pun masih cam dengan muka saya.
Senang lah nak bagitau.
Dia pun mengaku juga, masa tu tak cek dulu kan, emmm...
Jadi urusan berjalan lancar, Alhamdulillah.
Setle satu hal, tupperware plak...
Kat kedai ni pun OK juga, saya bagitau ada satu penutup dah koyak/pecah, dia amek tukar 1bekas tu je...
Yang mainan tu tadi, adik tu tukar satu kotak baru.
OK la tu, janji ada semua, elok dan setimpal dengan bayaran.
Alhamdulillah, xda nak naik angin bulan2 posa ni, selamattttt.

Lepas tu ingat nak beli kerongsang.
Nak sambung yang tak sempat hari tu.
Lama dok belek, akhirnya tak beli jugak.
Nak berjimat lah sangat, walhal masa tu dah half price dah tu, iskkkkk.

Yang beli selepas tu, semua untuk HAFNI......




3 pasang dress ni beli kat satu kedai.
Habis RM 100.
Kalau beli 4, boleh dapat sehelai RM 30.
Murah ke macam ni, dress harga RM 30.
Saya memang xtau la, huhuhu....

Lepas tu cari kasut plak.
Lama dah Hafni tak pakai kasut.
Cam pelik plak tengok.
Tapi sebab tak jumpa yang comel dan sesuai, tu yang tak beli2 lagi.
Banyak material plastik2 tu, xmau la...
Nak cari yang kain2...
Nasib baik jumpa juga kat 1 kedai.
Masa tu Hafni dah tidoq dah.


Test2, muat ke tak.
Bagi lebih besar sikit, bajet tahan lama.
Amek sesiap yang ada bunyi tot tet tot tet, lepas ni kan dia dah nak jalan.
Baru budak2 suka kan, bunyi2 tu.
Kalau anak laki, mesti suka yang nyala2 lampu tu kan..heyy.


Last sekali beli apa panggil, tight ke legging ni?
Buat nak pakai dengan dress.
Tak ada la Hafni seksi sangat.
Selalu Abi dia dukung, sampai terselak nampak pampers kalau pakai dress.
Ada legging, tertutup sikit, boleh cover kaki kalau sejuk dalam aircond.
TAPI WANITA DEWASA TIDAK BOLEH PAKAI LEGGING KAT LUAR YE, TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, kekdahnya...

Dan last sekali, nak tayang baju kurung [raya] Hafni, nenek jahit sendiri.
Mekasih nenek, Umi tolong cakapkan, hihihi...
Tiga pasang sekali dapat, iskk melaram la anak Umi ni.
Nak pakai bila pun xtau ni...


Amboi Hafni tu, banyak betul baju raya dia...
Budak tak poce, mana boleh pakai baju raya banyak2, kata Achik2 nye yang jeles dengan Hafni tu, kekeke....
Saiz dia kecik kan, kain lebih2 Achik dia pun, boleh buat baju dia...hehe
Untung anak Umi.
Alhamdulillah.

Umi lak, buat baju simple je kat Hafni.
Malas la Umi nak berkekek bagai.
Baju Umi pun tak ada kekek, baju shortcut je....


4 comments:

  1. hahaha..ada ea baju shortcut..patutnya bodek2 la nenek soh jahitkan utk umi dia skali..heheee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, ada la tu shortcut, sebab senang sangat nak buat...

      dah buat untuk cucunya pun dah cukup bertuah dah... malu la Umi, heee

      Delete
  2. Nak tanya..mainan tu harga berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang blok kayu tu rm35, yang shape tu rm30..
      lebih kurang gitu la..
      TQ

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)