Search This Blog

Thursday, 23 August 2012

Part 1 : Ramadhan dan Raya 2012

Ramadhan tahun ini bermula di rumah sewa baru bersama enSuami.

Agaknya siapa la yang bangun dulu ek?

Hehehe, malam pertama Ramadhan, enSuami yang kejutkan pnIsteri, kekeke.

Ooopsss, xpe nasi dah siap masak semua.

Bangun untuk makan sahur ja, n masak air.

Tiap2 hari seterusnya, tukar plan masak masa sahur n lebihkan untuk berbuka puasa.
Kalau rasa2 jemu nak makan nasi, tukar menu lain.
Haritu sempat buat, mi goreng, nasi goreng n piza roti sandwich.

Penah tengok makan n dengar piza roti sandwich?
Haritu first time tengok Sarah Azizul wat untuk enSuami nye...
Dia xpe la, memang dah terer masak memasak nih..
Siap pernah ke kursus khas buat pizza.
katanya ada beratus jenis pizza berdasarkan roti @ doh pizza tersebut.

Paling senang guna roti bantal, eh roti keping gardenia dll, tetiba lupa org kL panggil roti pe ni, adoi..
Bila tengok dia cerita kat blog, rasa teringin nak buat.
Haritu semangat bukan main, dah beli tepung high protein nak buat pizza, kunun..
Sampai ke sudah xterbuat2 lagi.
Masa tu alasan xda mixer, xkan nak pukul ngan tangan ja kan...
Alasan, nak beli mixer baru yang besaq lagi tahan lasak, heeeee......

Jadi cuba la guna roti ja, sebab bahan2 lain semua dah beli...
Nanti jahanam plak, capsicum yang mahai sungguh tu, aish..
Pagi tu sahur makan pizza..
Sebab dah xselera lagi nk tengok nasi...

Masa ni xbakaq lagi.
Comel lote ar...
Lepas bakaq pun comel jugak..
Sampai xdan nak amek gambaq, terus makan, kuikui...
Memang crunchy la roti tu..
Macm bakaq roti pakai toaster la kot..
Syok ar, pizza yang senang sekali.
Yang susah bila nak buat agaknya, hurmmm
Tiga minggu sebelum raya, ada pergi survey mixer, dah cerita dalam entri lepas.
Seperti yang diidamkan, dapat jugak mixer Cornell kaler merah gitu.
First time kot, beli kaler2 merah2 gini.
Baru nampak suri rumah sket.. slalu fancy2 cam budak2 lagi jaa..
Dok tengok orang2 lain beli mixer semua kaler2 merah.
Ceq pun mau ar, tunggu lagi.
Harga, memang RM 600.


Syok arrrrr.......
Tengok2 lagi, nak tunjuk2 sket mcm budak2, kami punya...kami punya mixer yang cantik kaler merah.

Besaq macam ni baru sedap nak putaq....
Sambil mesin putaq, sambil buat keja lain, boleh sediakan bahan2 lain.
Jimat masa n tenaga.
Xda lenguh2 tangan lagi.
Adunan pun cepat kembang.
Berbeza masa n hasil kerja dengan stand mixer macam ni.
Sukanya alhamdulillah.
Meringankan kerja saya.
Xda la nak membebel kat enSuami xtolong kite kat dapur...
Walhal bising jugak kt enSuami, ish xboleh la tengok dia dok saja, mesti nak dia wat keja itu ini...
Xpatut betoi...
Set lengkap dengan stand, bowl dengan 3mata berbeza pemukul adunan.
Setakat ni baru guna dua mata.
Yang ketiga mungkin guna masa nak buat pizza nanti.
Tapi, bilakah?????
Jangan dok tanya laaaaa, huhuhu

Tapiiiiiiiii, biskut raya dah selamat diselesaikan dengan beberapa jenis.
Aiwahhhhhhhhhhh, senang hati.
tapi yang xguna mixer plak, yang xdapat siapkan.
Iaitu simpul kasih.
Masa xda mixer, dok malas-malasan xmau buat.
Bila dah ada mixer, dok pulun buat biskut raya pakai mixer.

Salah timing, ingatkan enSuami boleh simpui2 popia tu, skali, xreti plak, adoi.
Dah cuba paksa, seh..
Asyik terkoyak je popia nya, kalau terikat pun, xkejap kemaih...
Ermmmmmmmm, xda la tangan yang boleh tolong saya.
Dua tangan ni la bertungkus sengsorang...

Pertama, buat biskut suji brunei..
Risau gak xjadi, lembik sangat plak.
Adakah sebab pakai mixer yang kuat?
Pakai speed 1 atau 2 je tau...
Pastu uli dengan tangan pelan-pelan.
Sambil tambah tepung sikit-sikit.
Dok uli-gentel-goyang sorang sampai tengah malam buta.
Geramm plak tengok enSuami dok sedap tidoq, aiseh....

Dah selamat bakar, kuning keemasan..


Goyang2 dalam campuran gula-nestum-susu tepung.
Nak cepat2 je rasaaa.
Sama tak macam makan kat umah Kak Zu tahun lepas.
Sekali masuk dalam mulut, lembut gebu, memang jatuh cinta dengan biskut suji ni...
Lapangnya hati, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Alhamdulillah, menjadi.
Tercapai la hasrat nak buat biskut idaman ni.
Puas hati lahhhhhhhh.....


Uli-uli la sampai siap........
Terus sambung dengan sahur pagi tu.

Pi opis, baru tiduq tengahari tu, aishhh.
Sib bek xda keja sangat, huhuhu.

Teringat cerita opismate housemate yang minta maaf kat dia (bos) sebab nak tido kat opis, asbab dok tolong kakak dia buat biskut raya, berniaga.
Mesti xmenang tangan nak terima tempahan kan?
Nak buat makan sendiri pun xdpt tido, tambah la nak menjual2..
Adoi, mampukah Nabilah nak jual cookies nanti?

Nabilah kuat semangat, Nabilah bertenaga, Nabilah serba boleh kan kan kan...
bagi motivasi kat diri sendiri...

Oh, haritu sempat buat biskut suji, tat nenas, biskut aiskrim (yg selalu patah), cornflakes madu.
Itu saja, sket kan...

Masih ada banyak lagi butter lebih haritu.
Ingat nak buat lagi biskut suji, buat makan2 kat umh.
Haritu dah bawak balik semua utk umah kg nak beraya.
Kat umah sendiri ada kerepek jek...

Nak buat sekuttt, sekuttt apa lagi yang best?
Emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

2 comments:

  1. Blogwalking ke sini sebab nak cari info pasal mixer cornell.

    Masih ok lagi ke mixer tu? Berbaloi tak beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azira,
      Alhamdulillah mixer tu shgga skg msh berjasa.
      Mmg berbaloi.
      Cuma xpasti azira nk beli model mana..
      Hr2 tgok kt lazada, model lain, kapasiti kecil sikit dr yg sy punya..
      Yg sebiji mcm sy punya, ada lg ke?

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers