Search This Blog

Wednesday, 1 August 2012

Camna nak update blog nih???

Tajuk, mmg xbo blah, hehehe..
Ngade eh, xreti nak update blog.
Tapi sungguh! Xreti dah sekarang..
Xtau nak cerita pa lagi?
Dulu setiap perkara kongsi cerita kat sini..
Ada upload gambar lagi.
Sekarang, dah xbo nak upload gambar.
Dah xrajin amek gambar
[handset ngok ngek le, susah nak snap gambar]
Pastu banyak plak keja kat pejabat, xsempat2 nak wat pape yg lain selain keja.
Internet pun slow la banget.
Buat keja opis pun tergendala..
Hari ini dah 1 Ogos.
Genap la sebulan tinggal berdua bersama enSuami.
Syok ke? [orang tanya]
Jawab pendek, Oooooo, ok.
Kalau panjang, Ooo, lagi banyak gaduh tiap2 hari, kekeke.
Baru nak amek masa untuk serasi.
Banyak benda xngam.
Gaduh2, tarik muka, kekeke.
Itu je la keja Nabilah Ahmad, huuuuu.
Ada kawan kata, Nabilah update blog, sebab nak cerita kat enSuami kan.
Dari jauh, dia boleh baca n tau perkembangan Nabilah.
Nanti bila dah dok dekat, mesti xda nak update kan?
Mesti xda nak cerita pape dah..
Iye??? Mungkin.
Xtau la nak komen [masa tu, PJJ]
Sekarang dah dok serumah, mgkin sket la munasabah alasan tu.
Tapi sebenarnya xberkesempatan nak update.
Sebenarnya banyak nak cerita.
Hal rumah yang mcm kena tipu, deco2 umah, peralatan umah.
Semua nak cerita, tapi.........
Semua belum siap sepenuhnya.
Xkan nak cerita sekerat jalan, cerita tergantung.
Alang2 nak cakap, biar cerita sampai habis.
Xla kepala serabut, dok pk keja tertangguh kan..
Lagipun, masa awal ada blog ni, dah set untuk jadikan blog ni sebagai online diary.
Nak tulis kat buku, malu la kan..
Tulis kat blog, bo cantik2 sket.
Letak gambar lagi.
Dan sampai bila2 [kecuali kiamat] xhilang maklumat dalam ni.
Kecuali ada orang godam la kan.
Saya belum ada pengalaman tu lagi.
Huhu, xnakkkkkkkkkk!
Dua minggu pertama dok umah baru, masih xteratur lagi hidup.
Umah xboleh nak berkemas mcm umah keluarga.
Mengecat dinding.
Almari baju xckup, nak letak pakaian.
Rak buku xda lagi, nak susun majalah n buku.
Langsir dah ada, rel langsir xdapat lagi. Xboleh pasang jugak.
Sedih rasa dok umah tu..
Rasa nak pindah, tapi ke mana???
~Beberapa keja yang sempat dipulun dalam masa sebulan ni~
Sabar la dulu...
Penat mengangkut barang pindah pun xhilang lagi, xkan nak pindah lagi.
Pengsannnnn.
Alang2 nak pindah, biar masuk rumah sendiri nanti, insyaAllah.
Bulan posa ni, asyik nak tidoooo je.
Adoi, letih macam ni.
Banyak keja tertangguh klu berterusan camni.
Dah cuba elak, boleh la tahan sekejap..
Terhangguk2 sorang2 kalau paksa diri.
Faktor aktiviti seharian kot, boleh jadi penyebab lemah badan begini.
Buat masa sekarang, kami berkongsi kenderaan.
Pagi2, enSuami hantar ke opis.
Tengahari dia ke sekolah.
Petang, nak dekat maghrib baru sampai Bangi.
Bila stat posa, memang kalut gila la.
Balik2 tu, sampai umah dah azan maghrib.
Xpenah nak sempurna nak berbuka kecuali hari cuti Sabtu Ahad.
Sekarang ni stok makanan dalam peti ais banyakkkkk..
Sebab minggu lepas balik Tanjong.
Memborong aja, kat kampung.
Harga kampung ngan bandar, memang jauh beza.
Saya sukaaaa.
Beli udang, sotong, ikan, daging, sayur2, serai. Buah je xbeli.
Penuh peti ais atas tu.
Baru rasa syok nak masuk dapur memasak, cewah..
enSuami dgr, nak tengok la Sayang nak masak pe, rajin tak nk masak..
Barang dah penuh dalam peti ais ni, kalau xmasak lagi, xtau la...
Hehehe, insyaAllah masakkk.
kalau enSuami xbuat hal, pnIsteri rajin ajaaaa, hehehe.hee hee
Ada dlm 2,3 hari tu, masa minum buka posa tu la, baru nak terkocoh2 masak.
Tapi goreng nasi aja..
Lama2 tu, plan mcm ni je.
Masa sahur, masak lauk baru.
Nanti esok pagi, sebelum pi keja panaskan dulu.
Pastu masa balik keja buka puasa, panaskan lagi lauk tadi.
Jadi masak nasi n lauk untuk 2 kali makan.
Bila nak panaskan makanan, ni yang malas ni.
Mula la rasa, nak microwaveeeeeeeeee...
Semalam, kebetulan enSuami sampai awal dlm kol 7 camtu.
Kami singgah d HLK, idam tu nak beli mixer la buat masa ni.
Sebab mixer hadiah kawen dah rosak, masa buat royal icing tu.
Pusing lama sangat kan sebab nak sampai halus kembang.
Hand mixer tu bkn heavy duty la kot, xtahan lama kejanya.
Jadi kali ni beli heavy duty stand mixer.
Kalau beli kat kedai elektrik, xbanyak pilihan.
Masa survey2 tu pun ada yg stand mixer tapi yang jenis straight je mcm hand mixer cuma ada stand.
Nabilah nak yang boleh pusing2, hehe.
Kat kedai tu ada jenama Cornell ja.
Bulan 3 lepas, dah penah tengok kt situ.
Tu yang pi sekali lagi tu.
Hajat hati nak minta kurang kot2 dpt RM550 ka, sebab stok lama kan.
Tengok2 dah habis, ada orang beli.
~Agak2 model ni la kot, 600W, 5L, 6 speeds~
Pastu tanya harga sekarang.
RM 600. Heavy duty.
Minta kurang lagi RM 580, dia kata xboleh dah, harga pasaran RM 800 lebih.
Betul la jgk, orang iklan RM 799 la, RM 650 la.
Bila dengar 600, mesti nak beli la kan...
Bila tanya, apa spec nya, dia kata xda maklumat.
Dia boleh bagitau 600watt saja ada dalam resit.
Sebab nak cepat balik berbuka, terus bayar booking RM 50.
Katanya dalam masa 3 hari, paling cepat 2hari.
enSuami suh sampai dalam masa dua hari.
Amboi, nak cepat sgt nape.. Kite ni xkisah pun..
Konpius, mcm dia plak yang nak guna mixer tu...
~Nak putih ke merah ke? Tapi ada pilihan kaler ke untuk saye?~
Masa nak print resit tu, sempat plak merayau2 tengok microwave.
Almaklumlah dalam fikiran dah.
Ada 3 jenama RM 299.
LG, Elba, satu lagi pe ek, x ingat plak daa..
Saya nak Sharp, macam xda ja sharp kat kedai ni.
Kalau ada Faber pun OK jgk.
LG tu mcm xpercaya je, nampak canggih, tapi RM 299.
Bila tgok buku manual dia, dia tulis microwave oven.
Nape LG murah???
Masuk keta, ckp kt enSuami, lepas ni nak beli microwave OK.
Jenama pe, nak tengok dulu.
Kat rumah, jenama Sharp ja xda lagi.
Peti ais, Samsung. Mesin basuh Toshiba.
Oven, Iron, Periuk Nasi Faber [hadiah kawen]
Atau mungkin jenama Sharp nak simpan untuk TV LED????
[mahu simpan duit 3bln lebih utk TV LED idaman]

Untuk bulan ni, enSuami nak beli motor.
Nak beli Honda Future..
Baru gila-gila.
Minggu lepas pi kedai, xda lagi motor tu.
Toke ckp, minggu depan baru sampai.
Kami pun booking nak satu motor, cewah.
Tapi xdecide lagi kaler pe..
enSuami ni..kejap nak putih, kejap nak oren.
Saya suka oren! lebih menyerlah gitu.
Nak beli ni, sebab BARU
[model baru keluar]
sebab 125 CC
[tahan lasak utk pjalanan jauh mcm Damansara-Bangi setiap hari]
sebab JIMAT MINYAK
[minyak mahai, la ni]
sebab TANGKI MINYAK BESAR 5.6L 
[boleh smpai Kuantan dr KL dgn full tank]
sebab HELMET IN 
[enSuami boleh longgok barang2 dia dalam tu, elak kes ragut]

Lagi, enSuami senang nak balik, boleh sampai awai.
Xda nak tersangkut jam kat hiway.
Almaklumlah Damansara tu mmg tempat sibuk.
Dengar cerita tahun depan kena pi sekolah sesi pagi plak.
Tapi kami harap, hujung tahun ni dapat pindah sekolah yang dekat sket.
Mudah-mudahan ada rezeki untuk enSuami.
Semoga enSuami selamat pergi n balik dengan motor Future ni.
Ramai lak yang kata bahaya naik motor jalan jauh2.
Orang boleh komen mcm2.
Tapi duit poket kami yang keluar tiap2 hari.
Pasang telinga je la dengar.
Itu saja pilihan yang kami ada.
U ada?
Alhamdulillah, bersyukur dengan semua perkara dalam hidup.
Sebab Allah bagi apa yang kita perlu, bukan bagi yang kita mahu.
Selamat berpuasa...
p/s : mood nak siapkan baju raya, lalalalala

3 comments:

  1. kat mana kedai jual mixer cornell tu?

    ReplyDelete
  2. Salam Pukau Santau, ;)

    Saya beli kat HLK, Seksyen 7, BBB.

    Boleh tengok kat mana2 HLK terdekat.
    Kadang2 xda stok kat kedai, tapi ada di kilang. klu tanya, mgkin staf tu boleh bantu Puan untuk order mixer Cornell tu.

    selamat mendapatkan mixer idaman, =)

    ReplyDelete
  3. terima kasih.
    errr... saya lelaki la...
    pernah jumpa kat jusco & carrefour je, tapi display unit, dah lah buruk, harga fixed RM799.00 :((

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers