Search This Blog

Wednesday, 25 July 2012

Nak bawa anak ke Surau/Masjid?




Salam Ramadhan Kareem....
Fenomena membawa anak ke rumah Allah.
Memang la ikut sunnah.
Nabilah pun nak wat mcm tu...(fikiran masa sekarang)


Dulu, masa muda2, bujang...
Tengok anak2 orang buat bising2 kat masjid, jadi cam geramm jer...
Bising lah.. terjerit2 lah.. lari2 depan saf orang tengah solat lah..
Memang xsuka la kan..
Tapi masa tu xpaham lagi pasal didikan untuk anak2 sebagai tanggungjawab ibu bapa tersebut.


Tapi bila tengok ada pasangan suamisteri yang baik (kategori orang2 soleh) bawa anak2 depa, anak2 pun soleh, diam aja sebelah mak bapaknya, sweetnya rasa ..

Bila masa umur semakin meningkat terasa keperluan tu.
Harus dididik dari awal.

Tapi...........

dengan jaminan anak kita tu baikkkkkk.
Supaya kita senang hati, jemaah lain pun xsakit hati.

Tapi, orang kata, main2, bising2, lumrah dunia kanak2...
Tapi sejauh mana masyarakat kita boleh menerima keadaan sebegitu???

Malam tarawih Ramadhan ke3, enSuami pulang dari Surau merungut, ada jemaah yang bawa anaknya, bising, main2, sampai kencing kat karpet surau....
Aduhhhhh, berat jugak sih...

Bila ditanya, bapaknya xmarah ka kat anak dia?
Xtau la, wat dono ja bapak dia, mcm xda pa2..
Isk sabaq je la...

Persoalan : Salah jugak ke respon kita mcm ni???

Bagi diriku, kalau anak tu diam, xda masalah. 
Dia solat sama mcm jemaah lain, xda masalah.
Tapi yang xpuas hati ni, kalau buat bising menggila la sangat.
Lagipun, surau xda la besar sangat.
Lain la kalau masjid, ada kawasan luas yang tidak digunakan oleh jemaah@saf solat.
Boleh anak2 lepak, sekiranya mereka tak mahu solat sekalipun.
Nak lepak, nak tidur, xkisah la asalkan xbising, itu kehendak masyarakat kita sekarang.
Bagi mereka, bila bising, xleh nak fokus, conpem la xkhusyuk..
Ada sapa berani mengaku, dia boleh khusyuk solat????

Iman kita xsekuat umat terdahulu.
Masih jauh dari kehidupan Rasulullah yang meraikan kanak2 di ruang solat malah cucu2 Baginda memanjat belakangnya semasa sujud. Orang Badwi pun penah kencing dalam masjid, Rasulullah xmarah sket pun. [sebab Rasulullah tau, mereka xpaham(tidak berilmu)] 
Sampai bila, kita boleh mencapai tahap tersebut.

Dalam situasi di bawah, saya percaya anak ustaz tu dok diam sahaja.
Tapi jemaah lain tidak meredhainya.
Apa la salah anak yang dok diam di sebelah ayahnya yang menjadi imam?

Tepuk dada, tanya la iman..
Anak2 adalah tanggungjawab masing2 ibu bapa tersebut.
Kalau baik didikannya, baiklah hasilnya, anak2 yang soleh.

Mudah-mudahan saya dan suami meredhai keistimewaan anak2 lain yang datang mengimarahkan masjid surau.
Supaya bakal anak2 kami juga menjadi anak2 yang soleh dan diredhai oleh masyarakat.
Yang penting, KEFAHAMAN umat Islam masa kini dengan ISLAM yang INDAH.
Amin Ya Rabb..

Nak simpan di sini supaya ianya menjadi teladan dan peringatan buat saya dan kita semua yang bakal menjadi ibu bapa dan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia.

Oh Malaysia, tanah airku!

Usai mengimamkan solat Tarawih (baru berlangsung 2 rakaat) di salah sebuah surau di ibukota terdengar suara di belakang saf dari seorang Doktor berbangsa Myanmar : Hei Imam! Ustaz! Can you bring the boy outside. His disturbing! (Beliau merujuk kpd anak sy Ahmad Fatih yg berusia 4 tahun) Saya menjawab : "If the boy out I'm leaving with him as well" Sy melihat reaksi jemaah lain ada yg menggeleng kepala. Saya bertanya lagi : "Ada yg tak setuju sy jadi Imam lagi? Bersuara seorang lagi pakcik : "Ya lah! Ustaz selalu bawak budak mengganggu setiap masa!" Maka fahamlah sy yg mereka tidak redha. Saya pun meminta Imam yg lain utk menyambung dan sy sy terus pulang dr surau tersebut utk smbg tarawih di rumah agar mereka selesa bertarawih. Selayang pndg sy lihat surau itu mmg tiada anak2 yg kecil bersama...Zikir dan fikir Ramadhan 1433H
 ·  ·  · 16 jam yang lalu melalui mudah alih · 
  • Dikongsi 27 kali

    • Chemist Arif Husaini Rasulullah S.A.W x pernah pon halau budak dr masjid..
      16 jam yang lalu ·  · 3

    • Marvellife Ammar Kadang2 orang dewasa blh menjadi terlalu mementingkan diri sendiri... lebih rela melihat anak muda melahu daripada bersabar dengan karenah anak kecil... (Insya-Allah banyak lagi masjid yg. mesra kanak2..)
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Khana Azwar Bila kecil time rebung dok halau depa Dr msjid...bila dh jdi buluh dok gaduh awatla liat nk ke masjid. Mulalah perlukan sumbangan nk buat aktiviti itu ini tuk para buluh dekati masjid..mmm...
      16 jam yang lalu ·  · 1

    • Abu Ziyad Sabar sheikh, mereka tak tau yg mereka perlu menjinakkan anak2 dgn rumah Allah.. Kita doakan supaya Allah bukakan hati mereka..
      16 jam yang lalu ·  · 3

    • Mohd Adib Ismail Mesti anok cucu mereko tak kenal surai sejid doh. Kalah Nabi Muhammad. Cucu Nabi dok panjat belakang Nabi solat jemaah, masa tujd imam lg.
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Ros Lina Alahai kesian Fatih :((
      16 jam yang lalu · 

    • Fahmi Salihan Tugas mendidik masyarakat sebenarnya lebih besar dan mencabar dari yg disangka. Moga terus tabah dan istiqamah..
      16 jam yang lalu ·  · 2

    • Hj Mud Hj Leh Hatta org badwi yg kencing dlm masjid pun xdmarahi rasulullah saw apatah ank2 yg cucu baginda saw brmain kuda d tengkuk baginda saw. Sampai bla ank2 kita mampu mcintai masjid. Sedihkn.
      16 jam yang lalu ·  · 2

    • Hazrie Jeghii mereka perlukan pendedahan tentang apa yg rasulullah lakukan terhadap cucu baginda semasa solat serta peranan masjid dan saranan membawa kanak2 ke masjid..memberi petunjuk serta pengajaran adalah lebih baik dr menghukum sesama islam...syabas sheikh !!!
      16 jam yang lalu · 

    • Ahmad Shukri Abd Rahman apa pandangan ustaz bab bawa budak ni,kdg2 mak cik perli isteri sbb bawak budak cth ayat'klu saya x bawa anak2''....
      16 jam yang lalu · 

    • Abe Mash sabarlah ALLAH maa'ak
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Abu Bruv Ustaz, boleh tak bgtahu saya cara yg boleh dilakukan supaya tidak membatalkan solat (bimbang tertinggal beberapa rukun drpd Imam) sekiranya ada kanak-kanak berada di hadapan ketika makmum hendak rukuk ataupun sujud di dalam saf solat?
      16 jam yang lalu · 

    • Rosniah M Roslan Alahai.. Agaknya kalau di Masjidil Haram macamana agaknya diorg tu ya...
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Husni Azim masyarakat kita masih belum jelas tentang mengenalkan anak2 kepada rumah Allah, selalu saja anak2 diasingkan... hmmm...
      16 jam yang lalu ·  · 1

    • Fatimah Ahmed Kesian fatih... :(
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Mohd Adib Ismail Bro Ahmad Shukri: Mak cik tu takde anak atau memang anak dia tak pernah dtg masjid/surau.
      16 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Muhammad Farid Ismail Sabar ust..Innahum qaumun jaahiluun..ust blh selitkn dlm mne2 crmh ust pahni..
      16 jam yang lalu ·  · 1

    • Lilee Mokhtar kesian doktor dan pak cik tu ye UAHAR... :(
      16 jam yang lalu · 

    • Ahmad Shukri Abd Rahman bini saya dah fobia bawa anak umur 4 tahun jugakk...saya serba salah antara nak didik anak dng perlian mak cik2,tapi mrk kaki masjid...
      16 jam yang lalu · 

    • Mohamad Ali Sabri x nak ngaji....sebab tu anak2 jadi liar...kuliah balik..kalau hadir pun saja2 aje...itu yang ramai...sabo seikh....
      16 jam yang lalu · 

    • Lilee Mokhtar saya faham situasi UAHAR...anak saya 3 lelaki...tapi mrk suka ke suarau...buat pekak badak je le jawapnya...
      16 jam yang lalu · 

    • Jafni Johari Jiken JIka begitu, ke manakah anak-anak mereka? Mereka ke surau? Tetapi keluarga? MashaAllah, ana amat kasihan dengan umat Islam masa kini
      16 jam yang lalu ·  · 1

    • Rafiq Mustaqim Sbb tu byk anak muda tidak minat untuk pergi ke surau/masjid sebab sejak kecil tidak dibiasakan dengan suasana sebegitu..katanya anak kecil tempatnya di rumah,suruh main, supaya tidak ganggu jemaah lain.tp bila dh meningkat dewasa sudah tidak/kurang minat untuk ke surau/masjid.. alasannya tak biasa..maka bila berlaku mslh sosial dlm kalangan remaja bru nk tepuk dahi,pening kepala tuding jari pihak itu,ini...biasanya anak2 mengikut didikan org tuanya..didikan mengikut acuan islam akan melahirkan generasi yg cintakan masjid,didikan 'moden' melahirkan generasi yg cintakan dunia...wallahua'alam..
      16 jam yang lalu ·  · 4

    • Lilee Mokhtar Anak2 mereka tak dtg sebb mak bapa takut kena marah....budak2 tu mana dema kesah...tgh tgk TV ustaz Kazim
      15 jam yang lalu · 

    • Azhar Abd Rahman Terkenang kehidupan di Masjid Nabawi
      15 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Rafiq Mustaqim maaf.bagaimana kehidupan di masjid nabawi?boleh share??
      15 jam yang lalu · 

    • Azhar Abd Rahman Sesiapa sahaja bebas keluar masuk hatta kanak2 bebas buat aktiviti masing2, ibu bapa mereka mendidik supaya dekat dan cintakan masjid, kalau ada yang terkencing sekalipun, ada pekerja yang akan angkat karpet dan bersihkan tempat tersebut.

      Situasi yg Ust Husni share ini antara sebab anak muda jauh dari masjid, disebabkan apa yg keluar dari mulut tidak selaras dengan akal fikiran..

      15 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 9

    • Azlyn Eli ‎2 anak lelaki saya (4 & 7 thn) suka pergi ke masjid dgn abah mereka tapi sentiasa diingatkan untuk menghormati org yg bersolat. If tanak behave, bg warning next time tak bole ikut dah. Di rmh pun bila org solat diingatkan untuk rendahkan suara. Mmg susah nak didik tapi jika dibiarkan bole jadi melampau pula.kalau baby - 3 tahun tu mmg masih belum faham tp if 4 tahun keatas tu rasanye bole dididik sikit2 .kadang2 bagus juga kita terima teguran dgn berlapang dada :)
      15 jam yang lalu · 

    • Dhiya Hafiz Masjid ana pun sll jd mcm tu. Tp bila ada org complain, bagi dalil2 smpai dia kenyang. Ada yg diam, tak sikit yg kata, "Patutlah...Perlis". Sapa diam selamat. Sapa bg komen tambahan mcm tu, akan kena buah lain, "Bukan, tu beza org ada ilmu dgn tak da.". Kadang dgn tambahan, "Berangan nak isi masjid dgn org, tapi budak2 dijauhkan dripd msjid. Nak tunggu budak2 tu jd bapak, pastu akan dpt hidayat sndr?" Ada yg kata, "Ya lah, tapi kena jaga bagi depa diam". Yg tu akn dibalas, "Kalau En blh bg depa diam tanpa depa lari dari masjid, silakan. Tak leh... jgn mudah nak suruh2 org." Terlalu bnyk kena mcm tu, tu yg jd mcm soalan bocor. p/s: masa pakai jawapan lembut masa mula2 dulu, mmg tak pernah diterima...
      14 jam yang lalu ·  · 1

    • Ahmad Husni Abd Rahman Sekadar Husn al Zann : Makcik2 dan pakcik2 tu 'ikhlas' dtg surau / masjid sbb nak tenang beribadah dek kat rumah ramai cucu2 bising...alih2 dtg surau ada cucu org lain pulak...hahaha...tension la kwn...
      14 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 4

    • Mohd Asshik Orang kita bila pi masjid nabawi atau masjidil haram, kagum dgn masyarakat sana yg menggalakkn anak - anak mereka mendekati masjid dan beranggapan itulah sbb masyarakat mereka boleh memnuhi masjid solat berjemaah. Bila balik dari umrah, tak nak pula mengambil contoh positif tersebut.
      14 jam yang lalu ·  · 4

    • Mohd Shah Riza Basirun Macamlah kalau takde budak, depa tu khusyuk solat.. Sabo je la..
      14 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 2

    • Ahmad Husni Abd Rahman Masjid n Surau kita jauh dari sunnah...kena byk muhasabah...bkn tak terima teguran...sbb kes ni dah dua kali. Satu kat msjd dkt jgk ngan rumah. Anak sy tu tak wat apa2 pun cuma tgh duk diam2 sblh sy solat...alih2 ada sorang pakcik jgk halau dia ke belakang saf macam halau kucing...fobia anak ana nak ikut gi masjid hampir berbulan jgk le...
      14 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 7

    • Ahmad Kamal Hafiz Kamarulzamil Surau tak mesra kanak2~ Patut le anak muda jauh dari surau.. Sebab jadi tempat orang tua berkumpul ja..
      14 jam yang lalu ·  · 2

    • Ahmet Rifat Sevim teringat kata-kata saudara Fathi Al-Sakandary.. "Tadi semasa menunggu waktu berbuka, layan satelit TV dari United Kingdom, tv Islam Channel rancangan Living the Life. Ada seorang revert masuk islam antara sebabnya dia terpesona melihat kanak-kanak bebas riang bermain dalam masjid. Syukurlah dia di UK kalau dia di Malaysia jangan haraplah dia nak masuk islam, masjid di malaysia bagaikan nightmare bagi kanak-kanak, nak solat sekali pun tak kasi apatah pagi nak bermain-main"
      14 jam yang lalu ·  · 1

    • Azreen Abdul Aziz anak saya 4 thn pun sama gitu jugak Ustaz.
      13 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Khatijah Rashidi Insaf betul. saya selalu sangat berhajat nak bawa anak2 ke masjid. tapi bila diorang dah besar sket nih n hebat2 belaka(terutama yg boy 5 tahun tu) x pegi dah sebab risaukan situasi begini. sedey gak. bila le diorg nak kenal rumah Allah kalo camnih
      12 jam yang lalu · 

    • Farhan Shahri Kesian ngan watak jemaah disurau itu..pemikiran mereka masih dlm keadaan literal..
      10 jam yang lalu · 

    • Mahathir Mohamed Kena ubah adat adat yang langsung tidak menghidupkan sunnah. Islam cukup indah apabila berlandaskan sunnah. Teruskan perjuangan membuka minda masyarakat kita ustaz.
      8 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 3

    • Tokyard Mohammad La tahzan sahabatku...mereka ini baru kenal surau...sdgkan kita dh biasa dgn surau. Moga langkah ustaz Allah ganti ganjaran yg lebih besar insyallah.
      8 jam yang lalu · 

    • Ameer Azeezy Abu Abdullah Pengalamanmu hampir sama dengan apa yg pernah kulalui, sahabat. Satu ketika, selepas solat, seorang pakcik bangun dan siap bertegang leher bertanya penuh emosi, "Siapa yang nak tanggung dosa saya batal solah ni???", Lantas daku menjawab dgn tenang, "MasyaAllah, solatmu tidak batal pakcik. Anakku tidak memijakmu, tidak duduk di atasmu, atau naik atas dukung mahupun belakangmu. (anak berumur 4 ketika itu). Maka jika masih batal solatmu hanya kerana anakku bersolah di sebelahmu, daku sendiri yg menanggung dosa anakku sebagai walinya." Akhirnya, pakcik yang bengang itu cakap, tak pasal-pasal dia kena qadha' solah dan ingin mendakwaku di akhirat. Lastly, aku meminta diri untuk keluar dari masjid dan mendoakan pakcik itu di depan jemaah lain yang mengelilingi kami, "Semoga Allah mengampuni dosa kami berdua, dan menjadikan anak cucu kami sebagai generasi soleh.".... my little sharing, bro Ahmad Husni Abd Rahman.
      8 jam yang lalu ·  · 10

    • Sariah Abdullah Allah menguji ustaz...
      7 jam yang lalu · 

    • Azizah Aling Allahu akbar. Semoga khalayak itu ada rasa malu di hati kerana berkelakuan sebegitu rupa di rumah Allah. Semoga Allah azzawajalla berikan mereka kesedaran.

      Fatih diuji ketika usia masih kecil. Abdullah Ameen bin Ameer Azeezy juga begitu. Barangkali Allah sedang mempersiapkan jiwa mereka seawal usia 4 tahun untuk kental mendepani mehnah yang lebih besar di kemudian hari.

      Adakala, saya aman dengan cara di Masjid Besi. Anak-anak dibiarkan bebas berlari meskipun ada penjaga yang mengawal selia tingkah laku anak-anak itu. Sama konsepnya dengan Al-Haram dan An-Nabawi. Seronok melihat tingkah mereka bersolat.

      7 jam yang lalu ·  · 3

    • هـاشـم الـجـاوي besar ujian enta syeikh:(
      7 jam yang lalu · 

    • Aki Abdul Wahab Saya pernah melalui situasi begitu. Situasinya di sebuah masjid berdekatan taman yang saya tinggal. Kami datang awal untuk solat maghrib dan ketika itu jemaah tidak lagi ramai. Anak bongsu saya memilih untuk solat di belakang saf saya. Sedang anak bersolat datang seorang jemaah yang ingin bersolat dan mungkin 'berhajat' tempat berdirinya anak tersebut, lalu diangkatnya dan letak di belakang. Perkara sama berlaku bukan sekali tetapi dua kali. Kali ini jemaah lain pula yang datang lalu angkat anak saya dan diletakkan di saf belakang. Ketika di dalam kereta anak saya mendengus ' Nak solat depan tetapi datang lambat'. Saya hanya diam. Tetapi sejak hari itu anak saya fobia untuk datang solat ke masjid tersebut.
      7 jam yang lalu ·  · 2

    • Mahat Salleh Satu lg yg xseronok...kalau org lain bwk anak xbising tp kalau ustaz yg bwk anak maka bisinglah mereka...seolah2 ustaz ni xreti jg anak..Allahumahdi qaumin fainnahum la ya’lamun.
      7 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Zukhairi Ahmad Sabarlah dengan ujian...ia menginsafkan kita...moga semuanya mendapat hidayah dan maghfirah...ameenn...
      6 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Ahmad Husni Abd Rahman Barakallahufikum ikhwah...masykur ya azizi ameer azeezy...
      6 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 2

    • Ahmad Husni Abd Rahman Hj Aki : Kita doa sesama...
      6 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 1

    • Shams Hakeem Satu ketika saya juga pernah memarahi anak-anak yang buat bising dalam majlis ilmu, tapi bila meneladani sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, saya jadi terkedu. Betulkan cara aku mendidik anak-anak? Cara siapakah yang aku ikut? Akhirnya redha bahawa anak itu biasanya begitu sifatnya. Kita jadi mesra kanak-kanak. Bahkan dalam banyak-banyak keadaan kadangkala kita meraikan mereka kerana itulah sunnah Rasul sallallahu alaihi wasallam. Teringat kisah Nabi dengan Abi Umair dengan burungnya. Indahnya akhlak pekerti Rasul sallallahu alaihi wasallam dalam meneladani kanak-kanak. Selawat dan salam salam ke atas baginda yang menjadi contoh teladan sepanjang zaman. Anak-anak yang pernah kita tidak santuni satu ketika dahulu maafkanlah kami andai kitalah punca kalian menjarakkan dari mendekati agama yang mulia ini.
      6 jam yang lalu ·  · 1

    • Fazrina Kamal teruknye...anak2 sy umur 5 ngan 4 tahun pun ikut g surau, berlari2 dlm surau, tapi mujur jemaah surau di taman perumahan ni berfikiran positif dan suka budak2 dibiasakan bawak ke surau...
      5 jam yang lalu · 

    • Husni Naseem Husain anta telah melakukan perkara yang betul ya akhi...suatu penyelesaian masalah/isu yang tepat...teringat kisah badwi kencing dalam masjid...cara penyelesaian yg amat berkesan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW...وإذا خاطبهم الجاهلون قالو سلاما
      5 jam yang lalu · 

    • Fazrina Kamal sekadar berkongsi cerita: sy teringat kat arwah atuk sy yg meninggal dgn cara yg sgt baik, malam jumaat, lepas baca yassin, di surau dan tak menyusahkan sesiapa, kalau ditanya apa amalannya, arwah atuk saya seorang yg sgt kasihkan budak2 kecik, tak kira budak berhingus, selekeh, anak org miskin yg dijumpa di jalanan atau d mana saja dia mesti dukung dan bg gula2...fikirkan....
      5 jam yang lalu ·  · 2

    • Khairul Syazwan Bin Yahaya sebab tu masjid jadi sarang golongan veteran pencen sahaja mengisi masa kosong mereka
      5 jam yang lalu · 

    • Ahmad Husni Abd Rahman Terima kasih atas segala input dan sokongan ikhwah
      5 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Husni Naseem Husain keno jeput kawe skali g ceramoh surau tuh...heheh....
      5 jam yang lalu · 

    • Rosiah Ismail Rasullullah SAW sendiri tidak pernah membataskan cucunya dari menaiki belakang Baginda sewaktu sedang solat .Bahkan Baginda membenarkan cucunya Syaidina Hassan dan Hussein menonggang belakang Baginda ketika sujud. Makmurkan lah Rumah Allah , jangan sombong bila berada dirumah Allah ini ....
      5 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 1

    • Abu Luqman Mcm2 .... Sabar je la ust. Sebagai ganti / pbgubat diri, pada hari yg ditetapkan, imamkan solat terawih kami di Annaim. Di sini semuanya mungkin, insyaAllah.
      5 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 1

    • Rosiah Ismail belajar memahami hikmah demi kelangsungan syiar islam , bersama dalam menjinakkan anak2 kepada masjid dan surau khususnya.
      5 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Ahmad Husni Abd Rahman Hehe Abu Luqman ...
      5 jam yang lalu melalui mudah alih · 

    • Abu Zubair Madani Husni... ada member aku pon bawak anak dia pi masjid. Dia buat sistem giliran. Dia jaga waktu awai 8 raka'at. Lepas 8 bini dia jaga pulak. Dia semayang sampai habih tarawikh. Orang kat masjid memang ushar habih. Tapi dia jenih buat toya ja. Anak dia sora deraih dengaq satu masjid ;-)

      ingatla hadis Nabi "islam itu bermula asing....."

      4 jam yang lalu · 

    • Abu Thaqif Sukri Al-abqari Begitula keadaannya dimana saja...
      4 jam yang lalu · 

    • Husni Naseem Husain tp surau dkt rmh ambo di mmusey nih..bkn stkat bising mulut...siap ngan mercun lagi...dum dam dum dam (kat luaq le) alhamdulillah ahli jemaah cool jee..:-)...
      3 jam yang lalu · 

    • Fahmizakat Kedah biLA ORG jahil nk beribadat tanpa ilmu jadi macam tu laaaa
      3 jam yang lalu · 

    • Penginapan Mutiara pendpt saya anak 4/5 thn dah boleh bawa ke masjid dah.Ibu bapa harus juga mendidik mereka supaya tidak ganggu jemaah lain. Gunalah kebijaksanaan masing2. Kalau rasa mengganggu juga, tinggal je lah kt rumah dan tunggu dia besar sikit. Org zaman skrg, kyusyuknya tak dpt mengatasi gangguan kanak2. Takut2 mengganggu jemaah pula. Saya juga bawa ank sejak 4 thn. yg tiga thn sekali sekala je. Alhamdulillah kebetulan nasib saya kot, anak2 saya ikut cakap saya supaya x bising dan sembahyang. Pendidikan ada 'seni' dia. Alhamdulillah, saya dpt 'seni' tu. Tapi cara didikan saya mgkin sesuai utk anak saya saja kot. Tiap kanak2 berbeza caranya.
      3 jam yang lalu · 

    • Azman Mohd Noor Ana pun selalu bermasalah dgn jemaah. Mereka halau anak anak supaya solat jauh di belakang saf. Apa lagi, budak budak berkumpul ramai ramai, lagi bising. Sepatutnya budak budak berada sebelah mereka, baru mereka boleh belajar beradab dan solat dgn baik. Bahkan ada "volunter" bersikap garang dan tidak mesra dgn kanak kanak seolah ola kehadiran mereka tidak dialu alukan. Memang kena betulkan salah faham masyarakat.
      2 jam yang lalu melalui mudah alih ·  · 1

    • Illa Zila betul..tapi naluri kanak-kanak x sama..anak saya yg perempuan di suruh solat kat saf belakang semata-mata kerana mereka belum baligh..yg lelaki ditegur kerana berkeliaran dgn kawan-kawannya.Suami saya x nak bawak dia kalau saya x paksa dan keluar fakta kenapa kena bawak anak -anak ke masjid.Saya tawakal aje..nak memeriahkan rumah Allah...lama-lama anak-anak akan faham...tapi kita dah meningkat umur ni bila nak faham?
      2 jam yang lalu · 

    • Fauzi Deraman lebih senang jadi makmum takde orang songeh!
Cuba dengar rakaman video ini untuk peringatan kita semua. Semoga ianya bermanfaat. Wallahualam.

 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers