Wednesday, 8 February 2012

Trip ke Kedah, bawa Kawan2 N9 tengok pokok PADI...

Kami semua bertolak awal pagi hari Sabtu...
Awal pergi ni, nak saran kat kengkawan lalu jalan bawah tanpa highway, xberani la plak sebab xingat jalan sangat.
Almaklumlah, baru menjadi pemandu dengan rasminya.
Sebelum ni, ikut orang je kan, kadang2 masuk2 keta ja, nak tidoq truih, hahaha.
La ni dah jadi pemandu, memang xleh nak tidoq2 la..
Dah la pemandu x expert lagi...

Jadi, semuanya serah kat Kak Sab sbg ketua driver, n kami as co-pilot pada pagi tu..
Dah masuk hiway, sesak gila la plak.
Akak frust la, jammed...kita lalu jalan bawah nak?

Dah tu, kontek enSuami tanya pasal jalan.
Dia pun kontek google map, nak tengok jalan.
Dah xda exit yang sesuai..
Kalau keluar pun, dah jadi jauh balik..

Masa kuar dr rnr tu, Nabilah dah stat mandu, Kak Sab mengantuk plak..
Terus, kami jumpa exit Tg Malim..
Kuar jugak, kat situ...
Jauh pun jauh lah..

Terus lagi, enSuami kata kena masuk hiway balik bila sampai Bidor.
Xnak arr masuk hiway...
Kebetulan masa lalu situ, nampak Lumut la plak.
Dengan yakin, belok ke Lumut plak [105km mak ai]
Hahaha, konon cam dah besa ngan jalan ke Lumut.

Lamaaaaaaa masuk jalan tu, cam semacam je...
Dalam hati, jangan la sesat plak.
Takut kena marah ngan enSuami [sebab xdengaq cakap suami kan, ampunnn]

Kak Sab positif kan keadaan.
Nabilah dah besa kan jalan sini, xpe terus je.
Kan haritu nak pi kenduri Dira menghala ke Lumut, Teluk Intan.
Ye ke, xingat dah, huuuuuu takut...
Xpe xsesat, terusss betul dah ni... [sejukkan hatiku-hai hati tenang, OK]

Memandangkan mencari jalan tanpa pengetahuan enSuami, huhu
Tepon BangChiq plak...
Dia memang expert jalan Ipoh, Bota, Setiawan, Seri Manjung, Lumut, Pantai Remis [sbb dulu blajaq kat Seri Iskandar]
Jadi teponlah abang, tanya pasal jalan. Diapun habaq sebijik2...
Haa, memang betui jumpa jalan tu, jalan ni...
Selamat la kami sampai kat umah dia kat Bukit Mertajam dalam jam 2.30 petang.

Berehat la kami dengan makan tengahari sekali.
Jam 5, kami pun keluaq untuk balik Alostaq plak.

Bila sampai tu sengaja amek exit tol Alor Setar (S) sebab nak pi pekan Alostaq, nak beli kain [almaklumlah masuk kelas jahitan sekarang-nak cari kain kat Bangi xsyok....nak balik beli kat kampungku jugak]

~Hehe, stesen teksi Pekan Rabu pun menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Negeri, Takbir!~

Dengan alasan boleh solat Maghrib kat Masjid Zahir [kebanggaan Kedah]
Walaupun ceq orang Kedah, xpenah lagi solat kat sini [sedihnyaaa]
Dulu pun ada cerita tentang impian nak nikah kat masjid ni [cerita di sini]

~Dulu sekejap, nama dia Cek Det Mall - mungkin nak mengampu TunM kot. La ni nama Pekan Rabu semula, bru syiokkkk~

Lepas beli kain2, kami ke Pekan Rabu plak.
Nanti mesti orang tanya dah pi Alostaq, xsinggah Pekan rabu ka?

~Ok, ini kuih bunga pudak, bukan popia! Abg ipaq dulu kata popia ke ni, bila tengok kuih nih, hihi. Rasanya manis, intinya dari kelapa parut. Nabilah Ahmad xreti lg buat kuih ni, nanti ceq blajaq naa~

Mana buah tangan? Kalau nak buah tangan dari Kedah, memang sesuai la membeli kat Pekan Rabu ni...
Jom pi Pekan Rabu yang canggih ni...

~Pemandangan dari jejantas Pekan Rabu- Waktu Maghrib~

Aisyah kata, Canggihnya pekan Rabu... siap ada eskelator. tak penah tengok eskelator tengah2 jalan pekan camni...!
Hahaha, itulah kebanggaan Pekan Rabu!

~Bergambaq sat dengan eskelator yang canggih ni~

~Baru tau ada bangunan PAS kat sini, adoi adoi, berat mu nih!~
~Pemandangan sekitar Pekan Rabu, baru naik je ni. Tetiba isytihar diri 'Bakti Mendahului Janji' setelah dah kalah di Kedah~
~Pemandangan Masjid Zahir pada malam tu, indahnya-Subhanallah~
Lepas selesai solat, kami ke klon I-City kat Alostaq plak.


Dekat ja, depan Masjid Zahir ni je...
Kami pun pi jalan kaki lintas jalan yang sesak tu, kenderaan xberhenti2 adoi, susah nak lintas.
kena lari2 cumil cam penguin kekeke [teringat plak istilah Puan Ain Rashid]


~Pemandangan Menara Alor Setar pada waktu malam~
~Bergambaq dengan syoknyaaa~
~Paksa Kak Sab n Aisyah dok kat Papan tanda ni. Cop dah mai Kedah dah!~

Esoknya, hari Ahad, kami ke Muzium padi plak...
~Design Muzium ni pun ada PADI haaa~
Syok ehhhhh....
~Khusyuk koooooot, membaca hehe~

Ada banyak info la pasal asal usul padi.
Terusan glamor Terusan Wan Mad Saman.

~Masa ni tengah khusyuk baca pasal terusan Wan Mad Saman yang idea asalnya dari Siam~

Jenis dan nama2 padi yang ada di dunia ni.
Yang ceq ingat Padi Malinja je la..

~Emping ni pun, makanan tradisional Kedah, tapi xbeli pun, sebab xlalu nak makan, takut org Selangor pun xlalu nak makan,huh~
Ingat masa subjek Sejarah Tingkatan 1 tu, Cikgu Abdullah cerita padi Malinja ni, bila dah jadi beras, masak nasi, nasi dia lembutttt ja... Pas2 boleh tahan smpai 3hari.
Beras la ni, jangan harap la, sehari pun dah boleh basi kalau basuh xbersih betul2.
Dan juga jenis periuk nasi yang diguna.
Ikut pengalaman ceq la, Mak dok komen, periuk nasi yang penutup dia jenis sekali dengan periuk tu, memang nasi xtahan lama. Kalau penutup periuk jenis asing2 tu, OK [korang paham x???] Periuk plak salah, hahaha...


Masa pi Muzium ni, CikTeh teman.
Dah banyak kali kot dia pi...
Ceq ja yang first time nak masuk...n Kak Sab dan Aisyah.

Bila masuk Muzium ni, depa akan bawak pelawat terus ke pentas persembahan.
Siap pusing2 lagi pentas ni, pening kepala...

Kat pentas ni, ada lukisan keseluruhan pemandangan di sekitar Muzium ni.
Memang real sgt lukisan2 ni.
Kami pun terpegun, bergambar, dan amek gambar lukisan2 yang cantik2 ni....
Macam terer je kami amek gambaq2 ni, hehehe...

Jom ikut kami membajak tanah dengan kerbau....
Selain dari gambaq lucu yang hari2, [cerita sini] gambaq ni pun lucu.
Tapi nampak real ak....
Ada kerbau kat sini, nak membajak.
Camni zaman dulu, sebelum ada trektar [bahasa Kedah, rasminya apa, adoi lemah nak translate]
Pastu jalan2 lagi, lagi nak ketawa bila jumpa ni...


Hangpa nampak???
Hahaha, Chah chah, kerbau ke kanan.
Kami dok mengacah [mengusik] Aisyah yang kadang2 orang panggil esyah, Echah, chah chah sama la kan..
Gelak2 kami kat depan ni, hahaha...



Pastu ada pulak Pantun Kasih.

Aisyah kata, ha sesuai ni pantun suamisteri nih..
Ha memang pun, rangkap terakhir, sesuai nak bagi kat enSuami, hehehe

Ok, sesape nak datang melawat ke Muzium Padi ni, amatlah dialukan.
Ini jadual Muzium. Jangan salah datang pada masa yang xkena, nanti xdapat masuk....hampa ja mai...huhu

Bertentang dengan Muzium ni, ada Muzium rumah Tradisional, tapi xleh masuk plak, tutup sudaa.
Dan ada 1 lagi Gunung Keriang depan muzium tu jugak.

Masa ni rasa pemandangan ini, cantik sangat...
Tapi itu je lah yang ada, apa ntah orang yang pegang kamera tu buat, adoi....


 


Lepas tu balik rumah, rehat tido dlu.
Petang tu kami berjalan kaki ke bendang, tanah ayah punya.
Tapi ayahku xtanam padi, dia tanam pelam [maksudnya mangga]
Memang ayah suka buat pelik2 daripada orang lain.
Dulu tanam la padi.
Sejak pencen, mata pun xberapa nampak, ayah pi tambak tanah, dia tanam pelam semua.
Kadang2 berbuah, tuan punya xdan nak makan, orang lain dah amek awai2 lagi. [xdak rezeki, positifkan keadaan]
Kebetulan masa tu, bukan musim berbuah, jumpa pokok je la..
First time jejak kaki kat situ sejak 2008 pokok pelam tu ditanam.
Selalu tengok dari tingkap dapur kat umah ja, Mak dok habaq selalu, 'tengok pokok pelam ayah hang, orang tanam padi, dia tanam padi xjadi, dia tanam pelam pulak'

~Ok, inilah PADI! hasil sentuhan Kak Sab by DSLR~


Ni keadaan padi yang rebah bila ditiup angin kuat...
Kira ni kategori padi rosak la ni.
Kesian, padi ni xkuat...
Kalau mesin padi boleh kaut [potong] skali, untunglah petani. Selalunya memang rugi la klu gamaknya begini.

Rumahku!
Berlatar belakangkan Gunung Jerai, ok!
Cantikkan kampungku!
Alhamdulillah, =)

~Kami di tengah2 sawah....~

Nampak tak, pokok seketui2 tu? Tulah pokok pelam ayahku, sepanjang2 tanah miliknya.....

 Kak Sab kata gambaq ni cantik, OK saya letak dalam blog saya.....


Pemandangan sungai di sebelah laluan msuk ke kampung.
Ada peniaga jual sayuq dan ikan2 pada setiap pagi.
Sapa ntah yang kreatip ni, buat kapal penanda tu guna polisterin bakul ikan tu..
Cantikkan? Kreatip gitu..
Orang kampungku, memang hebat! hehe
Jom la mai, kami semawa mai Alostaq....[semawa = jemput]



2 comments:

  1. Orang kedah tak pakai benih padi "kebal" ker? orang area sg besar-sekinchan-tg karang dah mula guna...padi confirm tak tumbang dan tak dimakan makhluk perosak.... (pstt...benih padi kebal tue hasil teknologi pertanian dari US)

    ReplyDelete
  2. Oh, ada ek?
    Xtau la kami.
    xjadi petani kat Kedah.
    nak cakap pasal jenis padi yg diorg pakai sekarang pun Nabilah xtau nak habaq...
    Mungkin ada kot.
    Kebanyakan petani bergantung kepada MADA (organisasi pertanian yang ada di Kedah) untuk mendapatkan benih padi.
    Kalau MADA dah amek benih kebal tu, maknanya petani kat Kedah pun dah pakai la.
    Tapi xsure la, nanti Nabilah balik tanya Ayah atau abang yg tau...
    TQ for the info Azman senpai =)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)