Friday, 3 February 2012

Kuih Lopes yang xbulat,ngeh ngeh (^,^)

Petang semalam, tengah dok wat keja, tiba terlintas gambaran kuih ini di fikiran..

Kuih apa tu, xingat dah namanya..
Lama pk, kuih lopes!!!!!

Camna nak buat?
Try search kat internet..
Pakai pulut plak dah...
Nak beli pulut, mahal plak, cam xberbaloi nak makan sket je..

Petang tu ikut YB ke taman Jasmin, wat edaran jemputan Jamuan Tahun Baru Cina, 4 Feb..
Niat di hati nak cari2 kat pasar malam je lah..
Xyah susah2 nak masak..
Teringin tu, nak makan sket je, bkn banyak pun..
Kalau masak, banyak sgt plak, sape nak habiskan???

Cari punya cari, xjumpa jugak.. [kot tersalah masuk lorong kot]
Xjumpa cari, balik begitu dgn perasaan yang xtahu apa perasaan, huuu...

Pagi td, tiba2 rasa nak mengunyah.
Asalnya nak beli chocolate bar je..
Pas2 teringat nak masak Oblong hari ni [sebab tinggal Nabilah n Kay je kat umah wekend ni, yg lain2 nak blk kg]
Bila pi kedai teringat pasal kuih lopes lagi...
Adoi, tengok2 barang2...
Ok la, stil dalam bajet.
Oblong plak xdak kt kedai tu...
Xjadi nak masak Oblong.
Wat kuih lopes lah, yeh!

Balik rehat tengahari, terus buat.
Kot2 boleh bawak ke pejabat, bg Aisyah rasa.
Dia ni, nampak saja, klu Nabilah nak try pape resepi baru, isk...
Macam tau2 jaaaaaaa...

Pastu kan biasa, kuih lopes ni bulat2..
Balut dgn daun pisang..
Balik umah tengok pokok pisang kat belakang umah tinggi sangat..
Sape nak tolong tebangkan nih?
Xdapek la nak balut daun pisang nih...

Masa dok masak pulut tu, dapat idea untuk padatkan dalam tuperware je...
So tuperware bertuah adalah tuperware aiskrim HPA, kekeke...
Dalam gambar asal resepi tu pun, chef dia dah ubah suai..
Kuih lopes tiga segi...

Jadi macam ni pun OK lah...
Nanti potong2...
Memandangkan daun pisang dah xda, ceq guna daun pandan aja balut dia, kasi wangi gitu....
Macam tu la rupanya, bila dilapik dengan daun pandan, dipadatkan dalam tuperware..
Kira mudah la ni...
Cara tradisional xdapat buat, buat cara moden pun xpa..
Janji jadi n boleh dimakan, tetap kekal sedap, hehehe...

Akhirnya potong 3segi...
Try bawak pi pejabat...
Dah makan beberapa ketui, dah rasa puas dah..

Baki pulut, santan n air daun pandan tadi, pk2 nak wat lagi untuk bekalan perjalanan esok.
Tapi rasa macam dah puas dah makan.

Nak try resepi lain lah...
Apa yang sesuai, hehe?
Seri muka, idak?

Hehe, tengok lah kalau rajin malam ni...

Hari2, ada wat kek carrot untuk bekalan perjalanan balik ke Kedah...

Malam tu buat, krek krek potong dia..
Xrasa lembab2 basah macam haousemate buat..
Yang tertinggal bahan adalah serbuk kayu manis.
Kawan terlupa nak tulis dalam resepi yang dia bagi tu..

Lepas ni nak cuba lagi, try kukus plak..
Kot lembab sket lain kali, idak???

Kenangan kali ketiga makan di Red Wok bersama YB, EnAmir, Kak Sab n Nabilah.
YB nak cuba restoran baru..
Alang2 lalu Putra Kajang, jom la singgah Red Wok [cam buat iklan plak]


YB suh Nabilah yang tempah apa yang sedap, sebab dah besa makan...
Pertama sekali mesti la Tomyam susu dia yang best tu...
Kalau ikut Nabilah, tomyam dengan telur dadar dah cukup.
YB suh tambah order amek ikan masak pape...
Risau plak nak tempah ikan takut kena macam hari2 makan kena RM70 utk ikan siakap saiz utk 2 orang aje itu...
Kali ni amek jgk la siakap, masa ape 3 rasa kot.. saiz 4 org.
Masa ni xteringat nak berkira...
Kalau makan kat kedai Chinese Food ni, saiz makan utk 2 dalam menu, klu kita makan, sesuai utk 4 orang.

Kalau kali ni dtg 4 org, eloknya amek yg saiz 2.
Tp pi order yang saiz 4, amek kau, besaq gedabak..
Dah la tomyam pun dah ada lauk.
Pas2 order lg, kailan masak pe ntah...

Tomyam dia mmg best.
Kalau la mkn nasi dgn tomyam n telur dadar saja, xla rasa sedih sgt..
Tengok la hidangan makanan ni, takut rasa berdosaaaaaaa...

Lama dah dok pulun makan....
Akhirnya xdapat nak habiskan nasi putih itu...
Tomyam pun banyak lagi...
Kami habiskan ikan tu..sengkak dah perut ceq...

EnAmir bawak RM100 pi byr, pulangnya Rm1.20...
Mak ai, 98 lebih la nmpknya..

Tobat dah x pi, hehehe...
Sejak makan kat situ, YB asyik nak ajak je ke restoran ni..
Adoi, udah2 le, xserik2 lagi, huuuuuuu


2 comments:

  1. Biasa2 ja.. xla meletup sangat kawwnya..hehe..

    boleh makan sudaaa..Alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)