Search This Blog

Sunday, 19 February 2012

Menu Rakyat 1Malaysia @ Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Lepas program Jom Shoping kali ke-8, kami pun kena la cari kedai makan nak makan tengahari, reward untuk para petugas, 3jam berdiri kot...

Kesiannnnnnnnnnn...

Kali ni, biar Aisyah n Ain Akmar pi survey tempat nak makan.
Dapat tau, diorang pilih Sekinchan Ikan Bakar
Restoran yang dekat sekitar Econsave Jalan Reko.
Ajak pi Nasi Ulam, xmau..hehehe
Nak cuba kedai lain la plak kan...
Dah besa pi Nasi Ulam, cari la kedai lain yang banyak lagi.

Amek kau, amek restoran ikan bakar kot...
Mahal tu, dah tau dah...
Dalam poket, enShahrum kasi RM100, dengan pesan, jangan lupa amek resit, hahaha...

Cukup tak ni, nak makan dalam 10 orang.
Hj Yusuf kata xkisah, kalau xcukup, dia boleh tambah.
Owh yeh? Xpe nanti boleh claim balik, heee..
Ok, boleh lah pi, jom jom jom...

Berjalan la kaki, kami ke sana.
Masa nak pilih menu tu, memang la pening, conpius semua...

Ada 8 orang perempuan, 2 orang laki [Ketua Kampung, Hj Yusuf dan Hj Zakaria]
Nak pilih ikan pe...
Lina boleh makan ikan kembung je, ikan lain xboleh..
Kak Sab, xpayah tanya la, dia xberahi makan ikan.
Akhirnya amek ikan kembung 8 ekor [saiz ikan yang ada sesuai untuk seekor boleh 2 orang makan]
Pilih sayur campur yang sepinggan RM10.
Air, kitorang pilih jus tembikai 2jar besar.

Selesai order, Lina baru ternampak Menu 1Malaysia RM4.00 sepinggan.
Ada nasi putih, seekor ikan kembung, sepotong buah tembikai dan segelas air sirap.
Agaknya berkhasiat ke, sayur xdak...

Tiba2, Kak Shahnaz nak balik segera, adik dia dah datang amek.
Pas2 terfikir nak order Menu 1M tu utk K.Shahnaz bawak balik.
Cakap kat kaunter, nak segera.
Dia cakap, xboleh dapat segera, sebab kami nak kena bakar ikan dulu...
Alamak, cane...
Xboleh dapat segera ya,
Janji nak hantar ke rumah K.Shahnaz je nanti.
Dia pun balik dengan tangan kosong aja..

Lama kami tunggu servis dia.
Sampaikan Hj Yusuf tersengguk2 mengantuk.
Kesian, letih menunggu makanan xsampai.
Air pun lambat sampai.
Nak kata ramai pelanggan, ada 2 atau 3 meja ja yang ada orang.
Tu pun 1meja tu dah stat makan.
2 lagi baru sampai selepas kami.

Hok mana yang xminat tengok hindustan pun, boleh layan hindustan masa tu, hahaha
Sebab xda pe dah nak buat, nak tengok...

Hampir 2.30 [nak dekat sejam cam2] tunggu, lauk pun sampai.
Lauk sampai dulu, baru nasi sampai, adoi.
Sayur sepinggan RM10 tu sekali round je, 9 orang kami.
Sampai kat Nabilah, cukup2 untuk dilicinkan pinggan tu.
RM 10 ye, harga sayur tu....


Masa ni, bateri hanset dah merah sudaa
Xdapat nak amek gambar saiz pinggan dan lauk yang dimakan.
Semasa menunggu tu, Lina dan Nabilah terfikir nak tapau.
Kitorg pun pi la order Menu 1M, 4bungkus.

Bila makan ni, baru tau pe rasa ikan bakar Restoran Sekinchan ni.
Bagi selera mulut Nabilah, sos ikan bakarnya tak sedap.
Memang rasa xsesuai lah...
Teringat sos ikan bakar Bangi kat belakang pejabat, sedap sangat.
Harga adalah mampu, bukan mahal melampau.
Ni sembilan orang makan, RM93. 55...
Tambah RM4, menu 1M.

Balik umah tengok bungkusan Menu 1M ni..
1cup nasi putih + sehiris timun + sepotong tembikai + seekor ikan kembung
Berdasarkan alasan nak tapau cepat tadi, dia kata nak bakar.
Kalau tengok struktur ikan ni, macam tak terbakar langsung.
Bekas rebusan je ikan ni.
Sungguh, tak tipu...
Seplastik, sosnya yang tak sedap tu, hui...
~Menu 1M~
Mulanya Ju xmau makan, sebab dia xminat sangat ikan.
Tau x, beli kat mana ni??? [pancing Ju]
Restoran 1Malaysia, dengar akak cakap tadi!
Mana da restoran 1Malaysia.
Menu 1M, tapi restorannnnnnnnnnnnnnnn
Restoran Ikan Bakar Sekinchan!
Ha, rugi kalau xmakan...
Rasa ni, rasaaaaaaa...
Lepas ni, xpayah pi dah...
Xsedap, adoi...
~Resit untuk Menu 1M, RM4~

Bila dengaq tu, Sungguh?
Isk dok lalu situ, teringin nak singgah, nampak cam sedap je...
Ha, tau xpe...
Makan sekali ni cukup sudaa..

Ada berani lagi mau pergi????
Korang cuba la plak, kot2 kena ngan selera korang..... =)


2 comments:

  1. wah baru taw.. selalu teringin nak pegi tp hubby selalu kate, tak payah la..

    ReplyDelete
  2. kalau google kat internet, ramai yang komen pasal restoran ni..
    semua yang buruk2 la..
    xsedap la, terlalu mahal yang melampau, huih...
    tobat x p dah, hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers