Search This Blog

Monday, 20 February 2012

D.I.Y : Aksesori Peralatan Dapur ; Menang dapat no.1!

Kelas jahitan yang dibuat setiap minggu pada hari Ahad, telah dirasmikan oleh YB dengan sumbangan 6buah mesin jahit Singer yang portable untuk kegunaan kelas jahitan.

Sempena kedatangan YB dan majlis perasmian ini, pihak AJK kelas jahitan telah menganjurkan pertandingan jahit barang2 aksesori dapur.

Mesti dah tau apa itu aksesori perkakasan dapur..
Semestinya Apron, Sarung Tangan, Kain Pengelap, Alas pengang periuk, Penutup untuk petiais, pemegang petiais dan banyak lagi lah...

Nabilah pun nak masuk jugak...
Baru je susah2 siapkan aksesori kereta...
Nak suges aksesori keta jugak [kalau jadi, xyah wat lagi nak jahit2 ni], tapi aksesori dapur menang undian, almaklumlah kebanyakan peserta adalah puan Isteri.
Jadi dapur lah dunia seorang isteri, [isteri solehah kan]

Dulu ada jugak plan2 nak wat apron yang comel2 cam apron dalam crite korea tu..
Kebtulan dah nak ada pertandingan ni, bolehlah nak realisasikannya...
Boleh 2in1 lah, senang cerita.
Masuk pertandingan, hadiah pun dapat, apron pun dah siap.. [kalau menang lah kan...]

Semangat la pi beli kain...
Alhamdulillah ada pulak kain yang cantik kat kedai tu [selalu jarang nak berkenan, nk balik Kedah jgk klu nak beli kain]
Hajat di hati nak purple.. kaler feveret kan....
Tapi design kain tu xdak purple...
Paling cantik, menyerlah, sejuk mata memandang, dapat tenangkan fikiran yang serabut [komen Kak Sabrina] jadi pilih la kaler pink, adoiiiiii

Ada masa lebih kurang 2minggu nak pulun siapkan aksesori ni.
Beli kain 2meter.
Kebetulan kat umah ada apron plastik tu, so amek apron tu jadi contoh, nak gunting kain.
Apron buat 2, [nak enSuami pakai, galakan untuk tolong masak kat dapur, dengar ye]
Buat alas peti ais satu, tuala pengelap, dan dua sarung tangan.
Paling senang wat apron.
Paling susah buat sarung tangan.
Sampai 2kali potong kain untuk sarung tangan.
Pertama buat, xmuat tangan nak masuk, adoi...
Masa potong kain, nampak cam besaq dah.
Bila dah jahit, baru tau kecik....

Sekejap rajin, sekejap pulun.
Malam Ahad [Ahad hari pertandingan] baru pulun siapkan alas peti ais, dan kain pengelap.
Sarung tangan langsung xsiap lagi.
Sampai kol 12 malam, dah mengantuk...
Xleh tahan sudaa, terus tertido...
Tido pun xlena, asik termimpi kat sarung tangan yang xsiap dan hal-hal di hari pertandingan.. [advance ooo, boleh dapat gambaran hari pertandingan]

Masa bangun untuk solat subuh terus mandi, solat.
Terus stat jahit sarung tangan tu.
Masa mamai2 tido, terfikir kalau xsempat siap tu, bawak apa yang ada ja, huhu...
Lepas subuh cuba jugak jahit, adoi masalah masalah.
Siap sebelah tangan, dah kol 8.
Chik Lela dah pesan supaya sampai kol 8 kat tempat program.
Adoi, ketaq perut.
Bila tengok hasilnya memang xpuas hati la, sarung tangan tu...
Sedihnya....
Sayang, comot ar, malu nak bawak... [sms enSuami]
Huhu, xpe buat yang mampu [ayat enSuami bagi semangat nak sejukkan hati]

Bila dah sampai tempat program, simpan dulu hasil kerja kat dalam keta, xmau tunjuk lagi.
Kalau agak2 malu nak masuk tanding, simpan je lah.
Bila tengok hasil orang, adoi, patah semangat.

Emmm depa buat lawa...
Siap manik2, bunga timbul lagi.
Macam xgamak nak pakai kat dapur, hehehe...
Dok pikir, nak masuk ke tak ni...
Cuba je lah...
Alang2 dah buat...
Xmenang no.3, menang no1! hehe....

Bila bawak masuk kelas, ramai plak yang puji cantik.
Siap bgtau kat enSuami, orang puji cantik, kreatif, rajinnyaaaaaaaa [hui, kembangggg hehehe, dah mula rasa yakin sket]
Tapi rendah diri lagi, kain je kot nampak cantik, jahitan Nabilah xkemas, [herot petot kot]
Orang kata, ni boleh menang nih!
Aminnnnnn =)

Memang xsabar la nak tau...
Korang agak boleh menang tak camni?????

Siap letak kad kawen kawan2 lagi, untuk presentation.
Kot2 la orang xpaham apa guna LoVe tu...
Nanti maksud tujuan asal, xkesampaian plak. [poyo giler]

Kain pengelap.
Susah kot nak cari tuala ni.
Nak yang nipis tapi panjang, xjupa.
Tuala ni agak tebal la, 2helai RM5 [ada lagi satu tuala, kena buat 1 lagi ni]

Idea asal, poket berbentuk Love ni, jupa kat internet.
Kalau omputih wat, lagi cantik ar...
Macam baju skirt (dress) plak bila tengok apron dia...
Bila dah poket apron bentuk Love, poket alas peti ais pun buat bentuk Love jugak, biar seragam.
Baru cantik kan...

So, masa yang ditunggu2 dah pun tiba.
Nak umumkan pemenang pertandingan ni.
Awal tu bagi hadiah saguhati dulu.
Lina [sebagai MC] kata Biar berdebar pemenang dia tunggu... [adoi saja ja dia ya]
Bila dah umum no.3, nama orang lain.
No. 2, nama orang lain.
Bila sampai no.1, xbo blah ayat Lina dan pemenangnya tak lain tak bukannnn [macam dah besa menang plak]
Love Pinkkkkkkkkk.

Hehehe, syoknya.
Excitednya, siap cium tangan Ustazah Hasrina yang sampaikan hadiah.
Lepas tu minta nak bergambar dengan Ustazah dan Cikgu Hani [guru kelas jahitan]
~Kak Hamsatul, Ustazah Wan Hasrina, Nabilah dan Cikgu Hani~
Bergambar dengan hadiah yang dimenangi.
Bila tanya Lina, berapa markah Kak Nabilah.
Akak dapat 9.
Daripada 10 markah penuh???
Haa 9/10. [markah pertandingan dinilai sendiri oleh Cikgu Hani, terima kasih Cikgu!]
Wawawaaaaaaaaa.......

Hadiah nombor 1!
Nasib baik bukan Nabilah yang bungkus hadiah ni [almaklumlah AJK program merngkap peserta kelas jahitan]
Memang xtau la hadiah pe ni....
Balik umah lepas solat Zohor, buka lah hadiah.

Waaa, dapat hadiah ni...
Isk2, memang xterlintas langsung...
Topaz, Lion Star.
Ok, I like...
Nanti kalau nak buat jamuan, dah setel bahagian minuman, ;)

Bertambah lagi koleksi aset persiapan rumah tangga.
Nak longgok kat mana la ni....
Nanti semak plak rumah sewa tuh.......

*mesin dah rosak plak hari ni...adoi nak kena bawak kedai pi baiki ni, projek seterusnya sedang menanti tuh! mesin mesin mesin, jangan meragam mesin oiii =|


3 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers