Search This Blog

Wednesday, 4 January 2012

Hidupku kembali normal, cecece

Masa cuti sek, semua sedia maklum yg enSuamiku pulang ke semananjung...
Tiap2 hujung minggu selalu balik ke Sekinchan, mmg off terus apa2 keja di Bangi.

Kecuali masa ada keja nak mekap org kawen pada 11.12.11 yg lepas.
First time mekap orang, ketaq ketaq jugak.
Lepas mekap org, syok la plak...
Sape lagi nak kawen, meh la ceq ofer nak mekap...hehehe


Kadang2 rasa serabut juga plak tiap2 minggu balik.
Bukannya pa, keja kita ni kan around the clock, YB pun keja 24 jam. PA dia pun harus turun sama, tapi lebih banyak xturun la, kuang kuang...

Yelah, enSuami mesti nak bahas gak, dah 5 hari Abang bagi pinjam isteri kat pejabat YB, xkan dua hari pun xboleh, Abang nak bawak lari jauh2???
Ha, kau...
Nak jawab mende lagi kan..
EnSuami wajib diutamakan.
Bukan selalu, masa cuti sekolah jer...


Hari tu, Nabilah ada cerita kan, yg Nabilah nak wat mcm2 hujung tahun lepas.
Hal mekap, dah setel.

Hal lesen keta pun, Alhamdulillah dah setel, walaupun sampai kali ketiga repeat test. Akhirnya berjaya menamatkan ujian litar, dengan kaki yang terketaq2 sendiri tanpa kawalan medula oblongata di otakku, adehhhhh.
 Terima kasih pada enSuami yang xputus2 memberi sokongan dan keyakinan untuk lulus.
Azman uppa jugak, yg care sgt kt saya pasal lesen keta Nabilah dari tahun 2010, hehehe.


Akhirnya WakSabar ada di depan mata sekarang.
Tapi masih menunggu Lesen P sampai di tangan.
Sek memandu kata, Jumaat ni siap, sementara nak pos ke Bangi, mungkin nexwek baru dapat.
Sticker P dah Nurul tolong belikan.
Tapi xberapa nak berani lagi nak bawak.
Asal stat keta je, kecut perut rasa..
Aisehh, bila nak bo bawak kete dgn tenang nih...
Kena berlatih selalu.

Harap tidak mencederakan WakSabar dan orang lain.
Takut sayeeeeeeee, ya Allah.

Bila enSuami pulang ke Sarawak, kesian diaaa...
Dah xberperasaan nak ke Sarawak. Apa bo buat, tugas di sana. Harap TABAH ye Sayang, =)
Ramai yang tanya, enSuami dok dapat pindah lagi ko?
Sampai hati diorang xluluskan permohonan perpindahan, kata YB.
Nak wat camne, ramai lagi yg PJJ mcm saya, Dr.
Isk isk isk, sambil dia geleng kepala.


Sekarang kursus jahitan saja yang belum selesai.
Harap dapat ikuti kelas dengan jayanya.
Kelas setiap hari Ahad di Kg Sg Ramal Luar.

Nak praktis terus-terusan memandu WakSabar.
Lama betul penangan keketaran bila nak memandu..
Adoi, bila la Nabilah Ahmad dapat memandu dengan tenang?
Xsuka la perasaan takut dan kecut perut yang melampau macam ni..
Nak wat mende lepas tu pun xsenang hati...

Ya Allah, tolonglah hambaMu yang lemah ini.
Beri kekuatan padaku untuk berdikari dan berkeyakinan diri.
Semoga Nabilah Ahmad, cepat membesar dan matang, amin.

Sebut pasal membesar dan matang, ada sesuatu terlintas di hati dan fikiran.
Hehehe, apa itu yang Nabilah pikirkan ni...
Kita tunggu entri seterusnya....

......hidupku kembali normal menjadi bujang, kekeke.....
[mesti enSuami xpuas hati dengan statement ini, kan kan kan?]

2 comments:

  1. Nabilah, selamba je bawak kete dan cuba tiap2 hari...memang ketar walaupun mula2 bawak..lama2 esok mesti boleh.

    Isteri uppa, kena paksa bawak kete utk program2 jemaah, baru boleh bawak kete...

    Hasyim, ko selamba je push bini ko suh bawak kete tiap2 hari...tapi jangan langgar orang cukup huhuhu

    Ganbatte Nabilah

    ReplyDelete
  2. Uppa, Alhamdulillah, sejak semalam dah berani drive sorang2.
    tapi dari jarak dekat je la, antara ke opis.
    Bila dah tampal P, xla rasa takut sgt, dah bo kontrol sudaa.

    Tggu bla dpt lesen nanti, ada beraaani nak bwk jauh2???
    hehehe...

    domo arigatone Azman senpai..=)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers