Berdua berpegangan tangan
Dari awal hingga ke hujung usia
Masa emas ini sukar diperoleh
pada mereka yang tidak menghargai masa kini
bahagia sepanjang hidup
berdua bersama memadu rasa
berkongsi duka
Hebatnya mereka
kerana berjaya
mengecap bahagia di lewat usia
seperti bercinta ketika muda
moga kekal
bertemu semula di Syurga...
islamorangputih
19012012, Econsave Jalan Reko
Terilham semasa merasa kagum melihat Warga Emas suamisteri datang bersama berdua ke Econsave untuk program Jom Shopping DUN Bangi dan ada juga yang tidak terlibat dengan program ini. Ramai jugak pasangan warga emas yang bahagia berdua walaupun dah tua, masih bahagia berpegangan tangan.
Teringat kata2 Kak Sari, "Akak xjeles dengan orang kaya yang banyak duit, tapi akak cemburu kalau tengok suamisteri yang sampai ke tua, berjalan berpegangan tangan, bahagia je nampak..." [Kak Sari yang kini menjadi ibu tunggal, membesarkan 4 orang anaknya] Terasa kebenaran di sebalik kata-katanya.
*Ni yang nak cari enSuami nihhhhhhhh =)
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)