Hi Humaira,
Anda sudah berminggu-minggu atau berbulan-bulan menghantar resume ke banyak syarikat dan menghadiri pelbagai temuduga. Namun tak ada satu pun syarikat yang menerima permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong.
Tidakkah anda merasa seperti sampah yang tak diperlukan ? he he he.
Mungkin Tuhan tentukan anda untuk merebut peluang dengan memulakan perniagaan berbanding dengan kerja makan gaji.
Sedar atau tidak, dunia sekeliling kita telah banyak berubah. Kerja makan gaji bulan lagi satu cara yang stabil untuk mendapat pendapatan. Anda juga terpaksa bersaing dengan jutaan orang lain yang juga mempunyai ijazah seperti anda dengan grade yang lebih tinggi. Ada pula mereka yang kaya dengan pengalaman.
Dan memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.
Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Saya akan terangkan dalam artikel ini apa persediaan yang anda perlukan untuk ini.
1. Menyesuaikan diri dengan realiti baru.
Pertama sekali anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.
Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.
Ingat juga, maklumat adalah faktor besar untuk kita mendapatkan peluang. Jadi sentiasa sesuaikan diri dengan realiti baru samada dari segi pemasaran, kehendak pasaran dan pengetahuan mengenai produk jualan.
2. Jangan cari kerja kosong, mulakan mencari peluang
Lihat apa yang anda mampu lakukan sebagai seorang pekerja dan ubah kemahiran itu menjadi sebuah tawaran perniagaan. Jika anda ingin mencari kerja sebagai pereka design grafik, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan merekabentuk logo kepada syarikat lain ? Jika anda seorang yang mahir menaip, tawarkan perkhidmatan menaip kepada mereka yang memerlukan. Tidakkah ini sama seperti anda bekerja?
Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya.
Jika anda masih tidak menemuinya.. Tidakkah anda boleh mengajar sesuatu yang mudah. Seperti mengajar murid darjah satu matematik ? Jika ya. Anda sudah ada sesuatu yang anda boleh dijadikan servis untuk memulakan perniagaan. (Untuk pengetahuan anda, semua ibubapa boleh mengajar matematik kepada murid darjah 1, tetapi mereka tidak mempunyai masa. Jadi ini akan menjadi peluang kepada anda.)
3. Apa barangan yang anda ada?
Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda mungkin boleh mulakan perniagaan katalog (Anda boleh dapatkan katalog daripada kami bermula Januari 2012 - sila email kursusborongchina@gmail.com).
Dalam perniagaan seperti ini, anda tidak perlukan modal. Anda hanya perlu bawa katalog, tunjuk pada pelanggan. Dan jika pelanggan berminat, mereka bayar dahulu dan anda akan menghantar produk itu kepada mereka dalam satu tempoh yang dipersetujui. Anda akan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga beli dan jual barangan tersebut.
4. Siapa yang anda kenal ?
Anda mungkin fikir anda perlu kenal Perdana Menteri untuk berjaya. Namun anda salah. Semua orang disekeliling anda adalah faktor anda untuk berjaya dalam perniagaan. Perdana Menteri bukanlah orang yang tepat.
Perhubungan antara manusia adalah salah satu aset yang paling penting bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan.
Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.
Dengan berjumpa mereka, anda sebenarnya telah meletakkan perkhidmatan anda dalam minda mereka. Mereka akan terfikir kepada servis yang ditawarkan ini jika mereka memerlukan. Ataupun mereka akan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Kaedah jumpa 100 orang ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk memulakan pemasaran perniagaan.
5. Apa masalah yang dapat anda selesaikan ?
Setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.
Contohnya apabila mereka wabak penyakit SARS, ramai usahawan yang menjual topeng muka mendapat keuntungan yang tinggi.
Jadi anda juga perlu bertanya diri anda, apakah masalah kecil yang dapat anda selesaikan sebagai tukaran kepada wang yang akan diberikan kepada anda. Anda mungkin boleh membantu menghantar anak jiran ke sekolah, memulakan kursus mengosok baju atau mengadakan kelas motivasi untuk kanak-kanak bermasalah.
Semua ini adalah masalah yang membuka peluang. 90% daripada usahawan adalah orang yang bermula daripada bawah dan miskin. Namun hari ini mereka hidup kaya-raya.
6. Terima bahawa anda bertanggungjawab terhadap realiti anda
Kita hidup dengan membuat pelbagai pilihan. Pilihan ini akan bertukar menjadi realiti. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah hasil daripada salah satu pilihan yang telah kita buat. Jika anda memilih untuk tidak membuat sebarang pilihan sekalipun, ini bermaksud anda membuat pilihan untuk tidak membuat pilihan. Ia juga satu pilihan.
Ramai orang mengaku bahawa mereka memilih jalan hidup mereka. Namun mereka ini sering menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka hadapi. Mereka ini biasa menyalahkan kerajaan, ibubapa, cuaca, keadaan trafik dan pelbagai benda lain kecuali diri mereka.
Anda tidak seharusnya mengambil sikap ini. Anda harus menerima tanggungjawab atas semua perkara yang terjadi kepada diri anda. Samada anda terlibat secara langsung atau tidak, samada baik atau buruk. Semuanya berlaku kerana pilihan anda. Dengan menerima tanggungjawab ini, bermulalah kehidupan anda yang berjaya.
7. Mencapai Destinasi Cita-cita Anda
Tanggungjawab yang anda pikul dalam langkah ke-6 tadi akan membawa anda untuk menjadi seorang yang berbeza dengan orang lain dari segi minda, semangat dan cara kerja. Anda tidak lagi perlu risau mengenai masa depan. Anda hanya perlu fokus untuk membangunkan kemahiran anda yang sedia ada dan mempelajari kemahiran baru setiap hari demi perniagaan anda. Lebih banyak kemahiran dan ilmu yang anda pelajari, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan dan jualan yang lebih tinggi.
Kesimpulan
Kini anda bukan lagi seorang penganggur yang sedang mencari kerja. Anda kini mempunyai tujuan jelas untuk berjaya dalam perniagaan. Namun anda juga perlu ingat, tidak ada rahsia atau jalan singkat untuk berjaya dalam apa saja. Anda perlu kerja keras, bertanggungjawab dan sentiasa berfikiran positif.
Anda sudah tahu cara untuk berjaya. Kini anda perlukan satu perancangan untuk memulakan gerak kerja anda. Mulakan sekarang.
Shahabudeen Jalil
http://www.SJ.my
http://www.facebook.com/KursusBorongChina
http://www.KursusBorongChina.com
*Hah, cepat2! Dah berkobar2 nak berniaga ni... Tunggu ada masa ja bulan depan untuk melancarkan serangan jualan, InsyaAllah... Semoga dimudahkan urusan, cita2 besaq nih!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)