Untuk Portfolio Surau-Masjid telah menjemput Ustaz Azhar lebih kurang dua bulan lepas.
Perkabaran awal dijadualkan Januari tahun depan. Masa tu agak mengecewakan lambat lagi nak tunggu.
Tapi tup2, dapat makluman dari EnAzemi yang Ustaz Azhar dapat turun 17 Disember ini.
Hah??? 1 pejabat terkejut. Wah, xsabaqnya Ustaz nak mai Bangi...
Mesti gempaq punya.
Gempaq xgempaq memang dijangka seperti pengalaman pertama di Stadium kat Shah Alam. Ustaz belum menapak lagi di Selangor ni sejak gelombang fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda Malaysia.
Bangi adalah destinasi kedua, kalau xsilap la. Sesuai dengan imej Bangi Bandar Ilmu, kami sangat meraikan majlis agama seperti ini.
Nak gempaq lagi, kena la buat kat Masjid Hasanah, simbolik Masjid Hijau Bangi.
Hari yang dinantikan telah pun tiba.
Ingat masa tu akan ke masjid dengan kawan2 tanpa enSuami.
Dah bajet la, nak wat keja sukarela malam tu seperti geng Nisa' yang lain untuk kutip derma masa ceramah.
Tengok2 pagi Sabtu tu, enShahrum tanya ada x mlm ni?
Rupanya kaunter pejabat pun buka jugak, adoi...
Bila mai tengahari, tengah dok makan, ada gempaq lagi.
enSuami tiba2 ada depan umah sewa...
Dia ni suka tau wat gempaq... Surprise la kunun, kekeke...
Eleh-eleh, sukaaaaaaaa ar....
Suka sebab enSuami datang.
Suka sebab enSuami pun meraikan kedatangan Ustaz Azhar. bukan senang Ustaz nak mai ceramah...
Peluang pertama, ada depan mata, jangan la disia2kan kan kan kan?
Ha ni, tempat meja kaunter pejabat.
Bersebelahan dengan Unit Amal.
Kanopi hijau tu, tempat jual2 sticker JKKK Fan Club.
Jom gi Kuliah........ fenomena Ustaz Azhar =)
Masa kuliah Ustaz xla dapat dengaq sepenuhnya...
Sebab dok kat luar...
Dapat tengok skrin macam tadi je...
Mana2 lawak Ustaz, klu sempat dengar, bo la gelak sama2 dengan diorg.
Kalau x, ko nganga je la, kekeke....
Ketika jemaah solat Isyak...
Penuh semua ruang lapang masjid.
Tak sangka plak, sebelah parking dan kaki lima juga turut menjadi tempat sujud ketika solat.
Masa dok jaga kaunter tu, dok kat sini je, x ke mana2...
Sesekali dok sms enSuami yg ada dalam masjid.
Syok la dia dapat tengok live Ustaz Azhar...
Nak kata ramai tu yang datang malam tu, sampai 2kali solat jemaah.
Jemaah pertama xmuat orang nak masuk saf.
Hebatnya majlis ilmu ni.
Semoga malaikat juga mendoakan kami yang hadir malam tadi.
Amek berkat keberkatan majlis ilmu.
Rezeki makan durian bersama enSuami, durian terakhir pemberian org kg Simpang Balak.
Sedap isinya, ulas besar, isi tebal kuning, manis.
Makan sebiji durian ni, sorang kenyang sampai naik loya dah...
Hantu durian pun boleh pengsan kalau dah banyak sangat pelahap durian, hohohoho......
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)