Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan ‘anak emak’...? Rasa-rasanya, kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘anak emak’ ini, ya. Memanglah semua orang ada emak dan semuanya anak emak, tetapi bila disebut-sebut si polan atau si polanah itu ‘anak emak’, semacam ada sesuatu yang negatif tidak kena dengan si polan atau si polanah tersebut.
“KALAU ummie buat kari, sedap. Tapi kalau you yang buat I tak berapa seleralah,” pedihnya telinga Hazimah sudah tidak terasa dek lali mendengar ungkapan ‘semanis’ itu daripada bibir suaminya. Bagi dirinya ungkapan sebegitu tidak lagi memberikan sebarang erti kerana kalau melenting, suami akan mengadu kepada ibunya dan beliau pula yang mendapat malu nanti. Nasiblah bersuamikan ‘anak emak’.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas. Harapan saya, tidak pernah adalah lebih beruntung. Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya ‘anak emak’! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas. Harapan saya, tidak pernah adalah lebih beruntung. Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya ‘anak emak’! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya ‘anak emak’! JIWA wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang wanita. Alamak... tersilap pilih rupanya...
Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat kepada emak ibu pun ada batasnya. Taat kepada emak bukan bermakna tidak mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!
Siapakah yang dikatakan suami ‘anak emak’ ini?
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semulajadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa. Erk... biasanya, bila kita sebut ‘anak emak’, istilah ini agak condong kepada kaum lelaki. Mengapa? Seperti kata prof Dr. Azhar, ‘anak lelaki lebih cenderung bersama emak/ibu', oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka... dan lahirlah istilah ‘anak emak’.
Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekaligus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.
Saya sendiri pernah mengenali beberapa orang lelaki yang dikatakan ‘anak emak’. Apa yang hendak dilakukan, semuanya diminta pandangan emak/ibu. Sifat begini sangat terpuji, tetapi ada kalanya agak merimaskan. Iyalah... kalau sampai hendak beli ‘spentot’ pun kena tanya emak, syusahlah. Bukan sahaja diri sendiri yang syusah, emak pun syusah nak menjawab... hik.. hik...
Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.
Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya. Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumahtangga.
Tips # 1 - Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.
Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Tips # 2 - Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
Tips # 3 - Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.
Tips # 4 - Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.
Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya. Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.
Jika ada sesiapa yang mempunyai tips hebat, jangan lupa kongsikan tips anda di Laman-Seri.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)