Friday, 4 June 2010

Kuih jawa lagi


Assalamualaikum....

nek uwong jowwo kan
  eneng kuih jenegey kuih KEMPLANG
pernah mangan rak?

aku sukak kuih kuwi....
nang pasar s eneng dodol..
kuih tepung pulut di saluti gulo...enaaak tenan
pernah dengar tak nama kuih gertas. tp. orang jawa panggil kuih kemplang. memang lucu kan nama yang orang jawa bagi? tapi, itulah hakikatnya. saya suka makan kuih ni. kuih turun temurun dari  embah-embah jawa dulu, . nak tahu rupanya macam mana? jeng,jeng,jeng......
:
:
:
:
:
:
:
:


haaaa....inilah kuih gertas tu atau pun kuih kemplang.
rasanya sangat sedap, bagi sayalah. tak tahu lah orang lain rasa macam mana.

nak tahu resepi kuih ni? boleh juga saya sharekan resepinya di sini. kot la ada yang nak cuba try test bila2 free,kan...

ok, bahan-bahan untuk kuih ni ialah:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu tepung gandum
  • sedikit nasi-tujuannya bagi kuih ni lembut je masa gigit...hehe
  • sedikit garam
  • air
cara membuatnya begini yer...:
  • satukan tepung pulut, tepung gandum, nasi dan garam dalam satu bekas.
  • gaulkan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  • bancuh sampai bancuhan menjadi doh.
  • kemudian, bentuk-bentuk ikut suka. nak bulat ke, bujur ke, nak buat empat segi pun boleh.
  • perap seketika dalam sejam atau dua jam. tujuan di perap ni adalah....ketika kita gorengkan nanti, kuih ni tak meletup. kalau korang tak perap, terus je goreng, alamat jawabnya korang akan berperang la dengan minyak panas. tepung pulut ni akan menyebabkan kuih ni meletup-letup ketika dalam minyak panas. tu sebab kena perap dulu. ini petua orang lama.....
  • lepas dah perap tu, boleh la goreng.
  • dan setelah selesai goreng, bolehlah disira kuih tu sebagaimana korang menyira kuih keria.
p/s: nak tanya  ni....enti pandai tak menyira kuih.???? nak tahu tak cara menyira kuih? senang jer....
caranya begini..... masukkan sedikit air dalam kuali. jangan banyak sangat tau. agak2la.... bila air tu dah mendidih, masukkan gula dalam 2 atau 3 sudu. masakkan air dengan gula tu sampai agak likat. bila air gula tu dah likat, masukkan kuih gertas tadi dan gaul dengan cepat. tutup api....dan teruskan menggaul kuih tadi sampai gula tadi kering dan melekat dikuih tersebut. siap....senang,kan?

sapa nak mencuba, silakan....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)