Search This Blog

Tuesday, 27 April 2010

Buku Best!




Sinopsis : “Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine


Sinopsis : Buat pasangan suami isteri yang sentiasa diuji dengan onak dan duri, selami isi hati pasangan masing-masing yang setiap detik saling bergantungan dan memerlukan.
Walaupun adakalanya terbit rasa cemburu dengan perubahan tingkah laku dan tutur kata, bendung perasaan itu selagi termampu. Justeru, nilai kasih dan tanda hormat para suami dan isteri sentiasa bersemi dalam sanubari.
Kisah-kisah benar di dalam buku Keranamu Aku Cemburu mampu memberikan motivasi dan suntikan ispirasi baru dalam jiwa para suami dan isteri, supaya setiap pasangan dapat mengawal perasaan cemburu daripada terus beraja di kalbu.
Buat para suami dan isteri, usah biarkan perasaan cemburu menguasai dirimu sehingga terlupa kepada Tuhan yang satu. Sebaliknya, dirimu yang mengwal rasa cemburu daripada memisahkan ikatan suci itu.


Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami... kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri... kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci. Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.



Sinopsis : Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.



Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers