Search This Blog

Friday, 23 April 2010

Misi Kempen Hulu Selangor : Part 1



Misi pertama ke Hulu Selangor adalah untuk mewakili PAS Kawasan Serdang untuk membantu kawasan Hulu Selangor yang akan menghadapi PRK pada 25 April 2010. Misi kali ini diwakili oleh Dewan Muslimat yang menggantikan muslimin yang tidak dapat untuk turun padang membantu. Rombongan ini diketuai oleh Kak Ti (Mak Nada), Kak Haslina (Penerangan Muslimat), Ustazah Nasriyah (Caw BandarTunHusseinOnn) ?pe benda ni, Kak A'an, Nada, Nabilah.

Hari pertama pergi mencula, xdapat amek gambar yang kat kawasan Rasa. Kebanyakannya seperti rakyat yang tidak mengetahui atau tidak kisah dengan persekitaran negara atau kerajaan negeri. Mereka lebih menjaga diri sendiri, tengok kepada cara kehidupan, macam daif sangat. Ada 1 rumah tu, hanya ada adik beradik lelaki, 3 orang klu xsilap. Semuanya xkawen lagi. Sedangkan umur abang yang sulung tu, hampir sebaya dengan Kak Ti. Agaknya ketidakmampuan kos hidup, menyukar dan menjauhkan mereka dari keperluan seperti orang lain. Cara komunikasi pun agak lembab, mungkin ada sedikit ketidaksempurnaan percantuman kromosom semasa dalam tumbesaran kandungan. Hehe, ayat mudah ada sedikit simptom berotak lembab, macam nak sindrom, tapi xsindrom down pun. Wallahua'lam.

Lepas berkempen tu, kira dah nak masuk waktu Asar. keluar dari sana, punya la jauh, nak balik ke rumah gerakan. Tau sebab pa, Ustazah Wan Hasrina kepingin mau mandi air terjun pa ntah yang ada kat situ. Pusing punya pusing, kami jumpa jalan mati. Driver keta Ustazah Wan Hasrina (panggil Chik Na) tu, Kak Masyitah la (yang dapat payung emas tu, insyaAllah). Bila jumpa jalan mati, Kak Ti suh Nada tepon Chik Na, Nak gi mana benarnya ni? Pas2 Chik Na jawab, Owh tu baru check point pertama, ada lagi check point lepas ni sabar. Check point sebelum terjun tirus! Ye ye je Chik Na ni, pandai dia cover. Lawak betul Ustazah ni.

Pas2 Ustazah Nasriyah dok riso dia xsolat Asar lagi. Kami semua buat jamak, tapi dia xleh. Tu yang xpasti tu, BTHO xleh buat jamak. Pas2 Ustazah kata dia teringin nak pi Darul Quran sebab xpenah sampai lagi seumur hidup ni. Pas2 kitorg pun cari la Darul Quran. Hajat di hati nak la solat kat Masjid Darul Quran. Nak amek berkat, tempat berilmu. Tapi pakcik guard DQ tu xbg kitorg masuk, katanya xda kepentingan, xda pas masuk la kiranya. Kak Ti habaq la nak tumpang solat kat masjid. Dia kata xbo orang yang tiada kaitan DQ xleh masuk. Geram la Nabilah peraturan macam ni. Masjid pun xleh nak guna. Nak solat tu, bukan nak buat program PAS ka. Apa guna ada masjid, klu xleh solat? Berdosa la depa ni. Sempat amek gambar ja Masjid DQ. Keciwanya hatiku...


Pas2 merantau lagi la kitorg mencari masjid. Ustazah Nasriyah dah mengadu kat suami dia dah. Huhu, jelesnya tengok Ustazah tu. Nada cerita kat belakang, kerap gila Ustazah tepon suami dia. Nada jadi tukang kira plak. Xmasuk yang bergayut tengah2 malam lagi. Owh yeh? Bestnya. Dalam keta tu, Kak Ti dok mengusik, Ha xpa, kami nak cari la ni masjid ni. Habaq kat abang tu, kami jaga la. Xbuat ah bg ceq dia berdosa xsolat. Hehe, saja mengusik Ustazah Nasriyah. Pas2 jumpa la masjid. Ustazah pi solat, kami dok bergambar. masjid tu atas bukit, so kitorg dok tengok2 pemandangan kampung kat bawah.

     tu sape yg kiri sekali kan kat bawah tu ada, kak Haslina
Kak Ti dok suh Nabilah amek byk2 kali pemandangan ni. Katanya cantik, sbb nampak jalan beralun, simpang siur.

ni pun sama boleh bg size besaq x kenak ya nak besaq plak?
Pas2 Kak Ti ajak pi bergamabar kat depan pagar masjid plak. Dia suh bergambar, tp ajak masuk sekali, xmau. Huhu..

~Kak A'an, Kak Haslina and Nabilah~

~Haha, saja nakal pi bergambar pegang muka Dr Halimah, hehe~


Lepas selesai solat, kami meneruskan lagi kembara mujahidah, huahua. Jalan-jalan cari makan plak. Ustazah kata, xjd cerita jugak lagi xkena nasi. Perut kita ni, dah besa, mau nasi jgk..


Jumpa la kedai ni, Raccha Tomyam Batang Kali. Sembang2, tuan kedai ore klate. Penyokong PR la. Memang orang kito la. Sedap sket nak makan. Merata cheruk jumpa ore klate yo! Nabilah order Nasi Goreng Kerabu.

~Dah separuh jalan makan, baru teringat nak amek gambar, hehe!~

~Ini sup daging, Kak Haslina order, Kak Aan pun order sup~


~Dia bagi ulam dan sambal sebab Ustazah minta. Xcukup pedas lg~

~Minuman, kami order ayaq tebu. Ada gerai pakcik ni kat depan restoran tu. So bo ja order kat situ~

Ustazah cerita, sebelum nak beli air tebu, klu org jual tu display tebu dia mcm dalam gambar ni, kita kena tgok cara penyimpanannya. Sama ada biar tercacak camni, atau biaq tidoq terbaring. Klu tercacak mcm ni, kena tgok plak tanah tempat letak tu, basah ka x. Sebab ada kes minum air tebu, tebu yang terserap dengan air kencing tikus. Rasanya yang dapat berita din beramboi tu sbb terminum kencing tikus la. Tu yang Nurul kata bahaya pi zoo. Ada binatang tertentu yang bahan buangannya mendatangkan mudarat kepada kita.


~Ni la port BN-UMNO. Besar kat atas bukit.....~

~Tu ada 2 belon panas yg cop BN dengan 1Malaysia~

~Nak tembak, hapus dan kuburkan BN~

~Ni la masjid yang bertentangan dengan kedudukan port BN-UMNO. Wah semakin baik BN skg. Banyak lagi kawasan lain yang kebanyakan tempat BN dekat dengan surau atau masjid. Emm ~



kenapa bagi lebam muka budak ni,isk isk

~Lebam eh, mata dia? Rasanya sebab dia banyak menangis kot.~

~Ni mak dia. Memang mata tu, kuyu2 mcm mak dia. Tapi dpercayai jugak, dia banyak menangis. Kalau xnampak muka mak dia, mesti nak menangis punya. 2yg ajak dia bergambar. Tapi 2la, xsenyum pun dia. Mak dia sibuk nak bg taklimat~

~Semua orang sedang fokus~
~Bersedia untuk menerima arahan~

~Ni deretan rumah yang perlu kami cula~

~Dah sampai medan perang, masih nak bermeting lagi muslimat ni. Lemaih la Nabilah. Letih sudaa. Dok tercanggung kat longkang, sambil ambil gambar.~

Ok teruskan misi anda sekalian muslimat. Muslimat sayap kiri perjuangan. Takbir!~


~Berteduh sebentar di bawah pokok, menghilangkan letih~


~Kakak yang tengah2, kejanya guru. Ada penyakit kanser. Kanser pa, xpasti. Segan plak nak tanya.~

~Projek BN yang terbiar dan terbengkalai di Hulu Selangor~

~Rumah2 camni, setelah diubahsuai dan dikemaskan. Masa beli harga asal adalah RM40K. Senang dia, buat umah, xperlu pagar pun, kenak ya?~




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers