Sunday, 4 October 2009

Hari Raya Kedua Di Alor Setar (Kuala Kedah & Gerigis)



Seharian hari raya pertama di rumah, dengan melayan tetamu menjamah “Laksa Glamor Che Intan” tiba masanya hari ini nak berjalan-jalan la pulak.. Tupun sebabnya MakLang (MakNaim) kata kat BChiq, "Esok hg bwak KChiq ngan mak hang ni p Kuala Kedah..dok umah ja x p mana langsung..kesian kat depa.. depa pun nk bjalan la jugak mcm hgpa" Dlam hati tu, "Yes, bo kuaq esok..jupa Naim lg.." BChiq hanya mengangguk2kan kepala. Waktu makan tengahari, 'open house'nya.

Makan di rumah MakLang memang conpem best. MakLang memang dah glamor dengan masakan yang sedap2. Haritu penah buka kedai makan rasanya. Tapi xlama, org dengki Naim kata. La ni buka 'kedai' kat umah la..untuk anak2 dan suami..Heheh..Apa ye menu MakLang haritu..emm nasi putih, telur rebus sambal, kerabu pelam, ikan masin goreng, gulai ape ye, Nabla xmakan pun. sambal belacan, ulam2 ja yg Nabla ingat..Nabla ckup makan dengan satu lauk, satu sayur. Xsuka makan banyak2 lauk, xsihat..Ikut sunnah kan..

Lepas selesai makan tu, Nabla ikut Naim blk umah dia, melepak nk tgok internet jap..Tapi baru nk on Yahoo, BChiq dah panggil nak balik. Ayya kacau daun btoi.."Sat la, baru nk buka emel ni" "Xdan dah nk p Gerigis plak..mak dh hingaq dh tu" "Ha sat la. nk tgok sat, nk tgok sat la" "Sat apa nya, kluaq la" kata BChiq sambil dok tumbuk2 Nabla. "Yaa, sakit la, sat la..p la kluaq dlu, driver pun dok tang ni, nk p pa nya.." "Ha kluaq la" "We, Naim hg tlg sign out sat gi. Jom blah dlu.."

Klu sebut Gerigis ni mesti mak nak p umah adikberadik ni..apa yah nama dia..cam muka ja..jarang2 nak ingat sbb time raya dengan ada kenduri ja nk bo jupa pun..em dalam dok cari2 rumah, yg ingat2 lupa tu, mak ada sebut nama dia..LongKiah. Suaminya, nama pa Nabla xtau. Dah sampai umah bersalaman, perasan LongKiah dah kurus dah skg. Tapi xpa la, sekali sekala jupa..Alhamdulillah sihat ok la kan..Macam besa bila dah lama tak jupa org, mesti ada yang tanya, "Ni sapa dia? KChiq ka?" "Ha la, sapa lg..tinggal yang ni sorang ja lg" "Ish, ish..KChiq noh..koi segak dh la ni no..sebijik mcm Intan muda2 dlu.." "Aih, la ni pun awat xmuda aih, muda lagi pa mak dia ni.."kata mak menyampuk berseloroh. Ceh mak syok la tu org kata KChiq mcm muka mak masa muda2 dlu.. Ayya asyik dok dgq yang tu ja org kata..ni yg segan ni nk p mana2..mest org tkejut punya dengan wajah baru KChiq yang comel skg ni..peh! Alhamdulillah..

Kat umah LongKiah, kitorg dijamu Laksa, Kek dan kuih2 raya yang lain..tp special kt umah LongKiah, mesti Kacang Potong, LongKiah buat sendiri. Tau apa itu Kacang Potong? Mai la Kedah dulu, p cari kat Pekan Rabu, mesti ada. Tapi xtau la nanti jupa ke x..Limited edition la..org muda2 xreti buat..



"Ha ni la juadah raya LongKiah..tp Kacang potong,xnmpak kot.."


Pas2 dah lama mak dok sembang dgn LongKiah, Nabla dh buat muka kt mak. Jom la balik, maksudnya. Xtahan la dok umah org lama2. Pas2 dh kuar umah dan la lagi amek gambaq sawah bendang kt depan umah LongKiah.

"Ala bendang kontang la..xdak pokok..org dh mengerat b4 raya tu..tu yang org Kedah beraya sakan tahun ni..duit banyak..mengerat padi, Ayah kata"


Pastu dan lagi amek gambaq kAzida kat dalam keta. Asalnya Nabla dh masuk keta td, tp kuar blk sbb teringin nk amek gambaq..Lamanya mak sembang..td di sofa, sofa ke meja makan, meja makan ke dapur, dapur ke sofa, sofa ke pintu...xpa la amek gambaq dlu..

"Ha amek la gambaq muka org mengantuk kekenyangan =).."


Pastu teringat nak amek gambaq LongKiah..Lepas ni mesti ingat dh yg mana 1 LongKiah.."Mak, tangkap gambaq mak!" "Ha mai kagh!" Masa siap2 kamera nk amek gambaq, tetiba ja LongKiah kata kat mak, "Eh, Intan..aku xtau yang KChiq ni dah besaq..klu tau ka, aku amek jadi menantu aku pun xpa, noh!" Hah, tersirap darah..ayya ya..xbrani nk panggung kepala, buat2 xdengaq sudah la.."Ok CikTam mai tangkap sat!"

~Nabilah - Anak LongKiah,xingat nama dia - Mak - LongKiah~
"Ha tu suami LongKiah yg kat pintu tu.Xmau masuk korum,segan katanya"


Bila masuk keta ja, mak dok gelak2 dah. Tau dah pasaipa mak gelak. "LongKiah hg xbrenti renti dok kata nk amek KChiq jadi menantu dia.." "Maksudnya?" "Ha la, dari dulu2 lagi dok kata camtu" "Sungguh hah?",BChiq tanya. "Ish KChiq, LongKiah bkenan hg kat mana la.." "Aish, tu la KChiq comel..tambah la ni lg comel", Nabla sengaja membalas.."Tapi dok kata nk amek jd menantu, ada lg ka anak dia yang xkawen?",Nabla sengaja tanya, nak amek tau..sebb xknal anak2 dia sapa. "Ada la yg xkawen lg tu..yg keja MBA(? xsure, xbrapa dgq mak sebut) kat hospital tu" "Umoq brapa dah?" "Ntau, 30 lebih dh kot ada.." Klu nama pun adikberadik..segan la..Memang conpem xlupa la sapa LongKiah, ayya! (~_^)


1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)