Thursday, 20 August 2015

TIPS : Buat stok bahan2 masakan secara sejuk beku

Hai, Assalamualaikum semua..
semoga sihat2 sokmo ye...

Sekarang ni musim demam2, cuaca hujan panas, hujan panas...
sempat jugak la, demam seminggu...
panas membakar jiran sebelah bantal, kekeke....

Cerita hari ni, cuci2 draf dalam blog..
sebab dah lama tak update, godek2 juga la apa yang ada...
ni pagi2 menaip, xtau la nak habis pukul berapa kali ni...
lama betul nak habiskan satu entri, huhuhuhu....


Ni cara saya buat stok bahan2 masak...
sebab kami tinggal bertiga dengan anak kecil seorang, jadi saiz masakan tak ada la besar mana kan...
jadi boleh simpan dalam bekas kecil2 (dadih) tu untuk sekali masak...


Ini dia bekas kecil2 dadih ni...
pernah beli satu pek 100pcs, ada lagi baki, separuh lagi, buat simpan bahan2 keperluan jahitan.
benda ni pun tak tahan lama, recycle dalam 5x kot...
tapi saya guna sampai pecah, baru buang la, hehehe...


Dulu2, saya suka beli santan kotak kecil, untuk sekali masak..
sejak tinggal kat sini, saya tengok kat bahagian santan, dia pek kecil2, dengan harga RM1, RM2, RM5.
RM1 dengan berat 200G hampir sama dengan saiz kotak kecil 230-250ML [ye kot]
lama2 fikir, saiz RM1 dah cukup untuk saiz masakan saya kat rumah.
beli macam ni lagi jimat untuk saya...
so kalau pergi pasar, sekali beli dalam 5 bungkus.
satu bungkus lagi saya akan bahagi kepada 3 bekas kecil untuk masak nasi lemak, pulut yang tak perlukan santan banyak, just nak bagi rasa je ada santan....
beli, balik simpan dalam freezer.


Yang ni simpanan cili kisar...
ramai suri yang buat stok, kisar siap2 kan..
dulu2 saya simpan peti ais bawah je...
kadang2 kalau rajin, saya masak sampai kering, sebab nak tahan lama...
tapi tu la, bila buat stok banyak, masak tak menentu, kadang2 lama sangat, sampai ternaik kulat2 putih di permukaan cili...
bila jadi gitu, rasa membazir pula kalau buang...
lepas tu, teringat saya ada bekas kecil2 dadih ni yang mungkin sesuai untuk saya gunakan...
bermula dari cili kisar ni la, yang memberi ilham [cewah] pada saya untuk buat stok kecil2 untuk sekali masak...
terus idea berkembang ke bahan2 yang lain, hehehe....


Ini isi ayam...
kalau kat bahagian dada yang ada tulang rawan tu kan isi banyak..
enSuami selalu komen kalau saya guna bahagian tu untuk buat lauk..
sebab isi banyak kan, tak habis makan..
katanya bahagian isi tu simpan buat goreng2 bihun, mee ke...
sebelum ni kalau buat bihun, mi, saya xletak la ayam, sebab lambat nak nyahbeku..
selalu guna sotong,udang, fishcake, atau apa2 yang __ball...
bila enSuami cakap macam ni, OK saya pun terfikir buat macam ni...
jadi setiap kali beli ayam, bahagian dada rawan tu, saya potong dadu sesiap..
selalu 2 bahagian tu dapat 3 bekas, kadang2 2 je, tengok saiz ayam juga la...


Yang ni pula stok udang...
enSuami saya ni selalu nak udang dikupas sesiap kulitnya...
kalau udang yang besar2 la..., kulit keras kan...
kalau kupas kan senang nak makan...
amboi yang nak makan, senang... yang nak buat kerja ni, penat tau [iskkkk]
pastu kesian kat kulit udang tu...kena buang...
pastu teringat masa buat aglio olio tu, guna rebusan udang.. char ko teow pun...
saya pun rebus la kulit udang tu, heh heh...
so, bila nak buat charkotew, boleh guna, aglio olio pun, yeh!

Bila enSuami tengok, eee kulit udang pun nak...
ehhh, dia xtau kulit udang tu berkhasiat eh..
kulit udang ada sumber chitosan/kitosan yang baik untuk sendi tau...
haa, makan udang sekali seminggu je, tak leh banyak2 ye, boleh naik kolesterol..
sebab tu kena makan dengan kulit supaya kulit dapat menyerap keluar kolesterol terkumpul...hii


Yang ni pula kepala sotong, hehehe...
untuk sotong, bahagian badan je, saya masak buat lauk..
yang kepala, saya asingkan macam ni..
selalu saya guna letak dalam sayur2 berkuah atau kalau buat tomyam..
dalam tomyam letak kepala je, sebab ada lauk lain lagi kan...
kalau ada sotong, rasa sedap2 sikit kat tomyam tu, ahakss....

Haa, sebut pasal tomyam kan...
hari tu, tak ada stok pes tomyam di dapur...
so teringat nak buat sendiri stok pes tomyam...


Punya la haru-biru, tunggang terbalik semua dapur saya hari tu...
dengan nak buat pes tomyam, dengan nak buat stok inti karipap, tu yang ada kentang terendam air tu..
lama sangat dah kentang tu terbiar, asyik terlupa je nak guna masa masak..
jadi rendam dulu, untuk segarkan semula kentang tu...


Yaa, dah siap daa..
sekali buat hari tu, dapat 8pcs...
tapi, huhuhuh...
saya buat tak jadi sangat la rasanya, huhu..
saya baca komen orang lain, diorang buat sedap je...
tak tau la apa yang tak kena, mungkin tak masak lama, sampai betul2 jadi pes kot...
saya masak sekejap je, macam buat stok cili kisar je, tu yang salah kot, hehehe...


Penuh table top hari tu...hahahah..
sekali-sekala, haru-biru macam ni, OK la..
kalau tiap2 hari macam ni, mau pengsan, hahaha...
nak mengemas balik tu yang penat/malas tu...


Yang ni susu cair, hari tu, buat apa tak ingat, susu tak habis...
susu cair ni, saya tak pasti cara simpan yang betul...
orang kata simpan dalam tin tak elok, asbab tin tu boleh ada kesan dalam peti sejuk..
kalau simpan kat peti ais biasa, lama2 dia basi...
so, saya pilih untuk beku kan susu ni...
sayang la kalau basi dan kena buang..
kalau simpan frozen, selamat, boleh guna lain kali, walau dalam tempoh yang lama, sebab tak rosak...

Dan yang akhir sekali, kadang2 je ada....
stok ayam atau stok daging...
ini kebetulan je terfikir, sebab menyemak sangat dalam peti beku tu, saya pun keluarkan untuk direbus...
ianya adalah
kaki ayam, yeh!
sapa suka makan?
saya tak makan, geli...
dan memang tak reti nak makan, sebab tak pernah makan...
selalu kalau beli ayam, saya buang je kaki ayam, kadang2 kat kedai lagi saya cakap tak mau kaki n yang dalam2 tu.. hati, pedal semua tak makan...
lama2 enSuami tanya mana kaki ayam n hati, tak pernah nampak nak makan pun...
adoi, orang buang la...
sekali kena marah, doh sebab buang menda alah tu..


Ok lepas tu simpan la juga, simpan dalam satu bekas khas, tapi saya tak pernah masak pun guna benda2 ni...
dalam bekas petak kanan bawah tu, di sebalik watermark tu...
sampai la banyak sangat tak muat nak simpan dalam bekas tu dah..
dan kebetulan, tak ada ruang nak simpan stok lain, saya pun keluarkan untuk rebus..
rasanya rebus kosong je, tak ada letak rempah apa...
hari tu baca dalam blog Nana (Rahsia Hatiku) dia pun baca kata kat kaki ayam ada kolagen..
hah? betul ke...
eh eh eh, tu yang amek manfaat kaki ayam tu...
meh kita rebus sama dia...
just amek stok rebusan je, hehehe....


Selamat direbus, simpan dalam bekas kiub ais tu..
baru la kiub pati ayam, hehehe...


Contohnya macam ni...
bekukan guna bekas kiub ais tu..
sebab jarang buat ais batu, so bekas ni selalu kosong je dalam peti tu...
yang ni stok daging...
hari tu buat sup tulang....
air kuahnya lebih banyak lagi....


Hampir nak buang dah masa tu...
teringat la nak buat stok...
daripada membazir buang camtu je, baik kita simpan kan...
at least boleh juga guna buat penambah perasa dalam masakan..
tapis sup tu, amek airnya je...
sup tulang kan banyak lemaknya, yang bulat2 kuning2 tu, lemak nye la tu..
selalu kiub2 macam ni saya letak dalam masakan nasi..
kalau masak nasi special bertumis, macam nasi ayam, nasi arab ke, nasi minyak, nasi planta ke...
gitu2 la yang seangkatannya..
saya guna kiub2 buatan sendiri ni..
dalam sayur2 pun saya letak juga, sebab tak pandai masak sayur..
kot la boleh jadi sedap sayur yang dimasak tu, amin....

Amacam, OK tak idea ni, hehe..
idea jimat, cepat dan efisyen cara Nabilah Ahmad, hehehe...
semoga bermanfaat untuk anda juga..
babai, jumpa lagi, tata...

*nasib baik 10.29 dah habis menaip, ingat petang nanti baru nak siap, hehehe, lambat cam ciput..kekeke

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

10 comments:

  1. Wah. Tersusun dan teratur dalam peti sejuk kalau macam ni.. nak masak pun dah senang prosesnya..

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya tips ni. thanx share.

    ReplyDelete
  3. sumber inspirasi ni..senang keje buat mcm tu kan..sy pun jenis masak sikit2.. blh la beli bekas yg kecik2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  4. owh! nice sharing.. nanti saya pun nak buat macam ni lahh. stok udang, stok ayam, stok sayur semua nak simpan, nanti nak guna panaskan aja.. bekas dadih tu memang dah tersedia ada di rumah

    ReplyDelete
  5. stok ayam n daging mmg bagus utk immune dan untuk menyedapkan masakan..skrg mmg tqah wat stock ayam utk anak.. xde ltk grm ke apa.. ltk tu je.. nak sdp n nak khasiat keluar akak bleh perah lemon atau ltk tomato or letak apple cider veniger..lagi bagus khasiatnya... skrg mmg masak xde msg..grm pon jrg guna

    ReplyDelete
  6. tak pernah terfikir nak buat stok ayam atau daging.. biasanya kuah lebihan tu saya buang aje... lepas ni bolehlah gunakan idea ni... saya suka.... saya suka... hihihi

    ReplyDelete
  7. tips yang berguna, tapi kena ada peti ais besar. baru sesuai.. buat yang mana muat dulu. hihi ! thank youuu ! :)

    shela-abdrohman.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Rajinnya awak! terinspirasi sangat. kemas & menyenangkan kerja

    ReplyDelete
  9. rajinnya awak!saya selalu cili je blende bebyk,mcm utk 3 kali masakan,yg lain2 xde,wat bila nak masak je.hihi
    .eh kaki ayam rebus lama2 nt jadi lembut sedap mkn,try la.hihi

    ReplyDelete
  10. bnyknya stok dia. saya malas nak buat stok bnyk2 skang ni. nak masak baru tumis segala bagai. stok utk anak kecik je sebab makanan dia lain dr semua org. hari2 kena masak. utk penghuni yg lain kadang2 beli je skang ni.. heheh

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)