Friday, 10 July 2015

Semua tentang Malam Lailatul Qadar (T_T)

* Salinan hebahan dari WhatsApp.
Simpan sini untuk rujukan saya dan semua pembaca...
Jom berpesta ibadah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan...

INFO 1

Assalamualaikum.
Malam ini ( pagi esok ) dari pukul 3.30 - 4.30 am, adalah kombinasi 3 waktu terbaik.
- malam ramadan.
- malam jumaat.
- 1/3 malam akhir.

Insyaallah doa dimakbulkan dan diberkati allah.
* sila sedekahkan yassin/al - fatihah pada ahli keluarga anda yang telah kembali ke rahmatullah dan selawat atas nabi S.A.W.
Sebelum disertai dengan doa anda.
Mintalah padanya dengan penuh yakin.
* * lebih afdal jika dapat baca " surah lklas " 3x dan " ya mujib " ( bermaksud maha pemakbul ) 100 x
* * sila sebarkan agar dapat dimanfaatkan oleh semua
TERIMA KASIH.

INFO 2

Syaikh Maher ( imam Harem Makkah ) memberikan beberapa nasihat yang sangat praktikal di sini:

Dia cakap:

Idea untuk sepuluh hari terakhir :

1. Berikan 1 dinar bersedekah setiap hari, jadi jika ia jatuh pada lailatul Qadr itu seolah-olah memberi kamu amal setiap hari untuk 84 tahun.

2. Solat sunat dua ra'kaat setiap hari , jadi jika ia jatuh pada lailatul Qadr itu seolah-olah kamu solat setiap hari untuk 84 tahun.

3. Baca Surah ikhlaas tiga kali sehari, jadi jika ia jatuh pada lailatul Qadr itu seolah-olah kamu membaca seluruh al-Quran setiap hari untuk 84 tahun.

Beliau kemudian berkata sebarkan ini kerana anda mungkin merasa dalam akaun anda [ kebaikan ]

INFO 3

WANITA HAID MASIH BOLEH MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.

La Tahzan buat wanita yang ABC semasa 10 malam terakhir. 

Anda masih boleh mengimarahkan 10 malam terakhir dengan

✔ Berdoa
✔ Berzikir 
✔ Berselawat
✔ Beristighfar 
✔ Membaca ayat-ayat hafazan tanpa memegang Al-Quran 
✔ Mendengar bacaan Al-Quran.

Selamat menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Semoga kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Nota hati:
Ya Allah Ya Baari', aturkanlah untuk kami agar bertemu malam Lailatul Qadar. 

Ya Hayy, hidupkanlah hati kami agar kami dapat menghayati dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan.

Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, berilah kekuatan kepada kami untuk bangun beribadah kepadaMu.

INFO 4

Malam Al Qadar
πŸ’πŸƒπŸ’πŸƒπŸ’πŸƒπŸ’πŸƒ

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. 

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. 

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. 

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. 

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. 

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. 

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”. 

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. 

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu. 

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. 

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. 

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. 

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. 

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. 

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. 

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. 

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. 

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. 

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. 

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? 

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

 Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu yg Salim wahai Ar Rahman, wahai Ar Rahim. Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ’Ω…ΩŠΩ† 
🌾🌹🌾🌹🌾🌹🌾🌹🌾

Info 4 tu memang terkena pada diri..
dah biasa macam tu, hehehe...

Ayah saya selalu memandang dan mentafsir alam untuk mengetahui kesahihan malam Lailatul Qadar...
pagi tadi pun dok usha2 tengok pokok, kot ternampak pokok terbongkok rukuk/sujud menghadap kiblat, hey...

Bila terbaca tazkirah tu, baru la sedar.. takyah nak tafsir la makhluk alam lain, mereka dah memang sentiasa berzikir dan sujud kepada Allah..
tak ada perkara yang sia2 yang mereka lakukan melainkan kita, MANUSIA..
macam2 hal, macam2 kerja dunia, macam2 maksiat kita lakukan dengan sengaja atau pun tanpa sedar..

Kita yang patut lebih berzikir, beristighfar, bertaubat kepada Allah..
insaf dah kat diri.. [moga istiqamah]
yang tu juga yang saya tak henti2 sebut, nak perbaiki Akhlak. punya sebaik2 akhlak seperti Rasulullah SAW..
yang tu yang payah sangat bagi saya..
berharap, kali ni la, dan seterusnya, saya punya/peroleh Lailatul Qadar dalam diri...

Allahu...
Ya Mujib, ya Mujib, ya Mujib....
Ya Rabbal 'Alamin..
Amin..

Ada 6 hari berbaki sebelum Ramadan berlalu..
semoga diberikan kesempatan, inShaAllah...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)