Friday, 24 July 2015

Versi raya tahun ni...

Assalamualaikum..
tahun ni macam ramai sangat berbiruan....
tengok orang ni biru, tengok orang tu biru, eh eh eh...

Tahun lepas dah biru, dengan dull satin..
tahun ni macam cerita entri lepas, bertema batik gitu..
versi tangkap muat je..
kain lebih2 je, buat baju baru, hehehe..

enSuami pula, tak berbaju baru..
ulang pakai yang lama je..
dah xda mood katanya, terserah lah..
just beli jeans baru je, 2 helai..
OK, ikut aje lah...

Pagi raya, siap2kan kerja makanan lah kan...
saya tolong masukkan biskut raya dalam bekas dan susun di meja ruang tamu..
lepas dah semua settle kat dapur, saya pun masuk bersiap.
oh ya, iron baju kurung untuk Hafni dulu..
malam sebelum tu tak buat, tidur awal, huhu....


Seperti biasa pagi2, yang lelaki je pergi ke masjid untuk solat sunat raya..
lepas diorang balik solat, kami semua bersiap2 untuk keluar berziarah..
sebelum keluar tu, kena bergambar dulu kat sini...


Mula2, bergambar formal la kan...
pastu nak freestyle pula..
tapi kekok ler, dah lama tak bergambar...
time raya je baru nak bergambar, lolz...
adik2 ipar, OK je bab bergambar...


Tengok Hafni tu, macam blur je..
first time kot...
hairan agaknya, orang kumpul2 ramai, pakai baju cantik2, lengkap semua, ambil gambar dengan dinosour..hahaha..


Sampai ambil gambar dengan Abinya..
Abi buat penumbuk macam tu, boleh pulak dia ikut..
nak angkat peace tak reti lagi, hehehe..
tu baru naik sikit2 moodnya..

Hari pertama beraya, kami terus ke Sg Samak..
lepas solat zohor semua, kami baru gerak balik, sambil singgah2 rumah saudara lain yang ada dalam perjalanan...
sampai rumah, tengok adik ipar dok menggalas monopod amek gambar belakang..
saya pun teringat enSuami kata nak ambil gambar belakang...
alang2 cameraman ado, moh le kite join sama...


enSuami saya susah sangat nak ajak dia bergambar..
nak ambil gambar pun tak minat..
minta dia ambilkan gambar pun, adoi hasilnya emmmm


Sambil2 jalan, panas enjin kat Hafni..
bagi angkat mood, Umi pun nak kena ceria, huahua...


Lagak budak kebuntuan, tak da mood...
walaupun begitu, tetap nampak sweet...


Pastu makcik2 dia datang bersorak2...
kasi ceria, gumbira...
jom lompat tinggi2...
tak amek gambar lompat, tak sah hey...


Hahaha, dah syok dah gitu...
scene2 yang dia senyum, happy tu..
belakang kamera, macam2 kelakar dan ragam..
makcik2 dia dok lompat2, tergelak2, kat belakang tu..
punya la nak buat dia happy..
baru dia jadi macam tu...hehehe


last sekali, semestinya kena selpiaq...
hahaha, mai mana la dok selpiaq ni.. tgok fb sapa ntah, tulis selpiaq, kedah lah sangat...




Ya, akhirnya berjaya amek gambar belakang...


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga...
saya mohon maaf untuk sebarang kesilapan, tersalah kata pertuturan dan tafsiran sepanjang menulis di blog ini...
untuk yang kenal secara dekat dan juga melalui alam maya...
Maaf zahir batin...

4 comments:

  1. selamat hari raya..syoknya bergambar..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya..baju raya warna dan design lbih kurang nak sama jer..heheh.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Nabila, Selamat Hari Raya...wah ceria-ceria semuanya dihari raya.. cantik warna baju maroon gitu... akak belom pernah try maroon pada hari raya..rasanya tahun depan kena try lah...

    ReplyDelete
  4. salam singgah. alhamdulillah meriah sungguh nampak nya sambutan raya ni ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)