Tuesday, 7 July 2015

KEBUN DAPUR : Cerita tips untuk pokok keperluan dapur dan Resepi Kerabu Ulam Raja-Pegaga NabilaHasyim


Assalamualaikum...

Tolong la tolong lah..
dah xreti nak menulis, huhu..
pandang kiri, pandang kanan, cari idea...

Macam mana nak mula ni...
godek2 gambar, ada jumpa kerabu pegaga-ulam raja versi sendiri...
emmm macam sedap je hari tu masa makan..
dok tanya enSuami, sedap dak, sedap dak?

Nak tunggu dia cakap sedap ke tak..
sebab dia tak berapa nak makan pegaga..
hari tu saya blend buat jus pegaga untuk buka puasa..
tunjuk kat enSuami, dia siap buat muka bluerkkk lagi, choi betoi...

Sedap ooooo...
berkhasiat kot...
xpe la perempuan macam saya yang patut makan/minum pegaga banyak2..
baik untuk kesihatan dalaman...
orang lelaki ape tahu, emmmm....


Alhamdulillah bulan puasa ni, tak membeli sangat..
kebun kecil saya versi pasu, dah boleh memberikan manfaat untuk tuannya...
Sebelum ni saya tanam kat laman belakang, tanam kat tanah terus...
tanah yang sedia ada sangat kering dan keras...
pokok tak naik sangat la..
tambah lagi cuaca panas terik dan ada tuan yang pemalas nak siram, huahua..
memang tak boleh nak hidup la...

Selepas lawatan ke ladang pokok tin hari tu, saya mulakan balik aktiviti menanam...
kali ni tanam dalam pasu...
pertama nak elak rumput-lalang yang berleluasa di laman; bila tanam dalam pasu, guna tanah baru, memang jimat tenaga daripada nak merumput setiap minggu.. bab nak menggembur tu sebulan sekali kalau rajin, huhu..

Kedua, letak pokok di depan rumah sebab nak hadapkan pokok kepada cahaya matahari pagi. sebab Tuan Ridzuan tu cerita, pokok tin yang dapat matahari pagi lebih sihat membesar dari yang dapat matahari petang. Saya pun terfikir menggunakan konsep tu. Manala nak tau kot2, pokok2 lain pun macam tu. Alhamdulillah, memang ketara la, memang betullah tu, pokok nak matahari pagi sebab ada Vitamin D. Kalau petang ni, lebih berbahang, sebab tu banyak daun2 pokok saya melecur kering.

Nasib baik pokok ulam raja yang beli dulu tu, dapat diselamatkan. Saya ingat tak ada harapan dah, sebab dah kering kontang. Bila saya ubah ke depan, saya biar je dengan bersiram, tetiba je dapat anak pokok baru, tak tahu la datang dari mana, walhal induknya dah mati kering. Mungkin ada benih yang luruh dan tumbuh anak baru kot... Alhamdulillah la pokok tu tumbuh segar sekarang.

Dah siap boleh ambil buat kerabu lagi, yeh!


Ketiga, pokok2 herba macam ulam raja, pegaga, serai, daun kesum, daun limau purut, cili padi, daun kunyit, semua ni saya siram guna air basuhan beras..
tak yah susah2 nak cari baja apa, cukup dah dengan air beras je...
Masa awal2 tu, saya siram pakai air paip biasa je..baja pakai baja tahi ayam..
Pastu nampak macam tak berapa nak sihat sangat, teringat pasal air beras.
tiap2 hari basuh beras, simpan dalam jar air yang besar dalam 2L..
nanti bila nak keluar siram pokok, baru bawa keluar siram.
Dalam sebulan camtu, memang meriah la nampak daun kesum, pegaga dan ulam raja, nampak sangat sihat2 belaka..
Daun limau purut yang selalu kurang nak keluar daun, bila kena air beras, daun besar2, hijau2 berkilat...
Waaaaa, syok ooo tengok perubahan tu...

Dah buat kesimpulan kat enSuami, matahari pagi, air beras, boleh bagi pokok sihat membesar..
tak ada keluar cas pun, free semuanya...
sejak ada pokok ros jepun je, saya pergi beli baja kopi, untuk penggalak bunga.
tapi masa beli baja kopi ni, tauke tu cakap, tak semestinya pokok bunga, pokok2 lain pun boleh...
kiranya baja tahi ayam n baja kopi sama fungsi la, semua pokok boleh terima kedua2 baja ni...

Sekarang pokok cili padi, tomato dan capsicum dah mula berbunga..
harapnya dapat la keluarkan buahnya, huhu..
macam nak pi cari baja buah la plak...

Hujung minggu ni balik TgKarang, nak beli pasu lagi..
pokok RJ ada beli lagi 5 pokok, tapi sebab tak ada pasu, kesian masih dalam polibag lagi, huhu...

RESEPI KERABU ULAM RAJA-PEGAGA
Versi : NabilaHasyim..


Ulam raja-pegaga dihiris halus atau ikut selera.
Kelapa parut (bahagian putih sahaja)
Cili Padi dicincang halus
Bawang besar dihiris macam biasa.
Sos Ikan (pilihan tambahan)
Garam dan secubit gula...

Mula2, gorengkan kelapa parut tanpa minyak sehingga sedikit kekuningan dan kering.
Masukkan cili padi, bawang besar. Goreng sehingga kering daripada air/basah.
Tutupkan api. Masukkan ulam raja-pegaga. Gaul dalam kuali tu je, senang kerja, hahaha..
Kemudian masuk garam-gula ikut selera.
Tuangkan 2 titis sos ikan
Gaul rata sehingga bergaul mesra.
Hidangkan dalam mangkuk...

Simple je kan..
kalau kerabu versi utara, mau blend dulu kelapa dengan isi ikan rebus, tambah sikit kerisik dan belacan, hehehe
tapi ni kerabu versi siam [ye ke, sebab ada sos ikan kot, hehehe], just gaul je semua dalam keadaan kering.
cepat sikit siap, dah boleh makan....

Ok, baru nak dapat angin blogging...
fuhhhh, nak terus menulis macam tak mau berenti plak..
dah nak dekat kol 6 ni..
hari ni makan nugget n fries je, western style..kuih dah buat dah tengahari tadi, kuih lopes..

Selamat memasak dan berbuka puasa ye, babai...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

1 comment:

  1. besh nya banyak ulam2 men petik jer.. saya tak gheti.. huhu..tapi asben suka... kalau die tengok ni mesti die soh aty gigih gak buatkan...huuuu...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)