Search This Blog

Saturday 10 January 2015

ALMARI TERBUKA : Misi Almari Baju SELESAI!

Assalamualaikum.
Fuhhhhh.
Seminggu sekali dpt update blog pun jadi la..
Susah bebenor nk menaipnya, haish...
Misi saya/keluarga kami yang keempat.
Alhamdulillah dapat direalisasikan....


Saya bajet dalam hujung bulan Januari atau awal Februari, baru berjaya selesaikan misi ni..

Tapi sebab tak sabar punya pasal, alang2 sekolah enSuami extend seminggu..
Kepala saya pun ligat la dok fikir nak cepat pergi beli...

enSuami memang taknak pergi IKEA hari weekend.
Jadi kena tunggu dia cuti sekolah, baru nak boleh pi.
Kalau tunggu selepas gaji 22hb, selepas tu memang dah tak ada cuti dah.
Melainkan cuti CNY, tu pun tak tau lagi jadual cuti sekolah enSuami macamana.
Dah sekolah pun belum mula lagi kan....

Jadi, hari Isnin tu confirm dengan enSuami nak pergi dalam minggu ni jugak.
Sayang cari kenderaan, duit ayang settle!
Cewahhhh, hahaha....

Dah telefon orang tu, telefon orang ni, dapat la bawa Innova ke IKEA.
Mula2 tu risau juga la, muat ke tak ni...
Nanti kang, sia2 je bawa Innova ni....

Ohh ya, sebab saya tak arif sangat pasal IKEA.
Sebelum ini ingat nak telefon IKEA tanya kos penghantaran.
Tapi asyik lupaaaa je...

Pastu, segan la jugak kan, kalau nanti lori IKEA masuk pagar rumah.
Huhuhu, tu yang macam tak nak je.
Macam nak usaha bawa sendiri je...
Dengan yakinnya, hahahaha....


Sampai kat bahagian pungutan barang, staf yang amek resit tu tanya, nak pick up ke delivery?
Saya cakap nak bawak sendiri.
Pakcik tu boleh tanya saya, U bawa lori ka?
Hahaha, tak la. Innova ja. Muat kan???
Saya rasa macam tak muat la.. cuba la dulu... pak cik tu cakap.
Huhuhu, cuak daaa....

Sampai ke tempat parking, mata mencari kot2 ada staf Bangla yang boleh tolong, huhu.
Nasib baik ada sorang yang sudi tolong, huhuhu...
Kesian dia kena angkat berat2 ni.
Serba salah pun ada, tapi tu lah...
Mana mampu saya dengan enSuami nak angkat.

Akhirnya selamat gak masuk.
 Bangla tu yang bagi idea susun macam tu..
Kena rentang habis, kerusi depan tu...
Nasib baik seat paling belakang sekali, muat2 saiz lebar almari ni...
Boleh la saya dengan Hafni duduk di belakang.


Ni masa awal2 tu, dia rilek2, kemudian meragam.
Asyik dok jerit2..


Akhirnya tertidur juga dia, lega saya...
Susah kalau dia tak tidur.
Asyik nak menjerit nak pergi ke Abinya.
Jauh kot nak pergi kat Abi dia....
Bertahanlah kami dalam 1jam setengah perjalanan.


Sampai rumah tu, main gelongsor je la masuk rumah.
Nasib baik la, ruang tamu depan pintu je.
Bilik utama pun sebelah ruang tamu je.

enSuami cadang pasang dalam bilik sesiap.
Sebab fikir berat sangat almari ni..
58kg++.

Tapi mana la nak muat pasang dalam bilik.
Ada katil lagi.
Saya nak pasang kat ruang tamu je, luas sikit.
Pencahayaan pun baik.
Dalam bilik macam gelap sikit.

Semua main campak je kat ruang tamu tu.
Nasib la tak ada siapa datang rumah.
Petang tu, saya je semangat tak sabar nak pasang.
enSuami pula tak berapa nak ada mood.
Letih la kan, bukan senang nak drive pergi IKEA.
Tau2 je la jalan nak ke IKEA, sempit sebab pembinaan MRT tak siap lagi...
Menambahkan kesesakan dan kesulitan, huhuhu...

Proses pemasangan mudah je.
Semua skru saya yang pasang.
Tunggu enSuami tolong angkat papan/frame yang berat tu...
Seharian kami pasang, sampai Maghrib baru sudah.
Dengan 4 frame open wardrobe PAX IKEA.
Tapi bukan kerja non-stop, rehat2 la jugak....
Tu yang lambat siap tu, buat semua sendiri2, lain la kalau upah orang kannn...

SEBELUM

Sebelum ada wardrobe.
Dinding memang kosong je....
Saya ada satu je almari baju, masa saya bujang dulu.
Yang kelihatan sikit sebelah kiri.

Tu pun tak guna sangat.
Saya guna untuk simpan baju sekolah enSuami yang tak iron lagi.
Sorok dari pandangan mata sendiri, kalau tak jadi rimas.
Kena terlebih rajin nak iron semua baju yang ada.

Saya iron baju sekali je.
Tak suka iron baju tiap2 hari.
Tu yang bila sekali iron, habis semua baju, saya sapu clear!
Tahan stok berbulan2, hehehe....

SELEPAS

Selepas seharian pasang.
Bersilau sikit, sebab gambar malam.
Banyak lagi tak settle, baru pasang frame...

Selepas tiga hari, baru jadi macam ni...
SELEPAS

Tu pun frame untuk baju saya, masih kosong lagi.
Ni baru test2...
Tak sabar nak fefeeling cerita Korea punya pasal, hahaha....
[open wardrobe Young Jae dalam Full House]
Saya selesai baju enSuami dulu.

Bila letak macam ni, enSuami terkejut.
Uih, banyaknya baju Abang, mana baju Sayang?

Hahaha, tu la, nak beli 4, enSuami kata 2 pun dah cukup.
Saya dah plan kira2 macam ni la...
Sebenarnya, tak ada la banyak sangat pun baju enSuami.
Tapi sebab saya asing2kan ikut kategori, macam banyak la plak tengok kan...
Sampai kain pelekat pun saya sidai sekali....

Masa baru siap pasang satu, saya risau tengok almari ni.
Boleh tahan besarnya.
Macam menakutkan pun ada...
Isk menyesal ke saya beli...
Berbulan-bulan nak dekat setahun, saya dok ukur lantai, ukur dinding, ukur saiz kat website IKEA, berapa muat, berapa boleh, berapa RM nak kena simpan....
Takut gak kang menyesal, tak kena gaya nak pakai kat rumah ni kan...
Salah ukur ke, salah bajet ke, design tak sesuai ke...

Oh ya pasal kaler pun 50-50 jugak...
Asal plan nak amek kaler kayu.
Pastu sebelum pergi, saya fikir macam nak black-brown pulak..
[terpengaruh cerita Korea jugak ni, cerita Goddess of Marriage]
Macam best je, tengok set katil dia kaler hitam...
Tu yang tukar kaler tu...huhuhu.

Harapnya menjadi la, apa yang saya idamkan sebelum ini.
Tapi kureng la sikit sebab tak ada bilik khas untuk letak pakaian sahaja.
Hanya boleh penuhkan dinding bilik je dengan almari baju.
Boleh cenggitu....


* tak sabar nak mulakan sesi menggosok baju esok. harapnya Hafni bagi kerjasama, Amin.... Baru hepy Umi nak iron semua sampai habis.

8 comments:

  1. syoknye Nabilah..bestla sangat...
    sy pun berangan nak mcm ni..
    tp belum tertunai lagik..hihihi
    selamat mengemas yea...

    ReplyDelete
  2. Projek terbaik! Well done nabilah dan hasyim

    ReplyDelete
  3. sis...berapa kos ye untuk satu unit rak ikea ni? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzah, nabilah beli yang rm255, saiz 75cmx53cm..
      klu izzah nak buat style open, sesuai..
      klu nak ada pintu, kena amek yg 50cm atau 100cm..
      yg 75cm ni, nabilah xpasti boleh ada pintu atau tak, klu ada pun mgkin sliding door..

      sbb baru2 ni terasa nak ada pintu pula, tp tu la, belum ke ikea lg nak tya lanjut pada staff, klu tgok kt web, mmg tak jumpa solusi yg sesuai..huhu

      Delete
  4. Salam tumpang tanya apa ya nama kayu tu nak search online

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAX OPEN WARDROBE sis..
      Jumpa tak, Tak pasti Ada lg ke Tak series ni..

      Delete
    2. Ok ni link nye
      https://m.ikea.com/my/en/search/?query=PAX+series&_=1538022565211

      Delete
  5. Nice sharing. sy pn terfikir nk bt open wardrobe camni.. do visit my blog https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers