Search This Blog

Saturday, 3 January 2015

Tips : Cara lipat cadar mudah dan kemas, jimat ruang simpanan juga...

Assalamualaikum...

Lambat sangat nak update sekarang blog, huhu...

Tengah running projek, pheww...

Jom la santai2 je kali ni.
tengok cara saya lipat cadar, hahaha...

Teringin jugak nak buat entri macam orang lain, hehe.
Cara lipat cadar je pun....

Pertama sekali, cadar yang besar tu, lipat 4 macam ni...


Pastu lipat 2.
Saya suka amek lipatan di bahagian getah banyak untuk ke sebelah yang satu lagi.
Sebab nak kurangkan sedikit kembung bila lipatan siap nanti.


Kemudian lipat dua lagi, jadi kurus macam ni...
Tekan rapat2, buang semua udara2 yang terperangkap, cewahhh...


Kemudian ambil sarung bantal.
2 helai sarung yang ditindan sama..



Kemudian lipat 2 juga sarung bantal tadi.


Letakkan sarung bantal tadi ke atas cadar tadi.


Kemudian ambil sarung bantal peluk, dalam keadaan terkalih sebelah dalam.
Satu bahagian yang terikat, dan satu lagi yang longgar (tidak terikat).


Letakkan cadar, sarung bantal ke atas sarung panjang.
Bahagian lipatan yang sama diletakkan di bahagian tali yang terikat.


Lipat bahagian cadar yang lebihan itu ke sebelah dalam.
Tinggalkan ruang sedikit tanpa cadar, mengikut saiz bentuk yang dikehendaki.


Kemudian, dari hujung, terus lipat ke lipatan terakhir tadi.


Dan lipat sekali lagi..


Sehingga habis.


Kemudian, terbalikkan dari bahagian bawah tadi.
Dan selak satu bahagian sarung bantal supaya bahagian dalam yang elok menjadi bahagian luar.
Menjadi beg sarung berbalut yang kemas.


Tekan2 cadar dan bungkusan ini untuk menjadi rata.

Atau pun kalau ada yang suka bentuk bulat, macam gula2, boleh gulung2 selepas tindan semua sarung dan cadar.
Last sekali boleh selak juga yang bahagian hujung, jadi sarung akan membalut keseluruhan cadar.


Pandangan depan bahagian lubang sarung.


Pandangan belakang, bahagian lipatan (selak) sarung.

Dah siap kemas, boleh simpan dalam almari, laci atau kotak simpanan.


Buat masa ni, saya guna kotak A4 yang besar.
Boleh muat2 saiz sarung bantal peluk..
Kalau pegang macam bentuk handbag pun ada.
Ini saja koleksi cadar di rumah sekarang.
Sikit je...

Suka nak tambah lagi, tapi belum sesuai sebab belum ada tempat yang efektif untuk simpan.
Tunggu sikit masa lagi, hehehe.

Babai, tutorial tak semenggah ni, hahaha.

5 comments:

  1. laaaa..bagusnye idea ni..nak buat jugak...sangat kreatipppp..hihihi

    ReplyDelete
  2. Kemas..nanti nk try lipat mcm ni..

    ReplyDelete
  3. kemasnyaa.... cara lipat cadar tu sama macam yg saya slalu buat. tapi tak terfikir nak combine dgn sarung bantal. slalu sarung bantal saya asingkan jer. lagipun sarung bantal golek tu jarang sangat guna.. tapi idea ni kreatif & sgt kemas. god job sis!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers